Sunday, September 25, 2016

Teknik Mantapkan Dada

Rasanya pasti ramai yang suka dengan dada yang mantap. Dada yang mantap menjadi idaman bagi semua orang. Jangan berkecil hati jika anda tidak mempunyai dada yang mantap seperti yang di impikan. 


Jangan risau, walaupun BM bukan seorang doktor bertauliah, BM ada teknik memantapkan dada. Teruskan mengiring bersama BLOGGER MENGIRING untuk mengetahui teknik memantapkan dada.

Bagi mereka yang tidak mempunyai dada yang mantap, kali ini BM ingin kongsi teknik memantapkan dada. Kalau kita nak jadi orang yang mantap ilmu di dada, kita hendaklah :

Rajin belajar dan selalu bertanya - Kita jarang bertanya tentang perkara yang remeh temeh sebab bagi kita, perkara remeh itu boleh di settle kan dengan mudah. tapi kita mesti ingat, seremeh-remeh perkara itu kalau ianya adalah ilmu kita mesti bertanya.

Rajin dan banyak membaca - Orang tua-tua selalu pesan, rajin-rajinlah membaca sebab membaca itu jambatan ilmu. kalau kita tidak membaca, dada kita akan leper. Macam tin kosong yang bila-bila masa boleh dikemekkan. Tapi percayalah yang Al-quran itu adalah sumber yang paling hebat. Tak percaya, tanya ustaz@ustazah anda. 

Rajin share ilmu - Jangan kedekut ilmu... selalukan kita dengar ayat tu dari cikgu kita. Apa yang cikgu kita cakap tu betul. Tanpa kita sedar, apabila kita share ilmu kita kepada orang lain secara tak langsung ilmu yang kita ada semakin bertambah. Selain itu, daya ingatkan kita semakin kuat. Tak percaya..? cuba try test tengok dulu... ^_^

Jangan rasa diri pandai sangat - Yang ini memang tak boleh dan tak harus ada dalam jiwa/diri kita. Apa kau fikir kau hebat sangat sampai kau nak perasan macam tu. Ingatlah, sesungguhnya ilmu yang kita ada hanya setitik dari air di lautan.. So jangan dan tolong jangan perasan diri anda pandai sangat.

Merendah diri - Sentiasa merendah diri adalah nilai murni yang patut kita amalkan. kenapa kita perlu mendabik dada ? kawan-kawan tidak suka bila anda mendabik dada dan tunjuk yang anda itu bagus.. Secara tak langsung anda akan di gelar "poyo"

Berkawan dengan pelbagai jenis orang - Tidak kira apapun bidang yang anda ceburi, carilah kawan seramai yang mungkin. Dengan adanya kawan, anda boleh berkongsi pelbagai ilmu dengan mereka. Tak rugi kalau anda ada ramai kawan.. Trust its..!!!

Yang Paling PENTING

JANGAN MALAS-MALAS

Er... Er.. Ada sesiapa yang kecewa dengan entri ini tak...?

Wednesday, May 18, 2016

Tips menghadapi pertengkaran


Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hakikat Pertengkaran 


1. Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.


2. Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya. 


3. Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah Perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.


4. Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.


5. Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.


6. Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran 


1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.


2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.


3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.


4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti:-


"Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.  

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.


6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.


7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. selesaikan secara baik antara suami isteri.


8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ini akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan ujud banyak lagi masalah lain.

Tips Ringkas Tampil Menawan


Sudah menjadi lumrah, hati manusia inginkan kesempurnaan dan kecantikan. Kecantikan yang ditonjolkan dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan setiap orang. Si lelaki mahu kelihatan tampan di mata si gadis, manakala si gadis mahu kelihatan anggun di mata si lelaki. Hal ini adalah lumrah kehidupan dan tiada siapa dapat lari daripada hakikat ini.
Untuk kelihatan menawan, kita tidak semestinya memerlukan kelengkapan make-up bernilai ratusan ringgit. Apa yang penting adalah bagaimana anda menggunakan make-up tersebut. 

Kali ini, saya ini kongsikan beberapa tips mudah untul anda tampil menawan... 

1. Jangan keterlaluan
Anda tidak perlu mengenakan solekan yang keterlaluan untuk kelihatan cantik kerana ia akan mencacatkan penampilan anda. Oleh itu, elakkan memakai penggaris mata yang terlalu gelap dan tebal kerana anda akan kelihatan keterlaluan dan merosakkan solekan anda. Selain itu, memakai maskara juga perlu bersesuaian dengan mata. Memakai terlalu banyak maskara menyebabkan bulu mata anda kelihatan seperti palsu.
Begitu juga dengan bedak asas, is perlu sesuai dengan warna kulit muka. Jika tidak, wajah akan kelihatan terlalu gelap atau terlalu cerah daripada warna sebenar kulit anda. Jangan keterlaluan ketika mengenakan solekan agar wajah anda akan kelihatan cantik semulajadi.

2. Mengenakan gincu dengan betulMengenakan gincu perlu disesuaikan dengan bentuk bibir dan warna kulit. Agar sapuan gincu kelihatan cantik, terlebih dahulu gariskan bibir anda dengan penggaris bibir agar ia terbentuk dengan sempurna dan pastikan garisan bibir tersebut tidak kelihatan. Jangan mengenakan garisan di luar bibir jika mahu bibir anda kelihatan tebal kerana ia akan nampak tidak semula jadi.
3. Sesuaikan solekan dengan majlis yang dihadiri
Menghadiri sesuatu majlis atau sebarang aktiviti memerlukan anda mengenakan solekan yang berbeza. Oleh itu, anda perlu bijak dalam mengenakan solekan agar anda tidak akan kelihatan pelik ketika menghadiri majlis atau aktiviti tersebut.


Amat tidak bersesuaian untuk anda jika mengenakan solekan yang tebal untuk melakukan aktiviti riadah di tepi pantai. Selain itu, anda perlu bijak membezakan antara solekan siang dan solekan malam.

4. Jangan ragu-ragu mengenakan solekanAda wanita yang masih ragu-ragu untuk mengenakan sebarang solekan kerana khuatir akan kelihatan pelik atau keterlaluan. Usah bimbang kerana anda hanya mulakan dengan solekan yang nipis dan gunakan warna yang lembut. Mengenakan solekan yang nipis lebih baik daripada tidak mengenakan sebarang solekan langsung.

5. Mengenal pasti keseluruhan penampilan anda
Penting untuk anda mengenal pasti apa yang bersesuaian dengan warna kulit, rambut dan juga bentuk muka dan badan. Pilih solekan yang sesuai dengan warna kulit agar ia kelihatan semula jadi. Contohnya, jika berkulit gelap, anda perlu mengenakan solekan dengan warna yang gelap. Selain itu, kenal pasti jenis kulit anda sama ada berminyak atau kering. Kulit yang berminyak memerlukan anda memakai pelembab yang mengawal minyak.


6. Memilih warna rambut yang sesuaiSama seperti solekan, warna rambut juga perlu disesuaikan dengan warna kulit anda. Warna kulit yang cerah perlu disesuaikan dengan mewarnakan rambut dengan warna yang cerah begitu juga sebaliknya. 

7. Sentuhan terakhirSetelah mengenakan solekan dengan sempurna, pastikan anda sentiasa touch up agar solekan anda tidak hilang atau pudar.



Saturday, May 14, 2016

Doa untuk menghadapi peperiksaan


Salam  buat semua. Mesti kawan-kawan  sekarang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. Al-maklumlah, "final year exam" semakin hampir. Dengan usaha yang telah kita usahakan, insya Allah tuhan akan memberi kejayaan kepada kita. Tapi, kawan-kawan jangan pula lupa untuk berdoa kepada-Nya. Bak kata orang, usaha sahaja tidak memadai, disamping usaha, kita perlu berdoa dan akhir sekali kita mesti tawakal atas apa y telah kita lakukan. Kali ni, aku ingin kongsikan sedikit doa-doa yang aku amalkan untuk menghadapi musim peperiksaan. Smoga ianya berguna juga buat kawan2 sekalian... ^_^ 
- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.


Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari PeperiksaanDicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

  وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:   

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي. 


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:   ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Perkahwinan menurut pandangan islam


HAKIKAT PERKAHWINAN

Semua insan di muka bumi ini ingin mendirikan rumahtangga yang bahgia dan kekal untuk selamanya. Kesejahteraan yang di impikan pasti akan berkubur jika sekiranya kita tidak tahu apakah tujuan sebenar ikatan suci yang bakal terjalin diantara seorang lelaki dan seorang perempuan. Mudah untuk mendirikan rumahtangga, tetapi amat sukar untuk melaksanakan tanggungjawab yang bakal dipikul oleh insan yang bergelar suami dan isteri. La Tahzan ingin berkongsi sedikit ilmu yang dipelajari hasil daripada pembacaan masa lalu. Semoga info kali ini dapat dimanfaatkan dan memberi kebahagiaan kepada semua.



A) Tujuan Perkahwinan

Perkahwinan merupakan sifat atau tabiat manusia yang cenderung untuk mengadakan hubungan sesama manusia. Allah telah menjadikan hubungan perkahwinan sebagai Sunnah para Rasul di mana ianya akan melahirkan rasa saling cinta, sikap saling bekerjasama dengan kebaikan dan bantu membantu untuk mendidik keturunan. Melalui perkahwinan juga, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani maupun rohani. Perkahwinan merupakan peristiwa bersejarah di mana ianya tak mudah dilupakan bagi orang-orang beriman.

IJAB - penyerahan tanggungjawab dari wali calon isteri kepada calon suami.

QABUL- tanggungjawab dari calon suami atas penyerahan itu. Kalimah ini pendek namun mengandungi makna yang mendalam.

B) Walimatul Urus

Perkahwinan merupakan ibadah. Islam mengatur tatacara nikah dan walimah dalam bentuk yang sangat sederhana. Hikmah walimah sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW ialah:

1. Bertujuan untuk melaksanakan ibadah

2. Menghindari daripada perbuatan membazir
3. Mengundang fakir miskin

C) Hikmah Perkahwinan
Islam mengajar agar keluarga dan rumahtangga menjadi pelabuhan yang aman, kukuh bagi setiap ahli keluarga. Membincangkan semua hal, baik gembira maupun kesulitan yang dihadapi. Rasa aman dan perlindungan yang dirasakan oleh anak dalam keluarga akan memberi kepadanya kepercayaam pada diri sendiri dalam menghadapi berbagai persoalan hidupnya. Ibubapa adalah orang pertama diharapkan dapat memberikan bantuan dan petunjuk dalam menyelesaikan masalah anak. Seorang ibu adalah lambang kasih sayang, ketenangan dan juga ketenteraman. Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atau atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana para suami telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu isteri yang soleh ialah yang taat kepada Allah, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak di tempat (sebagai rasa syukur) kerana Allah telah memelihara mereka..." (An-Nisa':34)

Rasulullah SAW menghuraikan makna ayat di atas bahawa, lelaki yang paling baik akhlaknya adalah lelaki yang paling sayang pada isterinya. Baginda sendiri membantu isterinya dalam rumahtangga. Wanita yang paling baik aialah wanita yang menyenangkan hati suaminya apabila suaminya memandangnya. Taat bila disuruh dan pandai menjaga kehormatan dirinya dan harta benda suaminya di kala suami tiada di rumah. Perkahwinan yang disyariatkan Islam. selain daripada sebagai keperluan fizikal, ia juga bertujuan supaya manusia mempunyai keluarga dan keturunan yang sah serta hidup bahagia di dunia dan akhirat. Perkahwinan adalah tugas menunaikan amanah Allah, maka baik suami maupun isteri, niat yang pertama adalah melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

Solat Istikharah - Cara dan Doa


Solat Sunat Istikharah 

Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya. 

Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat istikharah dua rakaat.

Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.

Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai husnuz-zan kepada Allah.

Tata Cara Shalat Istikharah

Tata cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah. dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.

Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aala
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala

Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun

Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”


Doa istikharah

Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW: 


doa-istikhaerah 

Allaahumma inni astakhiiruka bi’ilmika, wa astaqdiruka biqudratika wa as aluka min fadhlikal azhiim. Fa innaka taqdiru wa laa aqdiru, wata’lamu wa laa a’lamu, wa anta allaamul ghuyuub.

Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”

Friday, May 13, 2016

Kesan Sumbang Mahram

 

Apakah maksud sumbang mahram?

  • Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undang-undang atau dilarang oleh adat resam.
  • Contoh:
    • Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya.

  • Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.

Siapakah yang berisiko tinggi?





  • Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah    kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram.

  • Apakah yang boleh saya lakukan jika saya menjadi mangsa sumbang mahram?

    • Ini bukan salah anda.
    • Sumbang mahram satu jenayah yang boleh dihukum.
    • Anda perlu memaklumkan kepada seorang dewasa yang anda boleh percayai(guru, kakak, ibu).
    • Perkara ini perlu didedahkan. Ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan. Walaupun ia adalah perkara yang telah lama berlaku, anda masih boleh mendapatkan pertolongan.
    • Diri anda adalah tanggungjawab anda.

    Apakah yang akan terjadi kepada saya apabila perkara sebenar ini diketahui?

    • Ini bukan salah anda.
    • Anda tidak bertanggungjawab di atas apa yang telah terjadi. Anda tidak keseorangan, bantuan sentiasa ada disisi anda.
    • Berkongsilah masalah anda dengan orang dewasa yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai, kawan, guru dan kaunselor.
    • Jika anda tidak mendapat sokongan, dapatkan bantuan dari tempat lain seperti berjumpa dengan doktor anda

    Untuk keselamatan anda, anda akan dirujuk kepada :
    • Doktor
    • Polis
    • Pekerja sosial
    • Kaunselor
    • Rumah atau tempat perlindungan sementara jika perlu

    Apakah yang terjadi kepada pesalahlaku?

    Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan.
    Untuk maklumat selanjutnya rujuk Penderaan seksual.

    Apakah kumpulan sokongan yang ada di Malaysia?






  • Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal    serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk    penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.
  •  
  • Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan. Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol
  •  
  • Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut.


  • Hukuman :
    Minima lima tahun penjara dan maksima dua puluh tahun termasuk sebatan.

    Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa?

    Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah :
    • Hilang kepercayaan pada orang lain
    • Takutkan hubungan intim
    • Murung
    • Rasa ingin bunuh diri
    • Tingkah laku yang merosakkan diri sendiri
    • Keyakinan diri yang rendah
    • Rasa bersalah dan marah
    • Rasa terasing dari masyarakat/keluarga
    • Penyalahgunaan dadah
    • Masalah pemakanan
    • Masalah personaliti
    Pengalaman yang buruk atau traumatik yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskan kesihatan mental survivor.
    Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu kerana khuatir ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkala terdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga.

    Kesan negatif yang serius biasanya terjadi jika mangsa :

    1- Tidak meminta bantuan daripada ahli keluarga yang lain.
    2 - Tidak mendapatkan sokongan dan kaunseling.
    3- Dianiaya dalam jangka masa yang lama 

  • Petua menjaga hati pasangan


    Setiap insan di muka bumi ini diangugerahkan oleh tuhan dengan sekeping hati. Ia mempunyai pelbagai rasa dan emosi. Justeru, hati amat sukar untuk dimengerti. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru mengenali antara satu sama lain.

    Hati merupakan organ unik yang terdapat dalam tubuh badan manusia. Mengapa ia dikatakan unik..? hal ini adalah kerana perasaan emosi yang lahir dari hati sering kali berubah-ubah. Boleh jadi selang beberapa saat atau minit dan mungkin juga jam perasaan ini akan silih berganti.

    Oleh itu, kali ini aku ingin berkongsikan beberapa tips atau petua untuk menjaga hati pasangan. Semoga informasi kali ini akan mencambahkan lagi bunga-bunga cinta dalam hubungan anda semua...

    1. Tunjukkan rasa sayang terhadap isteri samada melalui kata-kata maupun perbuatan seperti pelukan.

    2. Jauhilah daripada ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.  

    3. Apabila dalam keadaan marah yang amat sangat, berusahalah mengawal diri. Beristigfar dan berselawat serta berwuduk.Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami bahawa isteri memerlukan bimbingan isteri dan memahami bahawa tiada orang yang tidak melakukan kesilapan.

    4. Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali masa-masa manis ketika dulu atau ajaklah isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancung ke tempat-tempat yang indah.

    5. Janganlah merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.

    6. Janganlah memuji wanita lain di depan maupun belakang isteri.

    7. Hargailah dan berilah pujian kepada pengorbanan isteri.

    8. Bantulah isteri dalam kerja-kerja seperti memasak, mengemas dan sebagainya.

    9. Cubalah fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan dan kesihatan isteri terutamanya ketika haid dan mengandung.

    10. Berilah bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi. 

    11. Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.

    12. Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat pada suaminya.

    Tips mencurahkan rasa sayang



    1. Bisikkan kasih sayang dari masa ke semasa. Pengesahan dari mulut suami ada kesan mendalam terhadap keyakinan isteri.


    2. Buktikan kasih sayang daripada suami
       - Hadiah dan penghargaan
       - Senyuman
       - Perbualan mesra
       - Gurauan
       - Khidmat dan bantuan dalam mengendalikan kerja-kerja rumah
       - Kerjasama mendidikan anak, menyelesaikan masalah dan hal-hal lain.


    3. Sentuhan sayang
       - Peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari dan bukan
          tujuh hari sekali.
       - Dalam diri wanita 99 kawasan yang dapat memberi kepuasan
         kepada isteri apabila dirangsang suami.


    4. Isteri mengharapkan pimpinan agar selamat di dunia dan akhirat
       - Suami sebagai contoh bagi isteri
       - Suami memiliki ciri-ciri boleh dibanggakan isteri
       - Suami sebagai tempat bergantung
       - Sumber semangat dan kekuatan
       - Isteri mengharapkan kemaafan dari suami setiap masa.


    5. Isteri mengharapkan doa yang berterusan daripada suami.

    Tuesday, May 10, 2016

    Petua mengetahui CINTA pasangan


    Jika isteri ataupun pasangan menunjukkan sikap-sikap seperti dibawah ini, itu membuktikan bahawa cintanya terhadap kita sungguh mendalam :

    1. Isteri mencintai kita dengan sesungguhnya biasanya perasaannya tetap dan stabil terhadap suaminya. Suami tidak akan menemui sikap isteri pada minggu ini atau bulan ini sangat menyintai sedangkan pada masa yang lain, ia berubah. Ia tidak menuntut sesuatu kepada suami baik tentang gaya dan sebagainya.

    2. Pasangan yang bercinta iaitu suami dan isteri saling memberi perhatian khusus antara sesamanya. Selalu berbincang, humor serta selalu membuat sikap-sikap yang lucu. Suami isteri selalu saling mendorong untuk menjaga badan dan kesihatan.

    3. Suami isteri yang betul-betul saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkahlaku yang lemah lembut setiap hari, Membantu menyiapkan pekerjaan peribadi dan rumahtangga secara bersama.

    4. Pasangan suami isteri yang sedang mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta, seperti sayang atau I love you ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan.

    5. Jika seseorang isteri betul-betul cinta terhadap suaminya, ia tidak akan melukai atau menyakiti hati suaminya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan suaminya seperti "Kamu tidak pandai mengurus badan." atau "Kamu terlalu gemuk atau kurus." serta ungkapan-ungkapan lain.

    6. Pasangan yang saling mencintai, apakah isteri sangat menyintai suami atau sebaliknya, akan selalu memberikan pujian yang sesuai baik dalam bentuk kata-kata maupun perbuatan.

    7. Suami isteri akan berhubungan dan berbicara secara baik, dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya suami memeluk isteri sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh isteri.

    8. Setiap keberhasilan dan kejayaan selalunya mereka rasakan dan nikmati bersama. Misalnya diungkapkan dengan menepuk bahu isteri sambil memeluk dan menciumnya sebagai hadiah kejayaan.

    9. Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara sebelum pasangannya habis berbicara. Dia tidak akan memotong setiap perbicaraan suaminya. Ia baru akan berbicara bila diminta untuk memberi cadangan.

    10. Suami isteri sanggup menerima kekurangan-kekurangan di antara mereka. Isteri yang sangat menyintai suaminya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan suaminya. Ia tidak sekadar menyintai suaminya lantaran suami pandai mencari harta dan wang.

    11. Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara sesama mereka. Tetapi selalu membahagikan rasa suka dan duka untuk diselesaikan bersama.

    12. Pasangan yang bercinta sedar perkara-perkara yang dapat merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya isteri sedar jika menyampaikan masalah rumahtangga ketika suami sedang letih akan menimbulkan kemarahan suami.

    Tips menemani wanita shopping


     "shopping" merupakan habit semula jadi bagi setiap wanita. mereka mempunyai daya keinginan untuk "bershopping" melebihi minat sang teruna. oleh hal yang demikian, tidak hairanlah mengapa golongan wanita sanggup menghabiskan ratusan ringgit semata-mata untuk memenuhi keinginan tersebut.

    Berbeza pula dengan golongan lelaki, perkara ini mungkin merimaskan. adakalanya ia memeningkan kepala si lelaki kerana "fulus" nipis. perkara ini lebih membebankan tatkala tiba hujung bulan.


    Oleh itu, kali ini aku ingin kongsikan beberapa tips berguna untuk golongan lelaki. Ia boleh menjadi panduan ketika menemani si gadis atau si isteri untuk membeli belah...


    Selamat Membaca...

    1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih "masak" proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walaupun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa "sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala".

    2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu "kecederaan" yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nantiialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.

    3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama.Terhindar dari gangguan.

    4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri ...apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika >kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.

    5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.

    6. Kalau dia meminta "second opinion" dengan kata-katanya, "Pelek tak abang kain ni untuk       saya"...? berilah pandangan dengan kata-kata, "Pada pandangan abang ....." Jangan terus kata, "OK" .. Lawa.. kemudian senyap.

    7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

    8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.

    9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.

    10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam ditempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.

    Tips menggunakan parfume


    Setiap orang pasti memakai parfume untuk menyempurnakan penampilannya. Biasanya parfume yang sama belum tentu aromanya sama setelah di semprotkan ke bagian tubuh anda.

    Yang perlu diperhatikan saat menggunakan parfume adalah bagaimana cara penyemprotannya dan diamana saja, agar aroma parfum anda tetap melekat sepanjang hari. Berikut tipsnya.

    1. Semprotkan parfume pada kulit bagian pergelangan tangan, siku bagaian dalam dan leher. Jangan semprotkan pada pakaian anda karena bisa membuat baju anda bernoda.

    2. Saat menyemprotkan parfume anda jangan gunakan perhiasan, sebaiknya lepaskan dulu. Karena bisa membuat perhiasan anda berubah warna.

    3. Jika parfume anda spray sebaiknya semprotkan dengan jarak sekitar 30 cm ke bagian dalam tubuh anda. Itu akan membuat penyebaran parfume merata dan tahan lama.

    4. Untuk pria, semprotkan parfum anda pada bagian kulit dada kanan dan kiri kemudian depan.

    5. Jangan menyimpan parfume anda ditempat yang panas, karena akan membuat aroma parfume berubah.
    Jadi, semprotkanlah parfum anda secara benar dan nikmati keharumannya sepanjang hari, agar orang disekeliling betah berada disamping anda.

    Sunday, May 1, 2016

    Tips Bercinta Suami Isteri




    1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing. 



    2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman dibibir. 


     3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan. 



    4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur . 



    5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja. 



    6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan. 



    7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur. 



    8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. 



    9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada disisi. 



    10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang. 



    11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya 



    12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman bekas suami 



    13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya. 



    14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama. 



    15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga. 



    16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu. 



    17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya. 



    18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut. 



    * Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu. 



    Selamat mencuba bagi yg x pernah praktik kan tu..kalau yg dah mmg sedang praktikkan

    tu teruskan dan semoga ikatan suami isteri akan lebih manis lagi...insyallah....kekal bahagia ke usia tua... 





    Wallahua'lam

    Kriteria suami yang dikasihi


    A.Suami Teladan ialah:

    - Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya.  Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab  sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan,ia akan menyatakan kepada isterinya.

    - Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.

    - Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.

    - Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.

    - Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :-


    1. Tubuh badan yang sempurna sanggup melaksanakan  tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.

    2. Akal fikiran yang sempurna
    - berfikiran positif.


    3. Pengetahuan agama yang sempurna
    - untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup.


    4. Membelanjakan sebahagian harta
    - mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

    B. Keperibadian Suami Yang Menjadi Impian Isteri

    1. Penuh kerinduan dan kasih sayang

    2. Mencintai

    3. Gagah dan berakhlak mulia

    4. Kaya dan bijaksana

    5. Memberikan cahaya kehidupan

    6. Menegakkan kebenaran

    7. Mulia di sisi Allah

    C. Ciri-ciri Suami Teladan

    - suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah

    - suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah

    - suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

    1. Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

    a. Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.

    b. Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT

    c. Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya

    d. Menjaga hati dan perasaan isteri

    e. Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang diluar kemampuan isteri

    f. Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan

    g. Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.

    h. Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka.

    i. Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin.

    j. Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan.

    k. Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa.

    l. Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya.

    - Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka.

    - Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan  kebahagiaan bersama.

    2. Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

    a. Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.

    b. Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.

    c. Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa.

    d. Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat.

    e. Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah.

    f. Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek.

    g. Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim.

    h. Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga.

    i. Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam.

    j. Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan.

    k. Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.

    D. Suami yang penuh sentuhan kasih

    Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :-

    1. Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri,Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.

    Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.

    2. Memberi pujian terhadap isteri, Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri.

    Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

    3. Menentukan batas tanggungjawab, Islam telah mengatur, tanggungjawab terhadap suami dan isteri.

    Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. 

    Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

    4. Menghindari kritikan terhadap isteri, Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri.

    Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan kesan negatif terhadap isterinya iaitu:

    a. Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah

    b. Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada
    perasaan kecewa dan tekanan batin.


    c. Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.

    d. Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan
    kehilangan identiti dirinya sendiri.


    e. Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.

    f. Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

    5. Memperhatikan sesuatu yang romantik, Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya. Namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita.

    Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap remeh terhadap kepentingan isteri.

    6. Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami,

    Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.
     

    7. Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri, Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.
     

    8. Memahami gelora jiwa isteri, Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai org yang dapat membimbing hidupnya.
     

    9. Membina kerjasama yang baik, Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.
     

    10. Memenuhi keperluan peribadi, Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

    E. Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

    1. Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna

    2. Memberi nafkah kepada isteri

    3. Menggaulinya dengan baik

    a. Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan

    b. Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal

    c. Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.

    d. Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.

    e. Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.

    f. Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.

    g. Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.

    h. Melindungi isteri dari api neraka.

    4. Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan, Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :

    - berani dan gagah perkasa
    - ingin menolong yang lemah
    - ingin berkuasa
    - kasar dan tamak


    manakala wanita bersifat :

    - lemah lembut
    - pemalu
    - mempunyai perasaan yang halus
    - bersopan santun
    - penyabar.


    Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing. 

    5. Membimbing isteri 

    Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya: 

    a. Mudah lupa dalam mengingati Allah, Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.

    b. Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.

    c. Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain. Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :

    1. Janganlah suami dan ister marah pada masa yang sama.

    2. Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain

    3. Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.

    4. Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap
    kasih sayang.


    5. Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu

    6. Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain daripada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.

    7. Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan

    8. Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang kurangnya sekali sehari.

    9. Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.

    10. Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

    6. Membimbing anak

    Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:

    a. Memberikan nama yang baik bagi anaknya
    b. Memberi nafkah
    c. Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.