Sunday, December 18, 2011
Tuesday, December 13, 2011
6 HACKER Paling Genius
1.) Jonathan James
James adalah rakyat Amerika, semasa berumur 16 tahun dia dimasukkan ke penjara kerana membocori laman pertahanan Amerika Syarikat dan dia cuma berkata dia melakukan perkara tersebut semata-mata untuk kepuasannya sendiri. NASA menderita akibat kepandaiannya, James mencuri software NASA yang berharga $1.7 juta dollar AS. Sehingga NASA terpaksa untuk mematikan server dan sistemnya. Kerana kelakuannya, dia tidak boleh menyentuh komputer selama 10 tahun.
2.) Adrian Lamo
Dia menghack New York Times untuk mendapatkan info peribadi dan beberapa nombor security . Dia akhirnya didenda $65,000 dollar US.
3.) Kevin Mitnick
Merupakan lagenda yang paling mantap dalam duni hack
Antara perbuatan yang dilakukan olehnya :
- Mengkaburi FBI
- Hacking kedalam DEC System (Digital Equipment Corporation
- Mendapatkan password administrator dalam satu komputer IBM supaya menang perjudian
- Dia telah menghack Motorola, NEC, Nokia, Sun Microsystems dan Fujitsu Siemens Systems.
Masih banyak lagi kelakuan dia yang luar biasa, Komputer seorang hat hacker yang bernama Tsutomu Shimomura telah dihack olehnya, dan menyebabkan berlakunya perang hacker. Dia telah ditangkap oleh FBI dengan bantuan Tsutomu Shimomura yang mengesan jaringan HP yang dibawa Mitnick pada waktu itu. Tetapi sekrang dia sudah insaf dan menjadi penulis buku, konsultan security dan sebagai pemudah cara.
4.) Kevin Poulsen
Juga dikenali sebagai "Dark Dante" dia telah menghack database FBI. Selain itu dia juga menghack seluruh talian telefon kerana dia memang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menghack talian telefon. Sekarang ini dia menjadi senior editor diWired News, dan telah berjaya menangkap 744 penawaran sex melalui profiles Myspace.
5.) Robert Tappan Moris
Orang pertama yang mencipta WORM yang dinamakan Morris Worm melalui internet dan menyebarkan wormnya yang boleh mengakibatkan lebih kurang 6000 buah komputer down dalam satu tempoh masa tertentu.
Dia akhirnya ditangkap dan dipenjarakan di rumah selama 3 tahun dan juga didenda sebanyak $ 10,500 dollar. Sekarang dia bekerja sebagai professor di sebuah MIT Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory.
6.) Karl Koch
Dia merupakan seorang penagih dadah dan berasal dari hannover Jerman yang menamakan komputernya sebagai FUCKUP ( First Universal Cybernetic-Kinetic Ultra-Micro Programmer). Dia melakukan beberapa kajian dalam menghack pada kurun tahun 1985 - 1988.
Dia berjaya membolosi beberapa sistem ketenteraan AS dan menghack sebuah pusat tenaga nuklear AS pada zaman perang dingin dan hasil hacknya dijual ke KGB (Agen Rahsia Soviet Union). Dia ditemui mati pada tahun 1988, menurut info dia membakar tubuhnya sendiri namun ada yang mengesyaki menjadi mangsa konspirasi.
Saturday, December 10, 2011
Fakta menarik tentang lipas
- Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.. haha
- Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.. wow
- Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus
- Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup
- Lipas mempunyai darah berwarna putih
- Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.
- Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram
- Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia
- Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina
- Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya hohoho
- Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.
- Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani
- Lipas ada gigi di dalam perutnya
- Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu
- Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat
- Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula
- Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung
- Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut hohoho
- Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam
- Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa haha
hm.. Ketam batu pun baru tau tentang lipas. rupanya banyak jugak fakta menarik tentang lipas. so, lepas ni korang semua bolehlah buat eksperimen pada lipas-lipas di rumah korang.
Friday, December 9, 2011
Boys vs Girls
Boys get mad easily, but usually do not show it.
Girls get sad easily and can cry like crazy! ...
.
Boys care about the quantity of love!.
Girls care about the quality of love ...
.
Boys can forget, but can not forgive.
Girls can forgive, but can not forget! ...
.
Boys can never reject a girl’s add friend request
But girls often reject it just to feel powerful!!
.
Boys prefer the phrase "Boys vs Girls"
Girls INSIST on saying "Girls vs Boys" !!
Girls get sad easily and can cry like crazy! ...
.
Boys care about the quantity of love!.
Girls care about the quality of love ...
.
Boys can forget, but can not forgive.
Girls can forgive, but can not forget! ...
.
Boys can never reject a girl’s add friend request
But girls often reject it just to feel powerful!!
.
Boys prefer the phrase "Boys vs Girls"
Girls INSIST on saying "Girls vs Boys" !!
Thursday, December 8, 2011
Dapat pahala walaupun sudah mati
cara senang untuk dapatkan pahala walaupun selepas mati .
--> Pasang kipas di surau/masjid wlaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala walau selepas mati .
--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .
--> Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .
--> Beri makanan kepada orang , anda dapat pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .
--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .
--> Kongsi mesej ini kepada orang ramai . Wlaupun 1 tlong kongsikan kepada orang , anda akn dpt pahala sbb anda telah brdakwah utk sampaikan ilmu
--> Apapun yang kamu buat mestilah ikhlas, bergantung pada niat kamu kerna sesuatu permulaan kelakuan itu berlandaskan niat yang ikhlas..
Wednesday, December 7, 2011
Janji sang pelangi
Ada orang yang cakap "hidup ini umpama pelangi". Pelangi itu indah bukan..? yea.. sangat indah. Walau tidak bercahaya, namun ramai yang menyukainya. Bila hujan turun kita pasti menantikan kehadiran sang pelangi.
Tapi sayang, pelangi hanya datang untuk seketika. Ia hadir selepas hujan dan pergi bila matahari terbit. Tiada siapa boleh menduga dari mana ia datang, dan tiada siapa akan menyangka kemana ia menghilang. Itulah pelangi...
Pelangi ada 7 warna, semua gabungan warna saling melengkapi antara satu sama lain. Ia tidak lebih dan tidak kurang daripada 7 warna. Pasti.. sang pelangi ada 7 warna. Itu janji sang pelangi.
Kehadiran pelangi membuatkan semua orang tersenyum tapi berapa ramai yang mengucapkan terima kasih kepada sang hujan. Kita tidak sedar tanpa hujan, pelangi tidak akan muncul. Tanpa pengorbanan sang mentari juga, pelangi tidak akan menunjukkan dirinya.
WORDLESS WEDNESDAY #06
Korang faham tak apa cerita di sebalik gambar di atas..?
cuba korang fikir dan tafsir sendiri sebab ini adalah entri gambar tanpa perkataan..
Monday, December 5, 2011
Gambar luar biasa #02 - Nikmat tapi merana
Ha.. korang nampak tak apa yang berlaku..?
tarzan itu hebat bukan..?
biasanya kita selalu dengar orang cakap "benda" tu cuma boleh digantung dengan 2 biji kelapa,
Tapi yang tarzan ini lagi hebat.
korang semua fikir sendiri yea.. :P
9 perkara romantik semasa bercinta
Namun harus diingat, bukan semua pasangan dapat meluangkan masa yang banyak bersama.Jadi, apa kata anda cuba beberapa aktiviti yang disenaraikan di bawah yang dikatakan mampu memberikan sensasi berbeza kepada jalinan cinta yang terbina.
1. Menikmati pemandangan indah matahari terbenam bersama-sama.
2. Berduaan berjalan di dalam hujan. Mungkin agak aneh bagi sesetengah pasangan, namun bagi mereka yang pernah mencuba, aktiviti ini mampu membahagiakan serta meredakan tekanan.
3. Kenal pasti wangian kegemaran pasangan anda. Apabila anda keluar bersamanya, semburkan sedikit wangian tersebut dan lihat reaksinya. Sudah tentu pasangan anda menjadi lebih rapat dan manja di sisi anda.
4. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar sekotak coklat atau sekuntum bunga mawar.
5. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam diarinya tanpa disedari. Apabila dia membaca nota cinta itu, si dia tentu akan tersenyum sambil mengingati anda.
6. Menyanyikan lagu cinta untuknya. Anda tidak semestinya bersuara merdu untuk tujuan ini. Cukuplah jika mesej yang cuba anda sampaikan berjaya diterimanya. Hatinya pasti tersentuh dengan segala usaha yang telah ditunjukkan oleh anda.
7. Pegang tangannya, pandang tepat pada anak matanya, cium tangannya dan letakkan di hati anda. Pasti si dia angau dengan perlakukan anda itu.
8. Menonton filem romantik kegemarannya. Sesekali ubah selera anda yang sukakan cerita-cerita seram dan ganas. Si dia pasti akan menghargai usaha anda itu.
9. Jangan sekali-kali lupa untuk memberikan kucupan selamat malam kepada pasangan anda. Mungkin ada yang beranggapan ianya remeh, namun terdapat pasangan yang mengakui kucupan selamat malam merupakan aktiviti paling romantik yang dilakukan selepas penat bekerja seharian.
Gambar luar biasa #01 - Sijil Dara
" Sijil Masih Dara Bakal Dikeluarkan "
Bagaimana Mengenalpasti Dara...?
Wanita perlu beratur dan menunggu giliran untuk di "Sport check"
Sesi pemeriksaan akan dilakukan oleh orang yang berpengalaman.
Pengiktirafan akan diberikan kepada mereka yang disahkan mempunyai dara
Akhir sekali, wanita yang mempunyai dara akan diberi sijil oleh
"Majlis Graduasi Kedaraan"
Sunday, December 4, 2011
11 fakta menarik tentang youtube
1. Youtube didirikan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang bekas kakitangan PayPal, yaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.
2. Pada awalnya pejabat pusat Youtube terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran jepun di San Mateo, California.
3. Video awal yang pertama kali di Upload di Youtube berjudul Me at The Zoo, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego. Hingga saat ini video tersebut masih dapat disaksikan di youtube.
4. Youtube melancarkan Beta test pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005.
5. Pada bulan julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan, tercatat 65.000 video baru di upload ke Youtube setiap harinya, dengan 100 juta views per hari.
6. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah website dengan nama yang hampir serupa, www.utube.com. Pemilik website tersebut, Universal Tube & Rollform Equipment, mengajukan tuntutan terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan oleh orang yang mencari video di YouTube.
7. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube pada harga US$ 1,65 Billion.
8. Pada tahun 2007 Youtube telah menghabiskan Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000.
9. Pada bulan jun 2008 majalah Forbes memberitahu bahwa pendapatan Youtube selama tahun 2008 diperkirakan mencapai US$ 200 juta.
10. Pada tahun 2008 Youtube mendapat penghargaan George Foster Peabody Award kerana telah menjadi Speakers Corners dan ikut berjasa dalam pengembangan demokrasi dan kebebasan berpendapat.
11. Ketika ini Youtube menjadi website online Video provider paling dominan di Amerika syarikat, bahkan mungkin di dunia, dengan menguasai 43 peratus pasaran. Diperkirakan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minitnya dengan 6 juta views per hari.
Kecantikan wanita dan lelaki
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Jika kau seorang
Sahabat-sahabat:
* Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka RAWATLAH hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.
* Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka LAKARLAH sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.
* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka BINALAH satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.
* Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka PERTAHANKAN Islam dimata dunia
* Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka PANDULAH manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.
* Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka AWASILAH umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.
* Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka DIDIKLAH anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.
* Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka SEDARKANLAH sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya.
* Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka BENTUKKANLAH acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas.
Friday, December 2, 2011
Jika kita mencintai seseorang
Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo'akannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut.
Thursday, December 1, 2011
Komen facebook terpanjang, Wajib Baca
Kepada tuan punya status,
dengan ini saya meminta izin
daripada anda supaya saya boleh
mengomen status anda. Suka
atau tidak terpulang kepada anda
untuk membacanya dan berharap
anda dapat memahami apa yang
saya komen. Sebenarnya saya
tidak ...tahu apa yang saya
komenkan di sini, tapi sebagai
tukang komen status,
bahawasanya status anda terpilih
untuk dikomen oleh saya, sesuai
dengan kerja saya sebagai tukang
komen. Sekali lagi saya
menyatakan bahawa diharap
anda dapat memahami komen
saya kerana apa yang saya
komenkan disini amatlah panjang.
Tapi tidak salahlah jika komen
saya panjang jika isinya padat dan
lengkap memenuhi informasi
semasa. Mungkin anda hairan
apa yang saya komenkan disini,
tapi ternyata status anda memang
tiada kaitan dengan apa yang
saya komenkan kerana secara
tidak langsung komen saya ini
akan memberi manafaat kepada
status anda supaya status anda
lebih menyerlah berbanding
biasa. Dengan itu teruslah
membaca komen saya kerana apa
yang saya komenkan disini akan
memberi inspirasi kepada anda
untuk mengupdate status baru
yang lebih informatif, kreatif,
progresif dan innovatif. Namun
cerita saya disini belum habisnya,
masih ada banyak lagi
kesempatan yang saya ingin
komenkan disini selagi facebook
masih online selagi itulah saya
tidak hentinya mengomen status
siapa-siapa saja yang saya mahu
komen. Jadi anda harus berasa
bertuah kerana anda bukan saja
terpilih, tetapi status anda
menang menjadi kesukaan saya,
ya saya suka dengan status anda
dengan itulah saya tidak henti
mengomen tentang kesukaan
saya terhadap status anda.
Namun komen saya belum lagi
berakhir disini. Mungkin anda
berasa pening mahupun juling
kerana membacanya tetapi
tangan saya masih mampu untuk
menaip komen untuk anda
biarpun apa yang saya fikirkan di
benak fikiran hanyalah kosong
tetapi tangan ini terus menaip
komen. Alangkah sukanya saya
jika dapat mengomen status anda
di hari-hari yang berikutnya selagi
facebook masih online, maka
disitulah saya mengomen dan
terus mengomen siapa saja yang
saya suka. Jikalaulah anda tidak
meneruskan membaca komen
saya disini, mungkin anda telah
pengsan, mahupun sedang
dibawa ambulance pergi hospital,
tetapi jika anda sedang membaca
apa yang saya komenkan disini,
maka tahniah!! kerana anda
seorang yang penyabar. Kerana
itulah saya menyukai anda dan
juga status anda. Maka dengan
itulah lah saya akhiri komen saya
disini. Tidaklah saya mampu
untuk menaip dengan lebih
panjang lagi kerana apa yang
saya komenkan tidaklah saya
sendiri memahaminya, adalah
kemungkinan anda seorang yang
gila membacanya. Namun
ketahuilah anda bahawa dalam
pada saya sedang menaip komen
anda, telah habis Mee Sedap 3
bungkus dikala mencari idea
untuk menaip komen status anda.
Ya itulah kesanggupan saya
mengomen status anda, dan
dengan itulah berakhirnya komen
saya disini