Thursday, March 31, 2011

Ulat Bulu Putih


sebelum bercerita, saya nak tanya cantik x gambar ni? jawapan yang tepat ialah YA. ^_^
korang semua nak tau x di mana saya ambil gambar ni? kalau korang xnak tau pun saya tetap akan bagi tau sebab ini adalah blog saya.. jadi saya boleh taip apa saja y saya suka di sini.. 
gambar ulat bulu putih ni saya ambil masa kami buat fieldwork di kampung dalit keningau. masa tengah berjalan menuju ke kawasan untuk menombak buah sawit, saya terlihat sesuatu yang menarik iaitu ulat bulu putih. sebelum ni saya tidak pernah melihat ulat bulu yang berwarna putih. dengan perlahan saya datang menghampiri ulat bulu itu dan terus saya "snap" pic dia.. dan hasilnya adalah seperti di atas. ^_^
orang cakap, kalau terkena ulat bulu, kulit akan berasa gatal.. bahaya juga kan ulat bulu ni. 
ermmm patut la orang selalu cakap "ulat bulu dah naik daun" tapi yang saya "snap" ulat bulu memanjat batang. hehehe.. ^_^
hebat kan ulat bulu? pandai dia panjat batang... agak2 korang kan, brapa lama ulat bulu ni simpan bulu dia? saya tengok cantik je bulu dia. pandangan saya kan, semakin lama dia simpan bulu tu, mesti semakin cantik.

Ketika Ketam Berasa Bosan




aku kalau dah bosan, xtau r nak buat apa... y aku tau on je laptop terus online. tu kalau aku bosan, tapi sekarang aku dah ada hobi baru.. hobi aku skrang ni ialah mengedit gmbar2 y aku ade. hehehe.. ni kire hobi baru aku r. rupanya, bes juga hobi baru aku ni.. rasa kool je bile edit gmbar...kadang2 nampak mcm cntik, kadang2 gambar y aku edit tu huduh.. bisa la, dalam dunia ni xda semua y sempurna.. pasti ada kelebihan dan kelemahan..^_^

Monday, March 28, 2011

Ketam Mengedit Gambar


Gambar ni aku ambil time kami pergi ke Kg. Bilit di Kinabatangan.. aku ternampak satu pokok besa, so aku pun ape lagi.... dengan mengunakan DSLR, aku suruh r kawan aku snap pic aku.. hehehe.. agak cntik juga kawan aku ni snap pic. ^_^ yang edit pic ni adalah aku. amacam? ok x? bese2 je.. aku x pandai sangat nak mengedit gambar... so ni kira ok la bagi aku.. bagi korang suke ati korang r nak cakap ape. hehehe.. ^_^

Friday, March 25, 2011

Tiket wayang free

Tiket free dari era.fm

Entri kalai ini adalah mengenai tiket free yang aku dapat... korang nak tau x kat mana aku dapat tiket ni? ada la suatu hari yang panas terik, berpeluh2 aku ari tu.. aku jalan2 la kat expo APK ums. aku nampak ada skuad era datang, aku pun apa lagi... tanpa rasa segan silu aku g r datang dekat2. konon nak tengok apa event yang sedang berlangsung. hehehe.. bes gak time tu.. dorang sembang2 dan bergambar. aku tengok je.. sbb xde camera. lagi pun malu nak bergambar ngan artis. hehehe

lepas tu dorang buka contents, ala2 sesi soal jawab la gitu. aku pun mencuba nasib, dj tu tanya apa laman web rasmi era? aku pun ape lagi... cepat2 angkat tangan dan beri jawapan dengan konfiden. fuh.. tahniah, aku dapat gak tiket wayang free.... hehehehe... bosan r petang ni. ingat nak kuar tp aku sempat merepek kat sini jap.. tata..

Wednesday, March 23, 2011

Sesi Pengambilan Ahli Baru Kelab Penyayang UMS


sewaktu sesi pendaftaran (masih sempat bergambar)




president bersama bendahari



sewaktu sesi temuduga sedang berlangsung



president bersama bendahari menemuduga bakal-bakal ahli penyayang


salam penyayang buat semua y sudi singgah ke entri kali ini. korang semua nak tau x? gambar kat atas tu adalah gmbar aku time aku jadi penemuduga. hehehe.. hebat x aku? belum bis blaja dah temuduga orang. kunun2 hebat r kan...

kenapa saya di pilih untuk menemuduga bakal-bakal ahli kelab penyayang? sebabnya, saya adalah president kelab penyayang ums sesi 2010/2011. kalau korang semua nak tau, inilah first time saya jadi penemuduga. cuakk gak time nie, tapi untuk tetap maintain saya buat muka slumber ayam je. kunun2 kool.. ^_^

besnya jadi seorang penemuduga... saya tak tau nak crita macam mana, tapi memang bes giler... kelakar tengak reaksi dorang bila x dapat jawab soalan y saya tanya. hehehe.. ada juga y berpeluh2 untunk menjawab soalan saya.. ish.. ish.. ish.. kesian..

kagum dengan keberanian ahli penyayang yang baru. sebab apa? sebab dorang semua nie berani untuk hadir ke sesi temuduga. walaupun dorang semua ni baru tahun 1, tapi semangat dorang untuk datang ke sesi tersebut adalah tinggi. mcm orang sabah bilang, lebih tinggi dari gunung kinabalu. ^_^ itu y kita mahukan..

saya harap, dengan adanya sesi temuduga ini, sedikit sebanyak dapat memberi pengalaman baru kepada semua siswa dan siswi ums.. tujuan temuduga ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana suasana temuduga y bakal mereka hadapi ketika masuk ke alam pekerjaan. selain itu, ianya dapat menambah dan meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa ums.

BERTEKAD CEMERLANG.... itu slogan untuk mahasiswa UMS.. untuk kelab penyayang
"LOVE HAS NO BORDER"

saya harap semua sahabat penyayang ums dapat memegang prinsip kelab untuk kita semua sama-sama menyumbang bakti kepada insan yang memerlukan. ^_^

"semarakkan kemanusiaan pertingkatkan amal kebajikan"

Tuesday, March 15, 2011

pabila ketam belajar mengedit



apa jadi kalau ketam yang jalan x betul cuba belajar untuk mengedit picture??? haa... hasilnya seperti yang anda semua dapat lihat di atas tu. perghhh... ramai yang cakap buruk gile, siot.. x cntik langsung. tp seyes aku cakap, aku amat puas ati sbb aku baru je blaja nak edit. hehehe.. ok r tu kan... xde la buruk sgt. masih lagi nampak rupa aku y x seberapa nsem ni...

aku rasa, bidang fotografi dan edit mengedit ni boleh tambah income, tu pun kalau kita pro atau memang ada bakat untuk itu. that why, aku tengah blajar untuk mendalami bidang ini. mana r atau kalau2 bley tambah pendapatan aku. kot2 r berjaya, leh r aku beli kete. hehehehe.. ^_^ angan2 mat jenin je tu. tapi x salah kalau aku berangan di siang hari. betul x?

korang semua pandai x bidang ni? kalau pandai share r ngan aku. aku pun nak blajar gak. t bile dah beli DSLR boleh lah aku jadi fotografer..betul ke ejaan tu? bley wat keje sambilan... mesti beskan kalau blaja smbil bekerja. dalam masa y sama kita ada income. ini x, asik harapkan duit ptptn langsung x cukup.. nak beli itu. nak beli ini... sume nye perlu duit. spender pun x terbeli.. hahaha.... harap2 aku leh jadi pro untuk bidang ini. ^_^

ketika sawan mic menyerang


perghhh... lama giler aku x update blog, bukan malas untuk update, tp aku terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti di dalam dan luar kampus. gambar di atas ni adalah gambar time aku lepaskan tension sebab terlalu sibuk. naik pening kepala otak aku memikirkan pelbagai program untuk kelab. al-maklum la, sekrang nie aku bergelar presiden kelab penyayang universiti malaysia sabah. ada kisah lucu sebalik jawatan y aku pegang sekarang ni, korang nak tau x? ade ke patut dorang panggil aku dengan gelaran "abg penyayang"? hehehehe... penyayang ke aku ni? hanya si dia yang tau, tapi siapa si dia tu? hehehe.. belum ada lagi.. ^_^ tapi apapun aku x kisah dgn gelaran ni. kadang2 bes pla dorang panggil aku dgn nama tu. i like it.. apa2 pun trima kasih kerana panggil aku dengan nama tu. harap2 aku ni betul2 penyayang orang nye. dan kalau ada y sudi berkongsi kasih sayang dengan aku, aku alu-alukan.... cewahh.. promote tu.. hehehe.. ^_^

aku bukan nak cerita pasal abg penyayang, tapi aku nak cerita pasal karoke ni. kalau dulu, aku x brapa minat nak berkarok ni. tapi lepas kene sepam dua, rasa gian pla. rasa mcm kene sawan mic. hehehe.. ^_^ memang bes r karok ni. kita boleh melalak sesuka hati kita walaupun suara kita sumbang sampai boleh bernanah telinga yang mendengar. aku blaja berkarok ni time keje sambilan sebagai pembanci pada tahun 2008. time tu baru bis stpm. dapat lak keje sambilan, bila time lepas bis keje kami pergi ke bandar2 terdekat untuk berkarok. hehehe.. kedapatan sudah rahsia aku.. kekadang keje sejam dua, lepas tu kami cabut lari untuk berkarok. perghhhh... memang syok r buat jahat ni. nasib baik x pernah kantoi. kalau kantoi ngan bos, mesti bos payung kami karok 8 jam. hahaha.. time tu naik retak anak tekak. ^_^

kepada mereka yang suka berkarok, jom kita lawan suara sape la y dapat buat hujan turun dengan cepat. aku pasti aku lah pemenang sebab suara aku sumbang. ^_^ x sedap langsung kalau menyanyi.. buat sakit telinga je sapa y dgr aku nyanyi... silap ari bulan telinga bernanah. gurau2 je.. hehe. kalau ada y sudi, nnt kita g karok sama2 k.. kita layan sepam dua. memang bes. mantap gitu lorh...