Sunday, May 27, 2012

Remaja hina ibubapa dalam laman sosial

Selesai makan tengah hari aku mula rasa mengantuk, padahal assigment aku ada 5 lagi yang belum siap... Hidup bergelar pelajar inilah adat resamnya, tugasan tidak pernah lari dari hidup seorang pelajar. kalau tidak buat assignment, itu bukan pelajar namanya. 

Alhamdulillah... hari ni aku makan nasi + ayam goreng. Menu yang simple, tapi aku kenyang. itu saja rezeki aku untuk tengahari ini. Tapi bukan itu yang aku nak berkongsi pada hari ini. Aku sekadar ingin berkongsi masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin menjadi-jadi pada masa ini...

Siapa yang harus dipersalahkan...? ibubapa..? masyarakat..? kerajaan..? atau mungkin juga laman sosial yang semakin berleluasa pada masa kini..? Bak kata orang tua-tua, tepuk dada tanya iman... 

Tak habis-habis kita menunding jadi kepada orang lain. Padahal diri sendiri yang bersalah, tapi masih ego dan hipokrit untuk mengaku kesalahan diri sendiri. Ibubapa, masyarakat dan kerajaan hanya sekadar membantu memperbetulkan kesalahan yang kita lakukan. Kalau sudah ditegur, jangan pula ego. Sebaliknya terimah lah teguran tersebut dengan hati yang terbuka dan cubalah berubah.

Ok.. sekarang aku nak tunjukkan pada korang semua salah satu fenomena terbaru.. Ianya berpunca apabila remaja ini tidak berpuas hati terhadap kedua ibubapanya, Lalu dia meluahkan rasa tidak puas hati tersebut dalam laman sosial FACEBOOK.

Right Click & Open New Tab untuk baca apa yang di tulis

Kurang ajar tak..? bagi aku budak ni memang kurang ajar. Aku yakin, kalaulah ibubapanya terbaca apa yang di post kan, aku pasti hati kedua ibubapanya akan hancur berkecai bagai gelas kaca jatuh ke lantai.

#semoga remaja ini sedar akan perbuatannya dan kembali berubah ke jalan yang lurus...

Raba telur manager bank dapat 5 ribu


Ada seorang pak cik yang bernama Pak DI yang sangat kaya. Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Pak DI dah pun bersiap sedia terpacak di kuanter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya..

Manager : Setiap hari saya lihat pak cik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja pak cik??

Pak DI : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo... ini sudah cukup bagus. Tapi pak cik mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau pak cik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Pak DI : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.

Manager : Okay. Sebutkan apa saja pak cik nak bertaruh dengan saya.

Pak DI : Macam ni... dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan telur encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah pak cik. Tapi tak pe... saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun  pagi Manager tu pun meraba telurnya.. ooh masih ada. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati telurnya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Pak DI.....

Manager : Pak cik sorrylah ye.. telur saya masih lagi ada..
Pak DI : Betul ke? Aku tak percaya... Mari sini aku pegang...

Lalu dipegangnya anu Manager tu. Sambil tersenyum Pak DI pun berkata..

Pak DI : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..(Pak DI pun menghulurkannya.)
Manager : Hari ni baru pak cik tahu siapa yang teror...
Sorrylah pakcik hari ni pak cik tak dapat pergi bank lagi keh.. keh.. keh...

Tiba-tiba Pak Di mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kuanter bank.
Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Pak DI.....

Manager : mana pak cik dapat duit sebanyak tu?
Pak DI : Pak cik bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.

Manager : Bertaruh apa?
Pak DI : Bertaruh yang pak cik dapat pegang telur Manager Bank.....
Manager : Tak guna punya orang tue...

Saturday, May 26, 2012

DILAHIRKAN PADA: 8hb, 17hb, 26hb


Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

DILAHIRKAN PADA: 6hb, 15hb, 24hb


Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

DILAHIRKAN PADA: 9hb, 18hb, 27hb


Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

DILAHIRKAN PADA: 7hb, 16hb, 25hb


Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2.

DILAHIRKAN PADA: 5hb, 14hb, 23hb


Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Wednesday, May 16, 2012

DILAHIRKAN PADA : 4hb, 13hb, 22hb, 31hb


Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

DILAHIRKAN PADA: 3hb, 12hb, 21hb, 30hb


Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

DILAHIRKAN PADA: 2hb, 11hb, 20hb, 29hb


Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

DILAHIRKAN PADA: 1hb, 10hb, 19hb, 28hb


Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Sunday, May 13, 2012

Bengkel Kepekaan Gender 2012

Peserta Bengkel Kepekaan Gender 2012

Ternyata aku masih penat... namun kepenatan itu bukan alasan untuk aku bersenang lenang. Ada pujangga yang mengatakan kejayaan masa depan harus dibeli pada masa sekarang. Apa yang cuba disampaikan ialah jika kita mahu berjaya pada masa depan, kita perlu berusaha mulai saat ini. Kejayaan bukanlah suatu jalan yang mudah, untuk mencapai sebuah kejayaan pelbagai liku harus kita lalui. Itu pendapat aku, pendapat si ketam batu yang sering berjalan secara mengiring. 

How about your opinion.. ? aku percaya, kamu juga mempunyai persepsi. maybe ianya ditafsir melalui penilaian yang berbeza.

Pada 11-13 mei yang lalu, aku telah mengikut sebuah bengkel. Pada aku, bengkel ini sangat bermanfaat dan sekarang aku lebih mengerti mengapa tuhan menginginkan aku pergi ke bengkel ini daripada aku duduk di bilik untuk menyiapkan "assigment" yang hanya untuk mengutip cebisan markah peperiksaan. 

Pengalaman... Ya! pengalaman. itu yang tuhan ingin berikan kepada aku dan aku sangat hargai pengalaman itu. Pengalaman itu sangat bermakna bagi aku kerana dengan adanya pengalaman kita dapat belajar untuk melakukan kesilapan yang sama. Banyak yang kita dapat perbaiki dalam diri kita sekiranya kita mempunyai pengalaman.

Bercakap tentang pengalaman, aku sememangnya tidak akan melupakan pengalaman yangtelah aku peroleh selama 3 hari 2 malam ini. Sungguh...! ianya akan kekal dalam kotak fikiran aku si ketam batu.

Perbincangan dalam kumpulan

Secara ringkasnya, bagaimana aku dapat menyertai program ini..? 

Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah berhubung dengan semua IPTA/IPTS yang ada di sabah dan salah satunya UMS. MPWS terus berhubung dgn bahgian kaunseling & bimbingan kerjaya UMS (BKBK). Pegawai BKBK mengenali aku sebagai president kelab penyayangtelah menjemput aku untuk menghadiri bengkel ini. 

Seperti biasa, telah menjadi tugas aku si ketam batu untuk mencari sesiapa saja yang berminat menyertai program. Inilah permulaannya bagaimana aku boleh terlibat menyertai program ini. sekali pun aku tidak akan menyesal sebab aku tahu program ini sangat bermanfaat buat aku.

Ok.. Aku tidak berniat untuk berceloteh panjang. Sambungan entri ini akan aku teruskan pada masa akan datang. Insya Allah... semoga Allah memberi kesempatan pada aku untuk terus menaip bagi berkongsi segala pengalaman yang telah aku perolehi.

Jom mengiring tengok sedikit gambar-gambar sewaktu bengkel kepekaan gender 2012...

Ini Adalah Ahli Kumpulan BAH..!!!
Penyampaian modul oleh Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor
Pembentangan oleh Rakan  Peserta Bengkel

Pembentangan oleh Rakan Peserta Bengkel
Pembentangan Oleh rakan Peserta Bengkel
Pembentangan oleh rakan Peserta Bengkel
Peserta berkumpul mendengar pembentangan ahli kumpulan lain
Sesi Perbincangan
Pembentangan analisis SWOT oleh penghulu bengkel
Pengulu bengkel menyampaikan ucapan penghargaan
Perasmian oleh Datuk Hajah Mariati Robert
VVIP jemputan Perasmian oleh Datuk Hajah Mariati Robert
Terima kasih sudi mengiring bersama aku si ketam batu... Love you all..

Monday, May 7, 2012

Awek cun dan ketiaknya berbulu


Yeahh.. aku rasa sangat happy hari ni, that why...? sebabnya, dua kelas aku hari ini dibatalkan sebab aku yang suruh pensyarah aku ada hal yang tak dapat dielakkan. Biasanya, setiap hari isnin, kelas aku bermula seawal jam 8 pagi dan habis pada jam 5 petang. Pergh.. penat tu... hanya aku ja yang tahu betapa penatnya aku pada hari isnin.

Hidup sebagai seorang pelajar memang aku rasa terbeban, But.. Its so k. sebab aku tahu tiada kejayaan yang datang tanpa pengorbanan. Becouse of that, aku mesti berkorban pada masa ini supaya masa depan aku lebih terjamin. Insya Allah...(aku doakan untuk diri aku)
kadang-kadang, aku sangat sibuk dan banyak assigment. Jangan harap aku dapat balik jam 5 sebab lepas kelas aku akan terus ke pusat sumber untuk mencari bahan.  Itu pun kalau aku rajin ke library untuk melepak dan cari bahan assigment.

Bukan kisah aku pergi ke library yang aku nak kongsikan kepada reader mengiring bersama ketam batu. Tapi aku nak kongsi cerita "awek cun dan ketiaknya yang berbulu". Ee... yerk..!!! Mungkin ramai yang mula terasa loya dengan tajuk entri kali ini seolah-olah anda sedang mengandung 2 bulan.

Ok, kembali ke jalan yang lurus. Disebabkan aku terasa sangat gembira sampai nak melompat ke bintang, hari ini tepat jam 12 tengahari aku pergi ke 1Borneo. Seperti biasa, aku kesana untuk menikmati menu lunch aku "lunch treats set C".  Wei.. sedap kot, "set C", ada ayam seketul, ada nasi dan yang penting ada air. Inilah menu yang paling aku suka. aku suka sebab jimat dan sedap. Tapi kadang-kadang aku naik muak...

Selesai je makan, aku terus menuju ke bustop. untuk pengetahuan korang semua, bustop ini adalah tempat aku menunggu bus untuk aku balik ke ums. Aku cakap sama korang, memang ramai la awek-awek cun yang menunggu bus di situ. Mata terbeliak besar sebab pandangan pertama itu tak berdosa... eh, betul ke..? ustaz aku cakap macam tu lah.. hehehe

Time tengah syok duk usha awek, aku terpandang sorang awek ni... "Dress up" dia boleh buat iman aku goyang. eh, bukan iman aku jer... maybe iman amani pun boleh tergugat.. Jap.. ada sesiapa kenal "iman amani" tak..? hm.. tetibe je nama dia naik dalam blog aku. 

Ok.. berbalik pada dress up awek yang aku maksudkan tadi. Korang bayangkan, baju dia fit dan berlengan pendek (yang paras ketiak tu), berseluar legging (kalau legging mestilah ketat). Lepas tu bila awek tu bongkok dari belakang nampak spender dia warna pink, dan kalau korang tengok dari depan nampak lurah dada saiz 36. (yang ni aku reka sendiri)

Time tengah syok usha awek tu, aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan awek tu. Jap.. aku nak pikir apa yang tak kene dengan awek tu.. jenuh la aku duk mikirkan masalah negara tapi aku masih belum dapat jawapan. Kalau macam ni boleh gugur rambut aku.

Aku pun terus usha... usha punya usha, baru aku perasan yang ketiak dia berserabai penuh dengan bulu. MAK....!!! Aku rasa nak termuntah balik "lunch treats set C" yang aku makan tadi. Tapi aku tahan.. control beb! malu la kalau lelaki muntah depan awek cun..

Mesti korang pelik macam mana aku boleh detect ketiak dia yang berbulu kan..? Ok, aku bagitau macam mana aku boleh detect, first time aku usha dia, dia tak perasan.. tapi disebabkan aku terus usha, dia mula perasan yang aku tengah perhatikan dia. Oleh sebab itu, dia pun nak cover ayu, jadi dia angkat kedua-dua belah tangan dia dan membetulkan sanggul rambut di kepala. Masa tu lah aku dapat detect ketiak dia yang berbulu tu..

Geli beb..!!! memang geli bila Awek cun dan ketiaknya berbulu. Aku tak heranlah kalau ketiaknya berbulu, tapi yang buat aku betul-betul geli sebab bulunya panjang mengalahkan lelaki yang menyimpan bulu ketiak. Cuba bayangkan... badan yang putih gebu, dan ketiaknya hitam dipenuhi bulu. MEMANG KETARA wa cakap sama lu... 

Ok.. korang semua teruskan membayang macam mana rupa awek cun dan ketiaknya berbulu. kalau korang tak dapat imagine, korang boleh usha gambar kat bawah ni. ok, papai...


Sunday, May 6, 2012

The Power Of Your Smile

Aku tersenyum untuk kamu

Bosan... itu yang aku rasa buat masa ini. Tak tahu nak buat apa. Hobi aku cuma blogging. Dalam masa yang amat membosankan ini, aku mencari satu idea. idea yang boleh aku kongsi kepada semua reader blog aku. Lalu, idea yang datang bagai coklat mencurah-curah keladang gandum.

Senyum... Senyuman manis pengubat hati yang luka. Tapi, macam mana pula dengan senyuman yang tak berapa manis? mungkin senyuman tak manis penambah perisa disebalik kelukaan itu. 

Ok... idea itu datang, idea yang berkaitan dengan senyuman..entri kali ini bertajuk "The Power of Your Smile". Menarik..? aku rasa ia adalah suatu idea yang menarik, tapi aku masih sangsi adakah ia dapat menarik lebih ramai reader blog aku.

Dalam kehidupan aku sebagai seorang pelajar, semestinya aku banyak mengalami pelbagai peristiwa yang mengganggu mood aku setiap hati. Walaubagaimanapun, aku hadapi segalanya dengan senyuman. Ya.. senyuman yang paling manis yang ada pada aku. 

Di kala aku duka dan fikiran kusut masai, aku cuba paksa diri untuk tersenyum. Kadang kala, ia kedengaran tidak masuk akal, namun, ia tidak sukar untuk dicuba dan dipraktikkan.

Aku rasai bibir aku sedang melebarkan senyuman, biar seketika dan katakan dalam minda "AKU GEMBIRA DAN SANGAT BAHAGIA". Perlahan-lahan aku rasakan mood aku berubah dan tekanan yang dialami terasa ringan.

Kemudian, aku gunakan senyuman aku ini untuk menyebarkan kegembiraan. Ke mana sahaka aku pergi, aku lemparkan senyuman aku kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling aku, rakan bilik, jiran-jiran, mahupun mereka yang aku tidak kenali.

Mereka pasti tertarik dengan senyuman aku.. itu yang aku rasai.. Senyuman yang aku pamerkan mampu membuat orang lain turut tersenyum. YES..!!! aku berjaya berkongsoi kegembiraan bersama mereka. Aku akan merasa lebih ceria kerana tubuh aku akan bertindakbalas dengan senyuman aku walaupun ianya palsu.

Aku teruskan senyuman sehingga aku merasakan keasliannya... Selamat Mencuba..!!!

Thursday, May 3, 2012

Alat-alat muzik sabah dan sarawak


Muzik itu indah bukan..? Ya.. sudah pasti ianya indah, melalui muzik kita boleh meluahkan segala perasaan. muzik itu hidup. Kali ini aku nak buat entri tentang alat muzik yang terdapat di kepulauan Borneo. Dalam erti kata lain, aku nak memperkenalkan pada korang semua alat-alat muzik yang terdapat di sabah dan sarawak.

kenapa aku buat entri tentang alat muzik sabah..? sebabnya mudah.. Esok aku ada midterm "listening test" yang mana aku terpaksa mendengar alat muzik yang akan dimainkan oleh Prof. Madya Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan. Beliau adalah Pemegang Kursi Kadazan Dusun. Segala hal yang berkaitan dengan etnik Dusun, semuanya akan merujuk kepada beliau.
Ok.. Teruskan mengiring bersama aku si ketam batu...

Pengenalan Alat Muzik Sabah

Muzik tradisional Sabah tidak mempunyai sistem not yang tradisional dan seni kata lagu juga tidak bertulis. Semua muzik dan nyanyian diturunkan secara tradisi dari generasi ke generasi. Persembahan muzik boleh dilakukan oleh lelaki dan wanita tetapi sesetengah alat muzik secara tradisi dihasilkan khusus sama ada untuk pemuzik lelaki atau wanita sahaja. Sebagai contoh, kaum lelaki umumnya main gong bercombol besar dan gendang dan kaum wanita kulintangan dan gong leper. Kebanyakan alatan muzik di Sabah diperbuat daripada bahan-bahan asli yang diambil daripada sumber semulajadi.Sebagai contoh,tongkungan,turali,seruling,sompotan dan totunggak diperbuat daripada buluh. Alat-alat lain seperti gambus,kompang ,dan gendang diperbuat daripada kulit kambing.Gong dan kulintangan pula diperbuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang diperbuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma.
Alat-alat muzik di Sabah dikelaskan kepada:

1. Kordofon (tongkungon, sundatang atau gagayan)
2. Erofon (turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
3. Idiofon (togunggak, gong, kulintangan)
4. Membranofon (gendang atau tontog).
1. Kordofon

Tongkungon
Panjang tongkungon kira-kira dua kaki. Ianya dimainkan oleh kaum Dusun dan Kadazan di Tambunan, Penampang and Tuaran. Ianya diperbuat daripada buluh yang besar.

Sundatang Atau Gagayan

Pengenalan:

Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah.
Diperbuat dari:

Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon.
Fungsi:

Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian seseorang dari keluarga
Seseorang dari keluarga terdekat.


2. Erofon

Suling
Seruling yang diperbuat daripada buluh pendek  yang berwarna koko. Suling yang mempunyai lima lubang digelar tambunan manakala suling yang mengandungi enam lubang dipanggil penampang. Bunyi yang di hasilkan sangat menenangkan.

Turali 

Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat pribumi. Ianya diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah ‘low pitch’ manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi ‘pitch’. Alat ini diaminkan menggunakan hidung. Ianya ditiup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat lubang. Apabila kesemua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah.

Sompoton

Sompoton ialah sejenis organ mulut ataupun mouth organ yang popular di kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ianya dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos.

Diperbuat daripada:

Sompoton diperbuat daripada beberapa batang ataupun pipa buluh kecil dari jenis ‘sumbiling’ yang dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Cara Bermain - Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Kaedah penipuan juga menggunakan teknik ‘menghembus’ serta ‘menyedut’ untuk menghasilkan bunyi menggunakan teknik penjarian yang teratur pada lubang-lubang petik yang telah sedia ditebuk untuk menghasilkan pic suara yang berbeza-beza dan berharmoni. Sompoton juga menggunakan system ‘free reed’ yang tunggal sebagai bahan bunyinya seperti juga alat Engkururai di Sarawak.

Fungsi:

Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan dusun di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pada suatu ketika dahulu, sompoton dimainkan di majlis keagamaan namun kini penggunaan alat muzik ini sudah diperluaskan di mana ia juga dimainkan di majlis perkahwinan dan juga keramaian. Sompoton boleh dimainkan secara individu dan juga secara berkumpulan bersama-sama alat muzik moden dan alat muzik bambu yang lain seperti bungkau dan marakas.


Bungkau
 
Bungkau ialah sejenis alat erofon. Harpa rahang ini adalah diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod antara Dusun / Kadazan. Tangan yang  hakus dan mahir diperlukan untuk menghasilkan  alat bungkau yang baik. Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain lembut boleh membesarkan suara dengan resonansi. Berbagai macam frekuensi boleh diperolehi  dengan memvariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Apabila tidak digunakan, biasanya terbungkus dan melekat pada balang buluh untuk tetap bersih dan bebas daripada kerosakan. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.

3. Idiofon

Tongunggak 

Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pesta-pesta. Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.

Gong

Gong terdiri daripada keluarga idiofon. Ianya berasal dari timur tengah. Ianya diperbuat daripada gansa dan besi. Ianya dimainkan di dalam persembahan muzik Sabah. Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistik, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi bergalvani yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Brunei.

Kulintangan 
 
Pengenalan  

Merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran
kecil.

Diperbuat dari:

Kulintangan diperbuat daripada tembaga ataupun perunggu.
Cara bermain - Kulintangan dimainkan secara ensemble. Ianya dipanggil kulintangan secara umumnya. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar sebagai “mitagunggu”.

Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu  ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian 'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'. Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble.

Disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari Kota Belud. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gonggong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah.

 4. Membranofon

 Rebana

Rebana ialah sejenis gendang satu muka yang digunakan untuk mengiringi tarian dan juga nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘Adai-Adai’ oleh masyarakat melayu berketurunan Brunei di daerah Papar, Beaufort dan sipitang.

Gendang atau Tontog
Gendang merupakan salah satu alat membranofon. Gendang berasal dari timur tengah.Gendang ini diperbuat daripada nangka atau kayu merbau untuk badannya manakala kulit kambing diregangkan di hujung alat gendang. Instrumen ini dikenali dengan nama yang berbeza dalam komuniti yang berbeza.  

Alat Muzik Sarawak


ENGKERURAI /EROFON 

Secara am, masyarakat Iban lebih dikenali dengan tarian ngajat namun tidak ramai yang mengenali corak atau jenis alat muzik komuniti ini. Engkerurai merupakan salah satu daripada jenis alat muzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik di pertunjukan umum mahupun dipamerkandalam bahan cetak. Kewujudannya seolah-olah tidak diketahui umum.

 Buluh yang terpanjang dikenali sebagai indu. 
•Berada dalam keadaan bertentangan dengan leher labu.
•lndu berperanan mengeluarkan bunyi dengungan.
•Buluh yang bertentangan dengan indu ialah  pemanchor.
•Di sebelah kanan indu ialah ngingit.
•Ngingit menghasilkan nada bunyi yang paling tinggi dan seperti indu
•bunyi ngingit dihalusi oleh timbal ngingit terletak di sebelah kiri indu
•Batang yang menghasilkan bunyi perantaraan di antara indu dan ngingit ialah ranggong.
•Buluh yang menghalusi nadanya ialah timbal ranggong.

Engkerurai mempunyai sebelas buah repertoir atau lagu seperti di bawah :

1. Tebah Lantang
2. Kenjan Keterubah
3. Kenjan Kadua
4. Saka Dua
5. Baling
6. Alun Panjai
7. Entak Kepayang
8. Seri Dayong
9. Kenyah
10. Keliute
11. Indu Gu  

Cara Bermain- Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ianya akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.



SAPE/SAPEH KORDOFON


Sape merupakan sejenis alat tali daripada keluarga lute yang berleher pendek dan talinya dipetik. Badannya diperbuat daripada jenis kayu lembut, lazimnya ‘meranti’ yang agak memanjang iaitu  elongated telah ditebuk dan berperanan sebagai ruang gema. Bentuknya kelihatan seolah-olah seperti sampan dan sering di sebut sebagai the boat lute oleh para sarjana dari barat. Sape cukup terkenla bagi suku kaum ‘kayan’ dan ‘kenyah’. Ianya dimainkan untuk muzik hiburan serta mngiringi tarian seperti Datun Julud dan Ngajat, sejenis tarian pahlawan yang sering dikaitkan dengan gead hunting mengilut lagenda mereka  dan kini tidak lagi diamalkan. 

Alat sape ini telah dicipta dalam berbagai-bagai ukuran dan mempunyai bulangan talu yang juga berbeza-beza iaitu sama ada dua, tiga atau pun empat tali. Kini, tali sape telah diganti dengan tali dawai yang mana pada peringkat awal mereka menggunakan tali sabut dari Sago.  Dalam konteks persembahan talinya dilaras mengikut system muzik barat. Salah satu dari system berkenaan adalah seperti

Tali satu : dilaras bersama middle c pada alat piano.
Tali dua : dilaras bersama dengan nada ‘c’ satu oktaf rendah dari middle c
Tali tiga : dilaras bersama dengan nada A yang terletak pada minor third dibawah middle c
Tali empat : dilaras bersama dengan nada ‘F’ iaitu perfect fourth diatas middle c.


Tali-tali dipetik dengan menggunakan ibu jari pemain dan penghasilkan melodi hanya berlaku pada tali satu sahaja. Tali selebihnya berfungsi sebagai drone yang dimainkan dalam keadaan terbuka(in open string) pada derap terakhir bagi setiap keratin frasa lagu. Tali bagi alat sape telah dipasang merintangi badanya dengan sokongan oleh penugkat tali (brige) yang bersifat moveable untuk tujuan penalaannya mengikut konteks lagu yang ingin dipersembahkan 

ENGKEROMONG/ IDIOFON

Engkeromong istilah tempatan bagi alatan daripada keluarga gangsa knobed-gong atau gong berbusut. Ianya berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada tembaga . alat ini dikatakan alat asli bagi masayarakat di rantau Asia Tenggara . Engkeromong  begitu terkenal dikalangan  suku kaum iban dan sering digunakan dalam ensamble untuk mengiringi tarian ‘ngajat’. Dalam konteks persembahan , engkeromong ini diaturkan diatas para dalam satu barisan yang mnegandungi lapan biji kesemuanya yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ianya dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan ,pola rithme yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu in step wise , menaik dan menurun. 

Di bawah sistem idiofon terdapat juga dari keluarga knobed- gong yang berukuran besar iaitu dikenlai sebagai ‘badai’ .  Alat ini menyerupai alat ‘tetawak’ yang terdapat di negeri Kelantan dan sering dikaitkan dengan kuasa dan kekayaan bagi masyarakat iban. 

GENDANG WANITA/ BERMUKUM MEMBRANOFON

Merupakan sejenis gendang satu muka yang menyerupai renaba. Ianya bebentuk seperti pasu dan baluhnya diperbuat daripada jenis kayu kertas dan lazimnya daripada batang kelapa ataupun sago. 

Pada permukaannya telah direngang dengan belulang daripada kulit kambing dan disirat dengan tali rotan . Gendang  ini sering dimainkan oleh sekumpulan wanita yang dikenali sebagai kumpulan gendang melayu untuk mengiringi sejenis persembahan nyanyian rakyat yang dikenali sebagai ‘bermukum’ di kalangan masyarakat melayu disarawak . Kesenian ini hampir serupa dengan ‘dondang sayang’ dari segi gaya dan bentuk persembahannya. Dalam persembahan ‘bermukum’ ketua kumpulan ‘gendang wanita’  akan bermainkan rebana juga ditakrifkan sebagai gendang wanita dan yang lain memainkan dalam bentuk bertingkah . pemain gendang ditempatkan dibelakng bersama sekumpulan anak dara yang di suntingan teruna melalui jual pantun sambil berjoget.  

Selain daripada itu terdapat dua jenis gendang satu muka dikenali sebagai benduk dan dumbak sering digunakan di masjid atau di surau untuk keupacaraan orang islam. 

Manakala di kalangan suku kaum kenyah terdapat sejenis gendang satu muka dikenlai sebgaui tuhu bentuknya seperti kun yang tinggi hampir 4 meter. Pada permukaanya mempunyai 90 cm lebar dan dipasang dengan belulang kambing. Kaum kenyah yang berada di Kalimantan timur Indonesia, dikalangan kaum bidayuh di Sarawak terdapat gendang satu muka yang dikenali sebagai dombak dan diguna pakai oleh masayarakat melayu.

#Kalau rasa menarik dan best, jangan lupa share.. 
 

Sebab Perempuan Tak Respect Lelaki


Respect.. Apa yang dimaksudkan dengan respect..? kalau aku terjemahkan dalam bahasa melayu, respect bukanlah sejenis kuih yang terdapat dipasar malam. Respect adalah hormat dan menghormati orang lain atas sebab-sebab tertentu. Lazimnya, "respect" terhadap seseorang kan mula hilang bila orang yang kita percaya selalu menipu kita. Ok, kali ni aku nak bagitau kenapa perempuan tak respect lelaki...

Jom... sama-sama mengiring bersama ketam batu.
1. Dah ada awek kau nak pegang-pegang.. Elok-elok awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia.. Konon special untuk kau seorang.. Bila awek kau tak nak kasi semua tu, kau cakap bye-bye.. Wah, KAU LELAKI GATAL.

2. Bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. Berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe.. Konon kau penyabar.. Tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam-macam alasan kau kasi. Pastu siap minta duit lagi kat mak. Wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. Kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau.. Konon kaulah lelaki paling gentleman.. Tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. Siap pura-pura tidur sebab taknak bersesak-sesak berdiri.. Sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. Tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua.. Nampak je ada awek cun, makin semangat kau.. Kau rasa hisap rokok tu sangat cool dan macho.. Alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang taknak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. Bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta.. Padahal perempuan tu tau kau punya kereta tu duit mak bapak kau..Bukan harta kau tapi harta bapak kau. Aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. Bila kau lepak dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. Mencarut pun kuat-kuat.. Semua f**k, s**t, macam-macam lagi semua kau nak sebut. Kau rasa kau sempoi bila mencarut. Tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. Pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup.. Konon untuk kepuasan diri.. Tapi pergi masjid Hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat.. Bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. Kau suka kutuk-kutuk dan gelak-gelak kat gambar perempuan gedik kat fb.. Kau kata konon bajet cun.. Abih yangg kau amik gambar jelir-jelir lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? Haishh... KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. Time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. Konon modal perempuan merajuk dan air mata.. Tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. Wei, KAU LELAKI EGO.

10. Kau hisap rokok kau rasa kau handsome. Lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. Kadang-kadang bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.

# Jangan lupa untuk share kalau anda suka dengan entri ini... 

Bob Kuman Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak terkenal, Husni Mohd Rawi, 40, atau lebih dikenali sebagai Bob Kuman, meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, jam 4.38 petang ini.

Kematian artis komedi terbabit disahkan jururawat yang menjaganya sejak 15 April lalu, Mohd Farid Hamzah.
Artis berkenaan dilaporkan pernah berkata tahap kesihatannya menurun sejak terjatuh di set penggambaran drama "Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat tahun lalu. 

Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi.

Al Fatihah. SUMBER

Wednesday, May 2, 2012

Cara mudah nak tengok hantu

Korang pernah nampak hantu tak..? korang ada keinginan nak tengok hantu tak..? maybe ada.. maybe ada juga yang nak minta autograf. Kali ni, aku nak buat entri "cara nak tengok hantu" korang tau tak macam mana caranya..? kalau korang tau, korang bagilah feedback. 

Apa yang aku tau, kita boleh nampak hantu kalau kita betul-betul pasang niat nak tengok hantu tu. Korang brani tak..? kalau korang tak berani, baik korang stop mengiring tentang entri ni. dan korang carilah entri lain y menarik untuk dibaca.
Cara yang aku nak syorkan ni sangat mudah, sesiapa saja boleh buat. tapi sebelum tu aku nak nasihatkan ibu mengandung dan yang lemah semangat tidak mengamalkan cara-cara yang aku syorkan ni.
Ok..Cara dia senang jer..Korang ikut jer step yang aku bagi ni. Ha,apa lagi.cepat-cepat korang pegi ambik pen dengan kertas tu. Salin apa aku nak bagitau ni..
 Cara Pertama

1)      Korang ambik wuduk dulu
2)      Korang ambik Al-Quran
3)      Korang cari Surah Al-Jinn
4)      Korang baca sampai habis dengan tajwid yang betul dan niat dalam hati nak tengok.
5)    Ulang sampai korang rasa kehadiran ‘sesuatu’ then tengok la sampai korang puas hati.
 

Cara Kedua:
- Berdiri dan menghadap kiblat..
- Rehatkan badan dan lemahkan segala anggota badan anda. Rileks…
- Selawat 3x
- Kosongkan minda dan baca surah Al-Fatihah 7 kali dan tumpukan pada bahagian tengah kening
- Anda akan merasa tangan anda terangkat dengan perlahan2 dan menunjukkan ke satu arah..
- Turutkan saja arah tangan bergerak... dan buka mata utk melihat..hehe

 

Cara ketiga:


- Semasa mandi mayat, air mayat melimpah turun kan?Ha, sila tengok celah kangkang anda kepada air mayat tadi. Kalau malu orang nampak, ambil air mandian jenazah tersebut dan sapu di kedua-dua kening...
- Berdiri ditengah2 hutan pada tengah malam dan baca ayat pertama surah Al-Jin 7 kali sambil pejam mata anda. Lepas tu bukak mata dan pandang tepi anda.hehe..
  
 

Cara paling mudah: (untuk wanita)

- Ketika anda period, amalkan sikat rambut anda setiap tengah malam sambil menatap ke cermin dan tumpukan perhatian lama-lama.
- Ambil 'tuala wanita' yang telah digunakan dan letak di dua penjuru pintu bilik air/bilik mandi.
#ok... apa lagi, kalau korang brani korang try lah yer.. semoga korang berjaya tengok apa yang korang nak tengok...
eh.... pesal tetibe rasa berangin ni..? korang terasa tak..? atau perasaan aku jer.. papai...