Wednesday, June 29, 2011

Amaran ! Untuk budak melayu


Entri kali ni khas buat budak-budak melayu yang kurang ajar. Patut ke aku cakap macam tu? ermmm.... rasanya tak patut kot sebab budak cina dan india pun ada jugak yang kurang ajar. Tapi dorang kalau mengutuk budak melayu dorang cakap dalam bahasa dorang. Yang budak melayu mana la paham bahasa mandarin dan bahasa tamil. So budak melayu sedar-sedarlah... Jangan asyik nak merempit. Jangan jadi jaguh kampung. Gaduh melayu sama melayu nak buat ape ??? Ape pun tak buleh...

Sebaiknya, kita kan duduk dalam satu negara. So, bersatu padulah.. memang susah. Tapi kita boleh buat yang terbaik untuk negara kita. Jangan asyik nak kutuk-mengutuk, jangan asyik nak jatuh menjatuh. Orang cakap sedangkan adik beradik pun boleh bergaduh, Yea... aku tau. Tapi buat apa kita nak bergaduh sesama sendiri. sape pun tak dapat manfaatnya. Yang dapat hanya sakit dan malu. Lebih baik kita bersaing untuk mencapai kejayaan yang pastinya dapat mengembirakan semua pihak.

Lagi satu hal, bile aku masuk panggung wayang, budak-budak melayu ni macam ayam jantan baru akil baligh. Aku tau la tu hak korang, kubur kite lain-lain lubang. Lantak kau lah kau nak berkepit ke nak ape ke. Tapi kawal-kawal la ape yang korang buat tu. Adui... "kemaluan" korang xde ke? atau korang xde "kemaluan" ? Sedih tengok anak bangsa umur belasan tahun duk ngikut budaya barat. tercium sana, tercium sini, terkangkang sana, terkangkang sini. Budak baru nak "up" kita kena kawal supaya dorang tak semakin melampau. Kalau dah melampau sangat "lebam bijik mata kau" (ayat johan).

Yang penting, Korang tak payah nak buat aksi kat dalam panggung wayang tu. Orang datang nak tengok wayang berbayar bukan wayang "free" yang xde director yang korang lakonkan tu.

Tuesday, June 28, 2011

saya maafkan awak...

Hai awak, ingat lagi tak waktu kite mule-mule jumpe dulu?

kite mesra sangat, cam tak leh dipisahkan.
tiap ari sembang kat tepon,
kadang-kadang abis  sampai RM10 kn?

tido pun asyik mimpi awak jer..

walaupun kita tak pernah kuar sama,
tapi saya tau hati kita sentiasa bersama.

tapi.. baru-baru ni saya tengok perangai awak dah lain sangat.
awak cam dah tak ingat sape saye.
tiap saat saya tunggu call awak
walaupun saya tau awak takkan call

dah lebih sebulan awak ignore saya.
saye tetap percayekan awak,
tapi hati ini dah mule pikirkan yang bukan-bukan.

satu harii tibe-tibe saye dapat tau,
awak ade lelaki lain,
skrang saya tau punca awak ignore saye,
awak abaikan, buat saye macam barang.

saya tak sangka cinta awak hanya mainan,
saya tau awak sukekan saye,
tapi kenapa awak still kapel dengan lelaki lain?

saya tak penah ngaku saye boyfren awak,
sebab saya tau awak budak baik,
tapi sangkaan saye salah.

sekarang cuma satu yang saye buleh buat,
kembali ke jalan-Nya,
tak pe awak jangan risau,
saye buleh jadi tabah,
walaupun saya tak dapat lupekan luke ini.




Bagaimana memilih seseorang yang terbaik

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyibegini :
Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam manajuga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?
Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yangmenggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.


˙·٠•●♥ erti sebuah cinta ♥●•٠·˙

awak... kite suke awak. :P

(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`ERTI SEBUAH CINTA
●/
/▌
/ \
...♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥♫•

❤ Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

❤ Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

❤ Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

❤ Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

❤ Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

❤ Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

❤ Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

❤ Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

~► Cinta memang indah namun byk ranjau onak berduri didlmnye.....

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dpt membawa kalian ke SYURGA Allah..

♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥♫•

Kenapa Aku Anti Motosikal

cari kat google
"aku hanya mampu tersenyum bila melihat dan membaca makna disebalik simbol-simbol ini"



Aku & RXZ


Dalam dunia nie, keluargalah yang paling aku sayang,
aku sayang mak ayah aku, aku sayang adik beradik ku,
perkara kedua yang aku sayang adalah motor RXZ ku,
walaupun ia x punya perasaan tapi aku anggap dia mcm awek aku.
aku jaga dia ngan baik. sikit calar pun aku xkn benarkan,
walaupun dia x pandai bercakap,
bila di samping RXZ aku dapat rasakan dia seolah2 memahami jiwa kelajuan aku,
Maafkan sbb aku pernah buat kau terasa sakit smpai jariku berjahit 6,
banyak sungguh kenangan aku dengan kau rxz,
aku harap kau akan terus bersama aku sehingga akhir hayatku,
aku janji akan jaga kau dengan baik,
biarlah kau tidak pandai bercakap,
asalkan aku senang bersama kau,
RXZ memang memahami jiwa aku,
satu hari nanti aku akan jadikan kau sebagai the lagend of RXZ
aku bahagia dengan jiwa kelajuan dan aku akan memecut selagi tiada persimpangan,
sayang kau RXZ

Tips penjagaan mata

google

Mata merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai. Kekuatan yang ada pada mata semulajadi tidak dapat ditandingi oleh mana - mana lensa ciptaan manusia. Dengan itu seharusnya mata yang dianugerahkan oleh Tuhan harus dipelihara dan dijaga dengan sebaik - baiknya.

TIPS PENJAGAAN MATA

1. Elakkan dari minum air 2 jam sebelum tidur.Ini kerana minum air dengan banyak sebelum tidur akan mengakibatkan kulit pada bahagian bawah mata bengkak dan sembab.

2. Pastikan anda membersihkan solekan pada bahagian mata sebelum tidur. Jika solekan tidak ditanggal betul-betul, sisa-sisanya akan tertinggal pada mata. Anda harus ingat kulit bahagian mata amat lembut dan sensitif. Jika tidak dijaga dengan betul, ia boleh bertukar kehitaman, atau dipenuhi dengan bintik-bintik halus.

3. Jangan gunakan pelembap muka pada bahagian mata. Kandungan minyak dalam pelembap muka agak tinggi, dan ia boleh mengakibatkan 'oil seed' sekeliling zon mata. Sebaik-baiknya gunakan gel mata untuk merawat kulit mata yang lembut dan sensitif. Untuk hasil yang terbaik, gunakan gel mata yang mengandungi ekstrak timun, 'witch hazel', dan pro vitamin B5.

4. Elakkan mata memakai kanta lekap lebih dari 12 jam kerana ia meletihkan mata.

Ceritera Suka, Sayang Dan Cinta˙

mintak google

˙·٠•●♥ Saat kau MENYUKAI seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoisanmu sendiri. ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Saat kau MENYAYANGI seseorang,  kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri...♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Saat kau MENCINTAI seseorang,  kau akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu. ♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya, ”Bolehkah aku menciummu?”♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Saat kau MENYAYANGI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan bertanya, ”Bolehkah aku memelukmu?”♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Saat kau MENCINTAI seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya dan kau faham walaupun dengan hanya mendengar tangis sendu…♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ SUKA adalah saat ia menangis, kau akan berkata “Sudahlah, jangan menangis.”♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ SAYANG adalah saat ia menangis dan kau akan menangis bersamanya.♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ CINTA adalah saat ia menangis dan kau akan membiarkannya menangis dibahumu sambil berkata,”Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ SUKA adalah saat kau melihatnya dari penampilan luarnya dan bukan kerana hatinya.♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ SAYANG adalah saat kau melihatnya, kau akan melihatnya dari hatimu dan bukan dari matamu.♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ CINTA adalah saat kau melihatnya kau akan berkata,  “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku..♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Pada saat orang yang kau SUKA menyakitimu,  maka kau akan marah dan tak mahu lagi bicara padanya.♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Pada saat orang yang kau SAYANG menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Pada saat orang yang kau CINTAI menyakitimu, kau akan berkata, “Tak apa dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Pada saat kau SUKA padanya, kau akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Pada saat kau SAYANG padanya, kau akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ Pada saat kau CINTA padanya, kau akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus…♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ SUKA adalah saat kau akan menemaninya bila itu menguntungkan..♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ SAYANG adalah saat kau akan menemaninya di saat dia memerlukan..♥●•٠·˙

˙·٠•●♥ CINTA adalah saat dimana kau akan menemaninya di saat bagaimanapun keadaannya..♥●•٠·˙

SUKA adalah hal yang menuntut
SAYANG adalah hal memberi dan menerima
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

Monday, June 27, 2011

Astro Makin Melampau Kaut Keuntungan

image

KUALA LUMPUR – Kempen pemboikotan Astro bermula hari ini apabila lebih 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru tiga juta ahli dan penyokong mereka supaya tidak membuat pembayaran bil selama tiga bulan berturut-turut ke stesen televisyen berbayar itu.

Arahan itu turut meliputi pemboikotan terhadap barangan dan pengiklan yang mengiklankan produk mereka di stesen televisyen berkenaan.

Langkah ini diambil setelah amaran dan rayuan yang dibuat sebelum ini dipandang sepi oleh Astro malah stesen itu dilihat semakin angkuh mempertahankan pendirian mereka.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak berkata, walaupun tanpa Astro, pengguna kini masih boleh beralih kepada perkhidmatan Unifi dan juga perkhidmatan menggunakan aerial seperti yang wujud selama ini.

” Kita tak mati tanpa Astro, kita juga bukan nak bermusuh dengan mereka, tetapi kita tidak mahu mereka sesuka hati menekan kita dengan pelbagai bayaran seolah-olah mereka mempunya kuasa mutlak untuk berbuat apa saja sehingga sanggup mengetepikan pandangan pelanggan, termasuk arahan daripada kerajaan sendiri.

” Astro jangan pandang remeh kempen ini kerana kita pernah berjaya dalam kempen pemboikotan beberapa barangan sebelum ini dan kita akan membuktikan sekali lagi ‘kemampuan’ kita pada stesen televisyen terbabit.

” Sekejap lagi kita akan mula menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua ahli , kempen ini akan berkuatkuasa sehingga Astro akur pada permintaan kita” tegasnya.

Tunku Azwil menambah, dengan memperoleh keuntungan sehingga RM800 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 2010, tidak ada sebab untuk Astro terus menekan pelanggan mereka dengan caj yang melampau.

Astro baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan.

Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan, manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.

Bagaimanapun notis mengenai kenaikan bayaran perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Astro kepada pelanggannya dianggap tidak sah kerana tidak mendapat kebenaran dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terlebih dahulu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil berkata, usaha licik Astro juga jika tidak dibendung, akan membunuh masa depan industri penyiaran negara.

” Untuk pengetahuan anda, Astro mengenakan caj iklan yang rendah kepada syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, iaitu sama dengan kadar iklan stesen radio.

” Caj ini sudah tentu tidak boleh ditandingi oleh stesen televisyen tidak berbayar seperti RTM dan TV3,  akhirnya pengiklan akan lari ke Astro secara perlahan-lahan dan kesemua stesen televisyen percuma ini pasti akan mengalami kesukaran untuk bertahan,” ujarnya.

Mengenai pandangan yang mengatakan pihak Astro terpaksa menaikkan kadar cajnya disebabkan program berkualiti yang disediakan, Tunku Azwil berkata, ia bukanlah alasan untuk menambahkan beban.
Ujarnya, jika itu dijadikan alasan untuk menaikkan harga, ia ibarat satu ‘ugutan’ kepada para pelanggannya.

” Kepada kerajaan, tolonglah bela hak pengguna kerana kita dah ada pelbagai akta seperti Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

” Pengguna muak dengan gelagat Astro yang sudahlah memonopoli pasaran hampir 20 tahun lamanya, mereka juga bertindak berlawanan dengan semangat 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan,” ujarnya. – Oleh SYAHRIL A. KADIR 

Sunday, June 26, 2011

"sayang" itu bagaimana caranya...

"Awak... Saya sayang awak. Sayang saya lebih besar dan tinggi dari gunung kinabalu".

Itulah contoh ayat yang sering kita dengar. Ia sering diungkapkan oleh sang kumbang kepada sang bunga untuk membuktikan kasihnya kepada bunga pujaan.

I Love U... mampu membuatkan sang bunga layu dalam pangkuan sang kumbang.

Bagi sesetengah orang, "sayang" terlalu mudah untuk dilafazkan dan terkadang ianya menjadi medium atau daya penarik untuk "mencairkan" hati sang bunga. Sejauhmana "sayang" itu dapat dibuktikan dengan kata-kata manis?

Memang benar "Sayang" mudah untuk dilafazkan tetapi  amat berat untuk dibuktikan. Ianya memerlukan kejujuran, kesetiaan, kasih, cinta dan bermacam-macam lagi perasaan untuk membuktikan yang kita benar-benar menyintai seseorang itu.

Bagaimana anda membuktikan kasih sayang anda pada orang yang anda sayang?

Kasih sayang bukan hanya dari kata-kata manis yang keluar dari mulut, tetapi ianya mesti dibuktikan dengan perbuatan. Bukan mudah untuk membuktikan kasih sayang kepada seseorang melalui tingkah laku. Ianya lahir dari ketulusan hati yang berada jauh di dasar lubuk hati seseorang.

Aku "sayang" Kamu... apakah kamu menyayangi aku seperti mana aku "sayang" kamu ?

Friday, June 24, 2011

Yang terindah...

Mak Ayah terhebat

Hidup ini sangat indah... Syukur Alhamdulillah sebab "Sang Pencinta" izinkan aku untuk lahir ke atas muka bumi ini. Aku juga bersyukur sebab aku dilahirkan sebagai manusia, manusia yang cukup sifat dan sempurna walaupun aku belum cukup sempurnya untuk berada disisi-Nya. Syukur Alhamdulillah...

Kini, Usia aku genap 23 tahun ( 24 june 1988 ). First aku nak ucap TERIMA KASIH banyak-banyak pada mak dan ayah yang telah membesarkan aku selama ini. Tanpa mereka aku mungkin tidak berpeluang untuk melihat dunia yang penuh warna-warni. Dunia yang lebih cantik dari pelangi dan tiada yang paling indah selain ini.

Bagi aku, mak dan ayah akulah orang yang paling hebat dalam dunia sebab tanpa mereka berdua aku tidak akan terhasil dan tidak dapat merasai betapa indahnya dunia ciptaan tuhan. Syabas dan Tahniah buat mak ayah aku. Korang tolong doakan mak ayah aku panjang umur dan mendapat kesejahteraan di dunia dan di akhirat yea... amin. Thanks...  Sayang korang, tapi aku lebih sayang mak dan ayah aku. LOL....

Aku semakin matang... semakin hari aku semakin matang. Selama aku hidup 23 tahun, banyak yang telah aku pelajari. seawal usia setahun aku telah cuma merangkak, bertatih, berjalan bercakap dan sehingga sekranglah aku masih belajar di sebuah universiti yang terkemuka di malaysia. Terima kasih sekali lagi kepada "sang pencipta" kerna bagi aku peluang untuk pelajari banyak benda dalam hidup ini. Hidup hanya sekali, manfaatkan ia dengan sepenuhnya.

Aku janji dengan diri aku, aku akan buat yang terbaik dalam hidup ini... Tiada yang lebih baik melainkan yang terbaik.. Aku yakin aku mampu lakukan yang terbaik. aku tidak mahu hampakan mak dan ayah aku. Itu janji aku...

Selamat Ulang Tahun yang Ke-23 ketam batu... 

Hafizan Malik a.k.a Ketam Batu
Yang terindah...

Wednesday, June 22, 2011

Erti sebuah Cinta

google yang bagi
(¯`♥´¯) .♥.•¨`*♫ ✿ ܓ
´*.¸.•´♥`ERTI SEBUAH CINTA
●/
/▌
/ \
...♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥♫•

❤ Kepada yg masih SINGLE...
Cinta ibarat kupu2. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tp, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tp cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan pd seseorang yg layak menerima.

❤ Kepada yg ragu2 dgn PERNIKAHAN...
Cinta bknnya mencari seseorang yg "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yg mampu menjadikan dirimu sempurna.

❤ Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL...
Jgn katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tdk benar2 peduli. Jgn bicarakan soal perasaan bila itu tdk benar2 ada. Jgn kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main2 dgnnya. Jgn menatap ke dlm mata seseorang bila apa yg kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh.

❤ Kepada yg PATAH HATI...
Sakit... patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yg boleh diambil sbg pengajaran dan hikmahnya.

❤ Kepada yg BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jgn sampai terjerumus. Biar selamba tp stabil. Berkongsilah tetapi jgn tak adil. Cubalah utk memahami tetapi bkn bermakna tdk boleh meminta apa2. Bersedialah utk terluka dan menderita, tetapi jgn simpan semua rasa sakit jika itu yg benar2 dialami.

❤ Kepada yg ingin MENGUASAI...
Hatimu patah melihat org yg kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa org yg kau cintai ternyata tdk bahagia dgn mu.

❤ Kepada yg takut MENGAKUI...
Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dgn seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dgn mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila org yg kau cintai, langsung tdk mengetahui perasaanmu terhadapnya.

❤ Kepada yg masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YG TLH PERGI...
Hal menyedihkan dlm hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau tlh mensia-siakan masa bertahun-tahun utk seseorang yg tdk layak. Kalau sekarang dia sudah tdk layak, 10 thn dr sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan.

~► Cinta memang indah namun byk ranjau onak berduri didlmnye.....

p/s : cintailah seseorang yang halal untukmu, nescaya dirimu akan mengecapi kebahagiaan dunia dan di akhirat..cintailah seseorang itu kerana agamanya...Jadikanlah cintamu terhadap si dia dpt membawa kalian ke SYURGA Allah..
♥♫•¸.•´¯`•.♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥¸•´¯`•.♥•´¯`•.♥•♪♫♥♫•¸.•´¯`•.♥♫•