Monday, April 23, 2012

Salah ke kalau tak letak sumber?

Ramai blogger yang copy paste entri orang lain tanpa letak sumber dalam entri mereka. Salah ke..? Setahu aku, dalam dunia blogging tidak ada istilah betul atau salah kalau korang copy paste artikel orang lain tanpa kredit atau meletakkan sumber. 

Melainkan artikel itu adalah hak cipta terpelihara yang dilindungi dibawah akta percetakan. Atau, artikel itu adalah artikel yang dibuat oleh tokoh atau orang profesional yang mana penulisannya telah diiktiraf dalam bidang akademik.

Kalau sekadar blogging untuk berkongsi minat atau infomarsi terkini, tidak menjadi kesalahan besar kalau korang tak sertakan sumber dalam entri tersebut. Dalam buku pdf yang bertajuk "buat duit internet" yang aku beli melalui online, menyatakan bahawa tiada undang-undang yang mengatakan wajib meletakkan sumber untuk entri yang di copy paste. 

Aku panas bila ada orang cari pasal dengan aku melalui ruang komen yang berbunyi "kalau dah copy letak sumber". WTF.. apakah ini semua? sengaja bikin sakit hati dan mencari pasal diwaktu yang indah seperti ini. Dan bila aku check dia punya blog, terdapat entri yang sama dengan entri yang aku copy paste. kebetulan gambar entri juga sama dan saling tak tumpah.

Aku pun apa lagi, cepat-cepatlah tukar gambar lain supaya dia tak perasan yang aku copy paste entri dia. 

Yang buat aku rasa jelek, bila tengok entri dia sendiri tidak nyatakan sumber sedanglan bila aku google, ramai blogger yang buat entri yang sama. WTF... Apakah ini semua..? Mungkin orang ini nak tunjuk yang dia otai dalam bidang blogging. 

Apapun, niat tu penting... tak perlu kredit untuk dapat populariti kalau entri itu bukan hasil coretan kamu sendiri.

Sebagai maklum balas kepada yang berkenaan, aku dan komen dalam entri kamu yang sama tapi tak serupa dengan entri aku. Korang semua boleh tengok apa yang aku komen. just see and dont say any word. :)


Sunday, April 22, 2012

Roti canai telur dan murtabak haram dimakan?


Eh.. betul ke roti canai telur dan murtabak hukumnya haram dimakan? Korang semua mesti tak pernah tau tentang perkara ni kan? Ok... entri kali ini ketam batu nak jelaskan kenapa roti canai telur dan murtabak hukumnya haram di makan. teruskan mengiring untuk dapat info dari si ketam batu.... :)

Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.
Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.
Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).
Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam
#Sila pastikan penebar roti canai telur dan murtabak membasuh telur dia sebelum digunakan. Eh... silap pulak, Ketam maksudkan telur ayam yang dia gunakan tu.. :P

Friday, April 20, 2012

Botol susu unik [mesti tengok]

Korang suka minum susu tak..? ada sesetangah orang dia tak suka minum susu, ada yang lebih teruk sampai boleh muntah-muntah bila minum susu. Tapi korang mesti dah lupakan...? setiap makhluk yang di gelar manusia, semuanya pernah minum susu. Korang jangan tipu ketam batu kalau korang cakap yang korang tak penah minum.. :P

Ok, kali ni ketam batu nak tunjuk pada korang botol susu yang paling unik. Apa keunikan dia..? korang sendiri boleh tengok gambar-gambar di bawah. Ini bukan entri 18sx ok.. entri ini bersih dari sebarang unsur negetif.. Enjoy it.. :)

Cantik kan bentuk botol ni..?

Tada.. inilah rupa dia bila penutupnya dibuka.

Korang boleh ramas botol untuk dapatkan susu dia

lepas puas meramas, korang simpan ditempat sejuk. kalau tak nanti basi.
#Korang dah tengok kan..? so apa komen korang..? Mantap tak..?

Kami mabuk dan tak buat maksiat


Kesian betul ketam batu baca komen budak yang bernama "Natasya Loffa" ni. Ketam batu kesian sebab apa..? sebab dia ni terlalu daif tentang agama. Tak tahulah siapa yang patut dipersalahkan. Mak ayah dah bagi didikan agama yang cukup, di skolah dah dapat tunjuk ajar dari ustaz dan ustazah, tapi dia masih belum tahu erti maksiat yang sebenar.

Korang baca tak apa yang dia cakap..? "dalam bilik tu kite orang hanye mabuk dan tak melakukan maksiat" perasan tak ayat tu..? Agaknya dia tak sedar dan dalam keadaan mabuk masa post komen di facebook. Kalau ketam batu kata dia ni jahil tentang agama, aku rasa macam tak patut. sebab aku bukan siapa-siapa untuk menghukum dia dan cakap macam tu. Terpulanglah... tepuk dada tnya selera.

Apa yang ketam batu tau, mabuk itu adalah ibu segala maksiat. ada hadis yang membicarakan demikian sebab bila kita dalam keadaan mabuk, macam-macam yang boleh berlaku..contohnya.. rogol, zina, bunuh, dan macam-macam lagi. Kalau nak lebih kepastian, korang tanyalah dengan ustaz-ustaz yang ada di luar sana..

#Didikan agama dah cukup diberikan oleh mak ayah, terpulanglah pada diri sendiri bagaimana nak mengharungi lautan dunia yang bergelora...

Monday, April 16, 2012

SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN



Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.


Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.


"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.


"Ada apa Bob?," soal saya.


"Abang tolong datang sahaja," pintanya.


Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.


Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.



"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.

Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.

Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.


"Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna," celah Bob.

"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.

"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.

Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.

 


"Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu," kata Bob lagi.


Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.


"Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan," bisiknya.

Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.

"Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit," jelas Zed.

Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3. 

Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

HEBAHKAN
creadit to mazidulakmal.com


Sunday, April 15, 2012

Lirik lagu - Korban cinta


Mereka Tidak Mengerti
Malah Mereka Membenci Diri Ini
Pelbagai Fitnah Berapi
Yang Terus Menjadi-Jadi Saban Hari

Dendam Dan Hasad Dengki

Tersimpan Di Dalam Hati
Yang Menginginkan Kita Tak Sehaluan

Kerap Kali Ku Rasai

Kasihmu Berbelah Bagi Selama Ini
Cukup Hanya Mengingati
Tidak Lagi Mengasihi Insan Lain

Keranaku Sungguh Setia Kepadamu Selamanya


(Chorus)

Kaca Yang Jatuh Berkecai
Jikalau Dicantum Tak Akan Serupa
Aku Antara Berjuta Insan Yang Menjadi Korban Cinta

Untuk Apa Kita Terus Bertengkar

Sebelum Kasih Bertambah Pudar

Yang Penting Kita Harus Bersabar Dan Saling Percaya

Walau Apa Tafsiran Mereka
Yang Pentingnya Adalah Dirimu
Rela Menempuh Hidup Denganku Tiada Curiga
Aku Korban Cinta 
  
#Lagu yang sangat menarik. Otai-otai yang hidup zaman rock kapak mesti layan habis lagu ni.. :)

Gambar darah dara diupload di facebook

Ya Allah.. Semakin menjadi-jadi manusia zaman sekarang ni. Tak cukup bangga dengan hilang dara, sekarang ni dorang tunjuk pulak darah hilang dara. Apalah yang nak dibanggakan sampai dorang terlalu taksud dengan benda-benda macam ni..? Apa yang mereka kejar sebenarnya..? Jom tengok gambar ni, betul ke gambar darah kehilangan dara?


#Dunia atau manusia yang semakin pelik..? Memang berani matilah orang yang buat post mcm ni di facebook. Korang jangan buat k, malu kat orang... :)

Gambar pasangan kantoi meraba


langkah pertama untuk nak cover aksi ni

Lepas tu usha kalau kalau ada yang memerhati dan teruskan aksi tersebut

Dan Akhirnya kedapatan apa yang mereka sedang lakukan
#Usha line.. kalau dah clear barulah buat aksi korek mengorek. nikmatnya pasti terasa tapi tak brapa best. Maklumlah... tempat orang ramai, semua orang tengok.Lepas tu ada pulak yang curi-curi ambil gambar. Korang selesa ke..? kalau aku, confirmlah tak.. :)

Gambar pasangan tak senonoh

Entri kali ni ketam batu nak tunjukkan pada korang semua gambar-gambar pasangan yang kantoi time berdating. Kalau korang yang dalam gambar ni, apa yang korang rasa..? mesti malu giler kan..? dah lah satu dunia tau, semuanya tersebar dalam internet, 7 keturunan pun belum tentu cerita tu dapat dihapuskan. 

Jadi, daripada gambar-gambar di bawah ni, semoga jadi ikhtibar buat korang semua... :)








Mimpi yang sering dialami oleh wanita


Menurut kajian di University of the West of England, wanita lebih cenderung mempunyai mimpi yang lebih 'liar' berbanding lelaki, wanita juga lebih kerap mengalami mimpi buruk. 
 
Menurut laporan dari The Sun, 19 peratus lelaki mengalami mimipi buruk, manakala ada 30 peratus wanita yang bermimpi buruk. Dianggarkan hal ini terjadi kerana perubahan hormon pada wanita. Hal ini mencetuskan perubahan suhu tubuh dan membuat wanita lebih kerap bermimpi buruk dan aneh.

1. Terbang, melonjak atau meluncur
 
Maksud mimpi ini adalah, anda sedang melalui tempoh positif perubahan personaliti. Fikirkanlah secara matang, apa yang terbaik bagi anda. Maksimumkan kemahiran pada hal tersebut dan lakukan penambahbaikan untuk menutup kekurangan.

2. Menghabiskan masa bersama dengan selebriti, teman atau rakan sekerja
 
Mimpi ini klasik dan menggambarkan keinginan dipenuhi secara simbolik. Fikiran anda ketika tidur dibawa ke tempat menyenangkan, yang tak berani anda pergi dalam kehidupan nyata. Nikmati saja mimpi ini, kerana tak ada yang dianiaya. Jika memang anda ingin mengejarnya, lakukan saja. Tapi pastikan tak ada yang disakiti.

3. Menemui duit atau datang ke sebuah pesta
 
Hal ini boleh menjadi penunaian keinginan atau melambangkan sesuatu yang terjadi pada anda. Tidak selalu harus berkaitan dengan wang. Cari apa yang membuat anda selesa secara emosi, sama ada dalam hal kerjaya mahupun hubungan. Fokuslah pada hal ini kerana akan membuat anda lebih yakin menghadapi rintangan yang ada.

4. Menjadi budak baik di sekolah
 
Anda ingin membuatkan seseorang bangga dan senang, mungkin majikan anda, rakan sekerja atau pasangan. Kembali ke zaman persekolahan melambangkan waktu ketika kita harus menyenangkan orang seperti guru kita. Ketahui alasan mengapa anda mempunyai keinginan untuk 'impress' orang lain. Adakah anda cuba untuk mendapatkan imej baik di depan mereka? Atau mungkin anda berusaha terlalu keras dan jadi obsesi?

5. Memiliki rambut cantik, tubuh seksi dan penampilan yang lebih menarik
 
Ini juga merupakan mimpi klasik, iaitu mempunyai penampilan sempurna, atau mungkin secara sedar anda merasa sangat yakin dengan kualiti yang dimiliki. Fokuslah meningkatkan hal-hal positif dari keperibadian dan bukan aspek fizikal semata-mata.

#betul ke perempuan suka bermimpi apa yang dikatakan di atas..? hanya korang yang bergelar perempuan saja yang tahu. :) 

Ingat orang tak nampak ke?

Pakai baju, tapi pakaian yang dipakai itu hanyalah cat. Ingat orang tak nampak ke? Di Malaysia belum ada "trend" sebegini, tapi di barat sudah ada. Harap-harap budaya macam ini tidak akan masuk ke dalam negara kita. Kalau masuk, korang sendiri boleh agak apa yang akan terjadi..

Jom tengok gambar-gambar orang berpakaian hanya dengan cat...






Hotdog paling nakal di Jepun

Hotdog... Apa yang korang fikir time makan hotdog? Kalau dulu-dulu, ketam batu pernah dengar, kenapa orang selalu kaitkan hotdog dengan "barang lelaki"? time tu ketam batu pun tak berapa paham, Maklumlah.. time tu otak masih suci dan belum terdedah pada dengan benda-benda macam ni. Ops.. korang jangan fikir otak ketam batu sekarang ni dah kotor, Otak ketam batu masih suci OK. Maksud ketam bila dah matang dan cukup umur, semua benda kita akan tahu..

Entri kali ni ketam batu nak tunjukkan gambar "hotdog nakal" yang terdapat di pasaran Jepun. Dan sekarang, ketam batu dah dapat jawapan kenapa hotdog selalu dikaitkan dengan "barang lelaki". Saksikan....





Keluar islam hanya untuk berbogel

Sila Sahin

Seorang pelakon berketurunan Turki, Sila Sahin yang beraksi dalam keadaan bogel untuk dua belas muka surat majalah Playboy Jerman edisi Mei mengaku dia bukan beragama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.
Sila membuat pengakuan itu selepas banyak pihak menganggap dia merupakan gadis Muslim Turki yang pertama berbogel untuk majalah Playboy.

"Ibu bapa saya adalah penduduk Turki dan saya dibesarkan dalam komuniti Islam tetapi saya bukan beragama Islam. Orang ramai membuat andaian bahawa saya beragama Islam.

"Saya tidak faham kenapa masyarakat menggunakan soal agama untuk menentang keputusan saya bergambar dalam majalah Playboy," kata anak tunggal berusia 25 tahun itu.
Aktres itu yang membintangi drama telenovela Jerman, Good Times, Bad Times menjelaskan, bapanya tidak menganuti sebarang agama manakala ibunya seorang wanita Islam yang bertukar kepada agama Kristian.

"Saya sentiasa dipesan supaya tidak keluar rumah, tidak boleh memiliki rakan lelaki, tidak perlu kelihatan menarik dan dilarang mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin." jelas Sila kepada akhbar News of the World semalam.

Dia mencetuskan kontroversi apabila bercinta dengan dengan pelakon popular Jerman, Jörn Schlönvoigt, 24, selepas berpisah dengan teman lelakinya yang beragama Islam pada tahun lalu.

Sila yang menjadi wanita berketurunan Turki pertama yang berbogel untuk penerbitan majalah terkenal itu menerima pelbagai ugutan termasuk diberi gelaran pelacur dan wanita murahan Barat menerusi Internet daripada golongan fanatik Islam kerana dia disangka seorang Muslim.

Bosan dengan kawalan kebebasan ibu bapanya, Sila menerima tawaran Playboy yang meminta dia menjalani penggambaran fotografi bogel di Sri Lanka pada Mac lalu.

"Selepas bertahun-tahun mengikuti apa yang disuruh kepada saya, ia (bergambar bogel) merupakan satu bentuk kebebasan," kata Sila.


Namun, tindakannya berbogel itu menyebabkan saudara-mara Islamnya mendakwa ibu Sila tidak membesarkannya dengan menggunakan pendekatan yang betul. Ibunya itu juga enggan berbual dengan Sila ekoran penyiaran gambar bogel tersebut. 



#macam-macam dunia sekarang ni, orang sanggup buat apa saja demi duit dan demi mendapat populariti...

13 Fakta menarik tentang youtube

Youtube merupakan laman web video sharing yang paling popular abad ini sehinggakan budak-budak kecil pun tahu menonton kartun kegemaran mereka di youtube. Pengguna dapat menonton, memuat naik video dan berkongsi video mereka sendiri secara percuma di laman web ini.

Di bawah ini terdapat info atau fakta yang mungkin tidak diketahui orang ramai tentang youtube.

1. Youtube dibangunkan pada bulan februari 2005 oleh 3 orang jejaka yang juga pemilik PayPal,iaitu Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim.

2. Pada awalnya pusat operasi Youtube hanya terletak di lantai atas sebuah restoran Pizza dan Restoran jepun di San Mateo, California.

3. Video awal yang pertama kali di Upload di Youtube berjudul Me at The Zoo, menampilkan Jawed Karim di kebun binatang San Diego.Sampai ketika ini video tersebut masih lagi dapat disaksikan di youtube.

4. Youtube mula melancarkan laman web itu dalam versi Beta pada bulan Mei 2005, 6 bulan sebelum official launching yang dilaksanakan pada bulan November 2005

5. Pada bulan julai 2006 atau 8 bulan setelah dirasmikan mencatatkan sebanyak 65000 video baru di upload ke Youtube setiap harinya, dengan 100 juta views per hari.

6. Semua video di youtube berformat flash video iaitu .flv

7. Pemilihan nama www.youtube.com mengakibatkan masalah bagi sebuah company mirip youtube iaitu www.utube.com.Pemilik laman web itu, Universal Tube & Rollform Equipment, mengemukakan saman terhadap YouTube pada November 2006 setelah mengalami kelebihan beban secara teratur yang diakibatkan kebanyakan orang lebih suka kepada youtube berbading utube.

8. Pada bulan Oktober 2006, Google Inc. membeli Youtube yang dianggarkan bernilai 165 milion US Dolar.

9. Pada tahun 2007 Youtube telah mengupgrade Bandwidth menyamai besarnya Bandwidth keseluruhan internet di dunia pada tahun 2000
 

10.Bulan jun 2008,majalah Forbes melaporkan bahawa pendapatan Youtube selama tahun 2008 dianggarkan mencapai 200 juta US Dolar.

11.Tahun 2008, Youtube mendapat penghargaan dari George Foster Peabody Award.

12.Sehingga hari ini,Youtube masih lagi menjadi laman web online Video paling popular di Amerika syarikat, bahkan mungkin dunia dengan menguasai 43 peratus pasaran.

13.Mengikut info,dianggarkan 20 Jam durasi video di upload ke Youtube setiap minitnya dengan 6 milion views per hari.

Gadis melayu sanggup hina Allah kerana pakwe

Assalamualaikum semua... kali ni ketam batu nak kongsi satu cerita panas yangmana seorang gadis melayu sanggup menghina Allah kerana "pakwe kesayangan". Astarghfirullahalazim ... Apa dah jadi dengan anak-anak melayu? Sanggup menghina Allah disebabkan "pakwe Kesayangan".

Ketam batu dapat tau yang gadis ini sanggup menghina Allah bermediumkan facebook yang mana ia menjadi kegilaan rakyat Malaysia di setiap peringkat umur. Teruk.. sangat teruk bila orang terlalu taksud dengan facebook ( salah 1 keburukan facebook)

Kalau korang semua nak tahu apa yang dia cakap, korang boleh baca dalam gambar yang ketam batu post di bawah ini :

Semoga gadis ini mendapat hidayah dari Allah
#semoga apa yang ketam batu cuba sampaikan menjadi iktibar buat yang lain, dan jangan korang semua cuba membuat perkara yang dilarang oleh Allah...

Friday, April 13, 2012

10 punca sperma tidak berkualiti


1. Ubat-ubatan terlarang
Semua jenis ubat-ubatan terlarang seperti ganja, kokain, dan pil ekstasi akan menyebabkan lelaki menderita impotensi atau ereksi yang lemah dan kualiti sperma juga akan menurun sehingga tidak mampu mempersenyawakan sel telur wanita.

2. Steroid
Kesan sampingan daripada streoid ternyata sangat berbahaya kerana ia menyebabkan kerosakan hati, menyebabkan peningkatan tahap kolesterol yang tinggi, pertumbuhan terbantut, masalah rambut gugur, masalah pada ginjal dan kemandulan.

3. Alkohol dan Minuman Keras
Alkohol yang dikonsumsi banyak atau sedikit akan mengganggu sistem syaraf dan membuat pembuluh darah menjadi sempit yang menyebabkan peminum alkohol menderita disfungsi ereksi. Selain itu sperma yang dihasilkan oleh zat dalam tubuh akan menjadi lemah dan tidak berkualiti.

4. Olahraga terlampau
Olahraga yang "overdos" akan menyebabkan suhu tubuh lelaki meningkat terutama di daerah skrotum, tempat sperma dibentuk. Lingkungan sperma harusnya berada dalam suhu yang lebih rendah dari suhu tubuh. Olahraga secara intens dan overdos akan membuat lingkungan sperma menjadi tidak optima sehingga sperma yang dihasilkan tidak berkualiti

5. Kekurangan Vitamin C
Vitamin C adalah salah satu unsur yang sangat diperlukan oleh tubuh manusia terutama dalam sistem reproduksi lelaki. Kekurangan vitamin C dalam menu makanan sehari-hari akan menyebabkan kemandulan.

6. Merokok
Merokok menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit sehingga zat-zat yang berguna bagi pembentukan zigot (sel sperma) akan terhambat. Hal ini menyebabkan lelaki  yang merokok akan menderita impotensi dan kualiti sperma menjadi sangat buruk.

7. Gizi Makanan Rendah
Pola makan tidak teratur atau terlalu banyak mengkonsumsi makanan tidak bergizi juga membuat kualiti sperma menurun. Makanan seharusnya kaya dengan unsur-unsur mangan, seng dan selenium. Kekurangan zat-zat tersebut akan menurunkan kualiti sperma.

8. Lingkungan Kerja Berbahaya
Lingkungan tempat kerja yang berbahaya seperti laboratorium kimia dapat membuat sperma jadi rosak. Radiasi komputer dan alat elektronik lainnya juga boleh menyebabkan kualiti sperma menurun. Sebaiknya hindari lingkungan yang tidak sihat yang dapat mempengaruhi sperma.

9. Celana Terlalu Ketat
Celana ketat dan terbuat dari bahan jeans akan membuat lingkungan disekitar kelamin menjadi panas. Suhu panas tidak baik bagi pertumbuhan sel sperma.

10. Ubat-ubatan Antibiotik
Ubat-ubatan antibiotik untuk mengubati infeksi atau penyakit tertentu memiliki efek samping menurunkan kualiti sperma. Penggunaan ubat-ubatan tersebut dalam jangka waktu lama bisa menyebabkan kemandulan. Disarankan agar anda selalu berkomunikasi dengan doktor perihal ubat yang anda konsumsi.
#ketam batu rasa info ni sangat berguna untuk mereka yang sangat mementingkan kualiti sperma, khususnya kaum lelaki. Kalau "dick" korang tak berfungsi, hilanglah kelakiannya.. :)

25 Perkara jangan buat


1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing membawa malang.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa penyakit.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila / penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu kita pula.

7. Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.

8. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

9. Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan toksin di dalam badan.

10. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun tidak redha pada kita.

11. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.

12. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik helikopter pun, mudah terbabas agaknya..

13. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.

14. Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.

15. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak pernah rugi di akhirat.

16. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

17. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

18. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita, menolak bala bencana.

19. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak gelak juga menggelapkan hati.

20. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

21. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

22. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek & tidak perlu disusahkan hati olehnya.

23. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya. Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk Allah.

24. Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri sendiri.

25. Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe..

# Jangan lupa mengiring bersama ketam batu...

20 ciri lelaki yang meluatkan


1. Meninggikan Suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. Mengongkong
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu.

Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka. Haa macam mana tu?

3. Cemburu Buta
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.

Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

4. Panas Baran
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.

Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

5. Kaki Merokok
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.

Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

6. Ego
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

7. Menipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.

Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

8. Main Kayu Tiga
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

9. Suka ‘Cuci Mata’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

10. Perasan Terlebih
Aduhaiii…lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih.

Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…hahaha sedarlah!

11. Mementingkan Diri Sendiri
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya.
Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai tau.

12. Kurang Memberikan Perhatian
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.

Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

13. Mata Duitan
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.

Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

14. Terlalu Komited Dengan Kerjaya
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.

Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

15. Pengotor
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.

Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. Gelojoh
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. Pentingkan Kawan-kawan Sendiri Saja
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal.

Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.

Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
 
Sebenarnya banyak kes pergolakan @ konflik rumahtangga yang terjadi disebabkan oleh perkara ini. Jadi para lelaki semua, terutamanya suami, sila ambil perhatian tentang perkara ini ya.

18. Tidak Tahu Menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.

Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. Putar Belit
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.

Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. Terlalu Kontrol Macho
Perrghh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. Hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.

Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!