Friday, April 29, 2016

Petua mengekalkan keayuan


Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan.  

Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri ercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'.

Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. 

Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. 

Jangan banyak berangan. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri.  

Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. 

Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.  

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Cara Melupakan Bekas Kekasih



Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya dia memutuskan hubungan cinta.Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apa lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah dijalani bersama. 

Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si peri-peri dan sang pujaan hati. Indahnya sinar mentari hingga tidak dapat dijelaskan apa yang ada di hati. Namun, semuanya bersifat sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasa apa yang aku rasakan saat ini”. 

Adakah kejadian ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda? Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah ada penggantinya. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu dari orang lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya. Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehingga teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?

Aku ingin berbagi tips untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah orang yang paling dicintai. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila… 
  
Menghapus kenangan bersama si dia 

Setiap peristiwa yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatnya kembali. Singkirkan dia dari pikiranmu dan simpan foto-foto kamu berdua maupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata. 

Hapus nomer hapenya. Termasuk SMS dan pesan suara darinya.


Jangan Menyeksa diri 


Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mau tidak mau akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali diradio, jangan sampai membuat kamu mengingatnya kembali dan merasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Karena hal itu tidak pada tempatnya. 
  

Si dia punya pengganti 

Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sewajarnya untuk kamu mempunyai perasaan cemburu. Perlu disadari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan hal yang sama. 
  

Berhenti membandingkan 

Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih. Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan  pelbagai macam alasan. 
  

Kehidupan berbeza 

Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan liburan akhir minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa sendiri. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyadari bahwa sebenarnya sudah ditakdirkan kamu hidup sendirian dan harus menikmati akhir minggu dengan sebaik-baiknya. 
  

Cara terbaik melupakan si dia: 
  

* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya 

Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap kejadian yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingat setiap kejadian buruk yang ada pada dirinya. 

Misalnya, dia seringkali memarahi diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rekan-rekanmu, mengeluarkan suara yang tinggi atau sering tidak menepati janji.


*Sahabat pendengar setia 


Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa selalu hadir difikiran. Ceritakan masalah kamu itu kepada sahabat yang bisa dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu. 
  

* Ciptakan fantasi 

Kita selalu memikirkan bahwa perpisahan itu tidak akan terjadi bila pasangan memahami hatimu dan setia. Masalahnya kini, kamu sudah memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang dirinya. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu idamkan?

Wednesday, April 27, 2016

Kenali bentuk dan jenis punggung wanita


Bontot dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk bontot juga boleh mengupas rahsia personaliti seseorang.

Terdapat 5 bentuk bontot iaitu bulat, seimbang, rata, besar dan tinggi. Jom tengok yang mana satu kah anda.

1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga seorang yang kuat dalam mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.


2. Seimbang

Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.

3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat. Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.


5. Rata

Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas.

Jenis-jenis Punggung Wanita

Mengekalkan Hubungan Cinta


Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat. 

Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya. 

Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan. 

1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.

Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya. 

2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.

Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.

Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu. 

3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari. 

4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.

Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.

Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana. 

5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.

Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira. 

6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.

Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.

Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu. 

7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.

Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain. 

8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.

Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya. 

9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.

Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana. 

10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.

Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.

Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi. Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Cara memulakan perkenalan

Bagi sesetengah individu, proses memulakan perkenalan mungkin amat mudah bagi mereka. Namun bukan semua orang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi untuk memulakan sesebuah perkenalan.

Apatah lagi jika mereka mahu memulakan perkenalan dengan seseorang yang berlainan jantina atau berbeza latar belakang kehidupan.

Namun ada beberapa cara berkesan yang boleh diaplikasikan jika anda mahu memulakan perkenalan dengan seseorang. Bagaimanapun anda perlu bersedia dengan apa sahaja kemungkinan kerana tidak semestinya semua salam perkenalan itu akan bersambut.




1. Bersedia untuk ditolak
Bukan semua orang selesa apabila ada seseorang yang tidak mereka kenali menghulurkan salam perkenalan. Sebagai contoh, seorang wanita yang sudah mempunyai teman lelaki atau suami, pastinya tidak akan berasa selesa dengan situasi ini.

Oleh sebab itu sebagai lelaki anda jangan sesekali tersalah sasaran kerana ia hanya akan membuatkan anda malu pada diri sendiri. Dalam aspek ini anda perlu bersedia jika kehadiran anda tidak disenangi dan akhirnya ditolak.

Namun itu tidak bermakna anda tidak cukup bagus untuk menjalinkan hubungan dengan mereka. Mungkin dengan orang lain, salam perkenalan yang anda hulurkan akan bersambut jika ianya kena dengan situasi atau status seseorang itu.

2. Buang rasa malu
Kebanyakan lelaki atau wanita gagal untuk memulakan perkenalan yang baru di dalam hidup mereka kerana memiliki rasa malu yang sangat tebal

Perasaan itu perlu dikikis kerana ramai orang yang kurang gemar untuk bersahabat dengan seseorang yang terlalu pemalu. Apatah lagi jika anda malu tidak bertempat atau untuk perkara yang seharusnya anda tidak perlu malu.

Cubalah bersikap terbuka kerana sikap sebegitu membuatkan orang lain selesa untuk mendampingi anda. Malah lelaki atau wanita paling suka jika pasangan mereka bersikap positif dan terbuka dengan apa sahaja situasi yang mereka lalui.

3. Belajar memahami

Sebagai lelaki mereka perlu memahami reaksi yang ditunjukkan oleh seseorang wanita dengan salam perkenalan yang dihulurkan. Jika mereka menunjukkan reaksi positif, anda jangan teragak-agak untuk meneruskan perhubungan tersebut.

Namun jika wanita tersebut berusaha melarikan diri daripada anda dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak munasabah, jangan sekali-kali mendesak. belajar menerima keputusan yang dibuat olehnya.

Sementara itu bagi golongan wanita pula, anda mestilah menunjukkan sikap sabar di dalam perhubungan yang terjalin. Lelaki tidak suka dengan wanita yang gelojoh kerana beranggapan wanita sebegitu sebagai murah atau sudah terdesak untuk mencari calon suami.

4. Ingat nama dan simpan nombor telefonnya
Tidak kira lelaki atau wanita, anda jangan sekali-kali lupa akan nama teman barumu itu. Jika anda terlupa, itu bermakna anda tidak merasakan kehadiran mereka penting dalam hidup mereka.

Itu membuatkan mereka akan berkecil hati walaupun hakikat sebenarnya anda sangat teringin untuk mempereratkan perhubungan yang baru terjalin. Selain itu anda juga perlu menyimpan nombor telefonnnya.

Maklumlah jika si dia menghantar SMS kepada anda, tidaklah anda tertanya-tanya siapa yang menghantarnya. Jika anda membalas SMS tersebut dengan pertanyaan 'siapa ni?', sudah pasti perhubungan yang baru sahaja terjalin akan putus di pertengahan jalan.

5. Bersikap positif
Di dalam proses menjalinkan perhubungan yang baru, sikap positif dan saling bertolak ansur sangat penting. Golongan wanita tidak menyukai lelaki yang bersikap terlalu kasar. Apatah lagi jika anda baru berkenalan dengannya.

Manakala golongan lelaki pula tidak gemar dengan wanita yang terlalu suka mengongkong dan terlalu mengambil tahu akan dirinya. Maklumlah anda berdua baru sahaja perkenalan. Jadi tidak perlulah anda menjaganya mengalahkan ibunya sendiri.

Di dalam aspek ini anda berdua perlu bijak menjaga hati masing-masing dan belajar untuk memahami karektor teman baru anda. Berikan dia masa untuk menyesuaikan diri dengan anda dan percayalah sikap sabar yang anda tunjukkan itu pasti berbaloi pada masa yang akan datang.

Doa untuk kekasih


Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Kejalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin.

Sunday, April 17, 2016

Cara Memutihkan Ketiak


Cara Putihkan Ketiak Hitam. Kadangkala muka nampak cantik, gaya dah  cukup menggoda tetapi sayang… ketiaknya berkarat!
Wahai para wanita, jangan pandang ringan.Walaupun kedudukan ketiak agak tersembunyi, tetapi kesan gelap di kawasan ketiak ini mampu mencacatkan penampilan dan boleh membuatkan anda hilang keyakinan diri.
Bagi yang suka memakai baju tanpa lengan pastinya ia menjadi masalah besar, tidak terlepas juga kepada yang berhijab dan sudah bersuami. Sememangnya anda akan berasa malu jika sang suami melihatnya. Jangan terkejut jika tiba-tiba suami mati selera tatkala melihat ketiak adan yang berkarat itu.
Rawatan memutihkan ketiak berkarat di pusat kecantikan kadangkala cukup mahal. Malangnya, tak semua cara itu kurang berkesan. Lagipun kebanyakannya banyak menggunakan krim pencerah  yang ada bahan kimia sehingga menimbulkan kesan sampingan berbahaya kepada kesihatan. Sebenarnya ada cara putihkan ketiak semulajadi yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Jom, semak!
1. Lemon
Buah lemon mudah didapati di pasar atau pasaraya. Kandungan vitamin C yang tinggi dan amat bermanfaat sebagai pemutih semulajadi. Keberkesanannya untuk memutihkan kulit sangat bagus dan membuatkan kulit segar. Cara putihkan ketiak adalah dengan melulur lemon pada ketiak setiap hari. Selain memutihkan, lemon juga akan membantu membersihkan sisa sel kulit mati dan mampu membuat tubuh menjadi lebih wangi.
2. Mentimun
Mentimun merupakan buah yang sangat berkesan untuk memberi kesegaran pada kulit dan juga dapat digunakan untuk memutihkan kulit ketiak. Dengan menggunakan mentimun, noda hitam di kawasan ketiak dapat disamarkan dengan cara menghaluskan timun. Kemudian sapukan dikedua-dua belah ketiak. Lakukan dua kali dalam seminggu.
3. Kunyit
Rasanya ramai sudah tahu manfaat kunyit pada kecantikan wanita. Kunyit juga boleh dipakai sebagai lulur untuk ketiak yang gelap. Caranya ialah dengan menyapukan serbuk kunyit di kawasan ketiak. Biarkan beberapa saat kemudian bilas. Lakukan setiap hari untuk hasil yang mengagumkan, malah ia juga membantu mengatasi bau badan.
4. Yogurt & Limau Nipis
Campurkan yogurt asli dengan beberapa titis limau nipis. Kemudian aplikasikan bahan ini sebagai scrub di bahagian ketiak dan biarkan selama 10 minit. Bilas menggunakan air sejuk dan Insyaallah ketiak akan lebih putih apabila dilakukan secara rutin setiap minggu.
5. Yogurt & Susu
Yogurt dan susu mengandungi asid laktat yang dapat dijadikan sebagai pemutih semulajadi kulit tidak terkecuali pada kulit di bahagian ketiak. Campurkan dua sudu yogurt dan tiga sudu susu. Kemudian gaul sebati dan sapukankan pada ketiak dan biarkan selama lebih kurang  sejam. Kemudian bilas dengan air suam.
6. Kulit Limau
Sediakan kulit limau terlebih dahulu, kemudian keringkan kulit limau di bawah cahaya matahari. Parutkan kulit limau tersebut dan campurkan dengan sedikit susu dan air mawar. Gaul sehingga ia berbentuk pes. Gunakan sebagai skrub selama 10 minit dan bilas dengan air sehingga bersih.
7. Ubat Gigi
Ambil ubat gigi dan sapukan pada hujung jari anda. Kemudian sapukan ubat gigi pada kawasan ketiak dan biarkan selama 15 minit. Lakukan cara ini secara rutin untuk hasil yang maksimum.
8. Minyak Kelapa & Kulit  Limau
Minyak kelapa kaya kandungan vitamin E dan bermanfaat untuk kecantikan. Vitamin E dapat melembabkan kulit. Apabila vitamin E dikombinasikan dengan vitamin C maka kesannya adalah lebih bagus karana dapat digunakan untuk meningkatkan kolagen dan mencerahkan kulit  di bahagian ketiak. Pertama kisar kulit limau bersama beberapa titis minyak kelapa kemuadian sapukan di bahagian ketiak.
9. Baking Soda
Bukan hanya untuk membuat kuih sahaja, baking soda juga mampu untuk dijadikan skrub untuk menanggalkan sel kulit mati yang ada pada kulit ketiak. Buatlah pes daripada baking. Lakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu. Apabila ketiak sudah kelihatan cerah, sebaiknya berhenti menggunakan baking soda karana akan menyebabkan iritasi jika terlalu kerap dipakai.
10. Menggosok Ketiak
Menggosok ketiak adalah salah satu cara memutihkan ketiak. Penggunaan deodorant supaya badan tidak menimbulkan bau yang tidak sedap akan meninggalkan kesan pada kulit ketiak, maka dari itu rajinlah menggosok ketiak ketika mandi untuk menanggalkan kesan deodorant yang menyumbat pori–pori kulit ketiak.
TIPS RINGKAS MEMUTIHKAN KETIAK

Bagi para isteri terutamanya tentu mahu kelihatan terbaik untuk suami masing-masing. Pasti ada di antara mereka yang mencari cara terbaik untuk membersihkan bulu ketiak dan memutihkan ketiak yang hitam.


Salah satu Tips Petua cara memutihkan ketiak yang hitam adalah dengan menggunakan limau nipis dan kapur sireh. Caranya ialah dengan memerahkan sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan di bawah ketiak dan biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan air bersih. Lakukan tiga kali seminggu.

Manakala itu untuk membersihkan bulu ketiak, campurkan setengah camca teh kapur dengan sebiji limau nipis. Lumurkan campuran tadi pada ketiak selepas mandi setiap malam. Lakukannya selama seminggu.

Petua Membuang Lemak


Untuk menjadikan diri anda sentiasa proaktif & kreatif, kesihatan badan perlulah dijaga. Kebanyakan masalah para designer dan editor, mereka tidak mempunyai masa yang sesuai untuk keluar bersenam dan makan makanan yang sihat. Makanan segera (fast food) selalunya menjadi pilihan utama kerana ianya sedap dan pantas.

Kesudahannya, perut akan jadi masalah. Kalau tak sakit yang lain, perut akan membuncit sebab kurang bersenam dan tidak mengambil pemakanan yang sihat dan mencukupi.

Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa langkah yang anda boleh praktikkan bagi mengatasi masalah di atas.

1. Sentiasa membawa air mineral

Untuk kekal bertenaga, ia adalah idea yang baik sekiranya anda sentiasa membawa sebotol air mineral bersama anda tidak kira dimana jua. Anda akan rasa lebih bertenaga dan lama kelamaan anda akan kurangkan minuman soda dan air gula yang berlebihan. Ini adalah salah satu jalan pintas untuk hilangkan lemak di perut, ayuhlah kita cuba dalam masa seminggu dan lihat perubahannya!

2. Tidak mengambil makanan segera (Fast Food)

Makanan segera merupakan penyumbang utama kepada lemak di perut. Ia memang sangat menyelerakan namun makanan segera mengandungi banyak kalori dan lemak yang menyebabkan lemak di perut dan pinggul. Katakan tidak kepada makanan segera atau sekurang-kurangya untuk makanan segera cara yang sihat, contohnya salad tanpa ayam goreng atau kalori yang tidak tinggi. Tetapi sekiranya anda benar benar mahu hilangkan lemak di perut, elakkan pengambilan makanan segera.

3. Tidak mengambil soda

Soda mempunyai kalori yang sangat tinggi berbanding dengan pengambilan pisang yang banyak, yang tidak ada nutrisi. Kebanyak kalori dari soda datagnya dari fruktosa air gula yang sangat tinggi dimana badan kita tidak dapat memproses dan kemudiannya berakhir menjadi lemak perut. Buangkan soda dalam hidup dan selamatkan kalori-kalori dengan perkara yang lebih baik untuk membakar lemak perut.

4. Kurangkan berat badan dengan melakukan senaman

Dalam jumlah yang sederhana, anda perlu melakukan pelbagai jenis senaman contohnya senaman berjalan pantas, joging, berenang dan lain-lain. Ingat, keseluruhan senaman dan nutrisi merupakan kunci untuk hilangkan lemak di perut!

5. Melakukan senaman dengan penuh kenikmatan

Ia adalah sangat penting untuk anda memilih jenis senaman yang anda suka dan jadikan ia sebagai rutin hidup. Sekiranya anda gemar menari, anda boleh mencuba untuk ke kelas Zumba pada hujung minggu termasuk juga dengan senaman aerobik.

6. Jangan sampai kebulurkan diri

Kebulurkan diri tidak akan langsung membantu anda untuk membakar lemak perut. Hilangkan kalori tidak semestinya dengan tidak menyentuh makanan tetapi dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Membiarkan diri anda kebuluran merupakan perkara yang sangat bahaya dan tidak sihat, malah ia alangsung tidak membantu! Ia boleh merosakkan metabolisma lalu membawa kepada banyak masalah kesihatan. Jangan buat kesilapan dengan menganggap tidak makan waktu pagi dan waktu yang lain boleh menyebabkan berat badan turun.

7. Matlamat untuk hilangkan lemak perut dengan cepat

Selepas beberapa minggu anda mendapati berat badan masih lagi tidak turun. Jangan berputus asa! Itu adalah salah satu tanda badan anda sedang berusaha untuk mencapai hasil positif yang selama ini ada usahakan. Teruskan perjuangan anda! Anda hampir mencapai matlamat anda untuk menghilangkan lemak di perut.

8. Minum segelas air putih sebelum makan

Kebiasaanya kalau anda dahaga, anda akan makan. Pelik tapi benar. Oleh itu, sebelum anda makan, anda disyorkan untuk minum segelas air sejuk beberapa minit sebelum menikmati hidangan anda. Anda akan terkejut melihat perubahnnya. Jom cuba!

9. Makan 5 hidangan yang sikit setiap sehari

Lebih baik anda mengambil lima hidangan yang sikit setiap hari daripada mengambil tiga hidangan yang banyak setiap hari. Contohnya, sarapan pagi yang ringan, snek untuk pagi, makanan tengahari yang ringan, snek petang dan makan malam yang seimbang. Untuk peringatan, snek tidak semestinya makanan yang tidak sihat, cari yang berkhasiat! Oleh itu, rancanglah pemakanan anda lima kali sehari dengan bijak dan lama-kelamaan ia akan menjadi rutin hidup yang sihat.

10. Abaikan komersial produk hilangkan lemak perut dengan cepat
Jangan terpedaya dengan komesial produk yang menjanjikan pil diet, alatan senaman dan yang menggunakan selebriti untuk meyakinkan anda. Semua itu adalah tipu daya sahaja. Cara yang paling berkesan hanyalah dengan tukarkan pemakanan yang sihat dan bersenam.
Petua Membuang Lemak Badan Yang dicadangkan Oleh Blogger Mengiring

Petua 1 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


Petua 2 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Saturday, April 16, 2016

Ayat Pengasih Nabi Yusuf


Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Ianya satu usaha kita untuk mengeratkan hubungan sesama manusia dan jangan disalahgunakan. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai. Apa yang baik itu datang dari-Nya dan setiap yang terjadi itu adalah atas kehendak-Nya


Surah Yusuf ayat 4

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..." 
Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39


"Wa-alqaytu 'Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna' 'Alaa 'Ainii"



Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku." 



Caranya:  
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.



AMARAN KERAS!

*Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik
#Boleh juga amalkan surah Yusuf ayat 4 dan diikuti surah  Yassin ayat 36 seperti dalam gambar paling atas...

Khasiat Buah-Buahan Tempatan


Makanan adalah penting untuk tumbesaran dan kehidupan harian manusia. Kita memerlukan pelbagai jenis zat makanan untuk memastikan badan kita kuat dan sihat. perlu memakan pelbagai jenis makanan untuk mendapat nutrient yang seimbang. Salah satu makanan yang penting dan berkhiasiat ialah buah-buahan. 

Walau bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren, epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapatkan buah-buahan dengan berkhasiat di samping berjimat? Oleh itu kita hendaklah mencari buah-buahan alternatif lain bagi memastikan kita mendapatkan khasiat makanan seimbang yang diperlukan.

Sebenarnya Negara kita bertuah kerana mempunyai iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai jenis buah-buahan tropika. Buah-buahan tempatan ini bukan sahaja sedap, berkhasiat tinggi. Kita dapat membeli buah-buahan tempatan yang lebih segar dengan harga yang lebih murah daripada buah-buahan yang diimport. Jika rumah anda mempunyai kawasan halaman yang besar, anda juga boleh menanam buah-buahan tempatan seperti betik dan pisang yang mempunyai khasiat tinggi dan mudah diatanam.


Mari kita lihat khasiat yang terdapat di dalam buah-buahan tempatan.



Khasiat Buah Betik

- Mempunyai serat yang dapat mencegah toksin di dalam usus besar.

- Mengandungi antioksidan

- Kaya dengan papain, sejenis enzim yang baik untuk proses pencernaan makanan.

- Baik untuk jantung

- Membantu dalam pemulihan luka.




Khasiat Pisang

- Memberi sumber tenaga yang segera.

- Membantu untuk mengatasi masalah sembelit

- Mengandungi Tryptophan, sejenis protin yang m’bolehkan badan mengubahnya menjadi serotonin yang akan membantu anda berasa relaks dan gembira :)

- Boleh merangsangkan pengeluaran haemoglobin di dalam darah. Ini dapat membantu mencegah anemia.




Khasiat Jambu Batu

- Berkesan dalam menurunkan kadar kolesterol dan tahap glukosa dalam darah.

- Bahan antioksidan yang berkesan 

- Dapat memperbaiki keadaan kulit dan mencegah masalah kulit 

- Baik untuk sembelit

- Jus Jambu Batu yang mentah dapat melegakan penyakit batuk dan selesema.




Khasiat Tembikai

- Dapat membantu mengurangkan risiko untuk mendapatkan kenser prostat dan penyakit kardiovaskular.

- Biji tembikai ialah sumber protin yang baik

- Dapat meningkatkan sistem imunisasi supaya tidak mudah diserang penyakit.

- Kaya dengan vitamin B yang diperlukan untuk menghasilkan tenaga

- Dapat mengawal tekanan darah.




Khasiat Nenas

- Mengandungi potassium yang tinggi dengan kandungan sodium yang kecil, iaitu membantu menurunkan tekanan darah.

Melindungi daripada masalah mata yang berkaitan dengan umur kerana ia kaya dengan bahan antioksidan.

- Membantu untuk membina tulang yang sihat.

Melindungi badan badan kita daripada radikal bebas yang akan menyerang sel yang sihat.

- Membantu untuk membina sistem imunisasi badan yang semula jadi.

- Membantu untuk menghalang pembentukan plak.

Punca zakar lembik, tidak tegang

Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.

SAYA membuat pemeriksaan kesihatan hampir dua bulan lalu. Daripada pemeriksaan itu, air kencing saya didapati tidak mengalami masalah berdasarkan hasil ujian.

Namun, saya didapati mengalami tekanan darah agak rendah iaitu kira-kira 68mmHg. Selepas pemeriksaan kesihatan itu, saya mendapatkan urutan tradisional seluruh badan termasuk alat kelamin.

Selepas selesai proses urutan, zakar saya terasa sakit dan mengecut. Dua hari kemudian, zakar terasa sejuk. Mengapa ini berlaku?

Mahu Kepastian

ADA beberapa sebab mengapa buah zakar boleh kelihatan lembik dan tidak tegar. Selalunya, masalah ini berpunca daripada keadaan yang dikenal pasti sebagai hydrocele.

Ini adalah keadaan di mana cecair berkumpul dalam selaput buah zakar lalu menyebabkan ia terasa lembik. Dalam banyak keadaan, hydrocele ini tidak merbahaya dan tidak perlu dirawat.

Pembedahan hanya perlu dilakukan jika ia menjadi besar dan mengganggu aktiviti seseorang. Selain itu, buah zakar juga boleh menjadi lembik selepas infeksi. Ini termasuk jangkitan virus dan bakteria.

Dalam situasi ini, buah zakar selalunya akan membengkak dan kulit kerandut zakar akan menjadi merah terlebih dahulu. Pesakit juga akan mengadu sakit pada bahagian buah zakar dan kerap diikuti demam.

Selepas bengkak surut dan sakit hilang, sesetengah pesakit mendapati buah zakar menjadi lembik dan lebih kecil dari biasa. Bagaimanapun, keadaan fizikal buah zakar tidak dapat menentukan kualiti dan kuantiti sperma.

Saya nasihatkan saudara berjumpa doktor. Ujian ultrasound boleh dilakukan untuk mengetahui saiz sebenar buah zakar. Selain itu, anda dapat mengetahui status sebenar buah zakar sama ada pejal atau mengandungi cecair.
Untuk memeriksa kualiti dan kuantiti sperma, ujian air mani boleh dilakukan. Sebaik air mani diperoleh, ia akan diperiksa di bawah mikroskop lalu kadar kualiti, kuantiti dan mobiliti sperma dapat ditentukan.

BERITA HARIAN, Sabtu, 22 Ogos 2009