Saturday, January 22, 2011

Siapa President Cinta & Ketam Batu



Awalnya aku bangun pagi nie (walaupun xda event). bangun2 aku terus menghadap laptop usang yang setia bersama dengan aku selama hampir 3 tahun. Suasana pagi sabtu yang hening ini begitu indah. Kicauan burung yang sangat merdu menjadi halwa telinga dan begitu mengasikkan. Di tambah pula dengan permandangan gunung kinabalu yang aku boleh nampak puncaknya dari jendala bilik kolej kediaman. Begitu indah alam ciptaan tuhan.... ALHAMDULILLAH.. aku masih berkesempatan untuk menikmati kehidupan di atas muka bumi ini.

hari semakin cerah, hati semakin resah.. resah dengan permainan hidup yang semakin meruncing. bukan menyesali apa yang berlaku, tapi cuba untuk memunajat kepada sang pencipta. cuba untuk berfikir kebesaran Illahi.. sunggung agung ciptaan-Nya, tiada yang boleh menandingi apa yang diciptakan.

suasana hari ini sungguh indah, aku pergi memancing untuk mendapatkan ketenangan.. ketenangan yang selama ini aku cari. siap umpan di pasang, aku membuat hayunan pertama. sambil aku melihat betapa luasnya lautan, otakku berfikir, mengapa ketam jalan mengiring, sedangkan aku yang mempunyai sepasang kaki boleh jalan dengan lurus dan betul. kalau di fikirkan secara logik, lagi banyak kaki, lagi "cantik" kita berjalan.. tapi hairan, ketam ada 4 pasang kaki tp mengapa ketam jalan mengiring? tidak seperti aku. bisik hati kecilku...

oh tuhan... sesungguhnya apa yang kau tau sangat luas dan apa y kau tahu tidak terbatas oleh akal fikiran manusia. aku tertarik dengan karenah ketam... jalan mengiring, tapi pernah x kita terfikir bahawa ketam juga ingin berjalan seperti kita. lurus kedepan dan boleh berjalan dengan sempurna.. mungkin kita tidak terfikir, apa y ketam tahu hanya dia dan sang pencipta saja yang tahu.. kita tidak boleh meramalkan apa y ketam fikir.

siapa si ketam batu? kenapa si ketam batu? apa kaitannya dengan President Cinta? ketam batu a.k.a HaFiZaN MaLiK adalah seorang yang mencari kesempurnaan di dalam hidupnya, mengapa kita perlu kesempurnaan sedangkan di dunia tiada apa y sempurna? kesempurnaan adalah keinginan setiap insan, lumrahnya setiap insan ingin kesempurnaan. itu y di ciptakan oleh sang pencipta. apa kaitannya kesempurnaan dengan si ketam batu? walaupun ketam tidak sempurna seperti kita, tapi ketam sentiasa cuba untuk belajar dengan lurus. tetapi apakan daya ciptaan tuhan lebih agung. sehingga kini ketam masih berjalan mengiring. begitu juga dengan diri ini, aku mencari kesempurnaan di dunia dan di akhirat. smoga aku dapat apa yang aku impikan... 

apa kaitan si ketam dengan President cinta? President Cinta, jiwang kan nama ini. tapi aku tidaklah sejiwang yang kamu semua fikirkan. siapa yang kenal aku, dia tau aku dia taulah perangai aku macam mana.. hanya awek aku yang tau aku jiwang atau tidak. hehehe, kenapa harus President Cinta? sebelum itu, aku nak tanya korang pernah tak dengar lagu president cinta nyanyian the potter's. band ini asalnya dari indon. maybe di malaysia band ini tidak popular. aku ambil nama ini sempena tajuk lagu tersebut.  tak salah rasanya kalau aku ambil nama ni. lagi pun aku kan president kelab penyayang ums. so sesuailah dengan gelaran untuk blog aku. aku nak ajak korang semua untuk baca artikel yang aku dapat dari perlbagai sumber : http://president-cinta.blogspot.com

aku pun dah x tau nak taip ape, petang ni otak aku tersangat lah blurr.... macam ade  biawak tengah merayap dalam kelapa otak aku. aku nak tido dulu k. papai.... ^_^

Fieldwork di Kg. Jawi-jawi Kota Belud 13 Oct 2010


Hari ini ketam batu ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa berada berada di Kg. Jawi-jawi Kota Belud Sabah. ketam batu berada di Kg Jawi-jawi adalah untuk menjalankan kajian tentang 'Penggunaan teknologi dalam meningkatkan hasil pertanian penduduk dalam keluarga petani'.

Seawal jam 7 pagi Kami telah berkumpul untuk bertolak dan sekitar jam 9.40 kami telah tiba ke destinasi yang dituju. Perkara pertama yang ketam batu tidak dapat lupakan ialah apabila sedang bertanya kepada org kampung di mana rumah ketua kampung, ketam batu tertinggal kunci kereta di dalam kereta. Rasa cemas mula menyelubungi diri. Nasib baiklah 'driver ambulans' memberi skill macam mana nak keluarkan kunci dan akhirnya misi mengeluarkan kunci berjaya dengan cemerlang ( BERTEKAD CEMERLANG).

Selepas itu, kami berjumpa dengan ketua kampung, pengerusi JKKK dan ketua pemuda bahagian. Persepsi utama Ketam batu adalah mereka semua kurang berminat untuk memberi kerjasama, namun persepsi itu nyata jauh terpesong apabila kami menerima sambutan mersa dari warga Kg Jawi-jawi. Semasa menjalankan temubual, dalam hati Ketam batu berkata ' segak sungguh ketua kampung dengan memakai cermin mata hitam'.
 
Setelah selesai sesi temubual, kami di jemput untuk melawat kawasan sawah padi. Walaupun ketam batu. ketam batu tidak merasa hairan dengan keadaan sawah padi (dah selalu tengak ) entah mengapa kali ini  berasa sangat teruja dengan keadaan sawah padi yang sangat indah terbentang luas. Apabila sampai, kami bergambar bersama ketua pemuda dan pengerusi JKKK. Gambar yang diambil sangat cantik dan peminat boleg melihat di penghujung artikel ini.
 
Selesai sesi fotografi, kami di pelawa oleh ketua pemuda untuk menjamu selera di rumahnya. Kami sendiri tidak menyangka bahwa kami akan menerima kunjungan yang sangat mesra sedemikian rupa. Semasa di rumah ketua pemuda, ketam batu dapat merasakan kehidupan di tepi sawah adalah sangat menarik. Untuk pengetahuan pembaca, apa yang menariknya ialah, pertama suasana kampung yang teramat indah dan tenang dan yang kedua angin yang menghengbus sangat nyaman dan selesa ( tak perlu guna kipas ). Selesai makan, kami solat dan meminta izin untuk menjalankan aktiviti mengedarkan borang soal selidik kepada orang-orang kampung.

Akhir sekali, aktiviti mengedarkan borang soal selidik kepada warga kampung jawi-jawi. ketam batu mencari 60 orang responden untuk kajian yang kami lakukan. Responden yang ketam batu temui sangat ramah dan memberi kerjasama yang amat baik. ( gred A ) ketam batu berasa sangat senang hati dengan layanan mereka yang sedemikian rupa. Pelbagai cerita suka duka yang dikongsikan oleh mereka kepada ketam batu. Ada yang mempelawa makan dan minum kepada ketam batu . Bak kata orang 'rezeki jangan ditolak', lalu  ketam batu tidak mahu menghampakan pelawaan mereka. :) Kenangan yang ketam batu tidak boleh lupakan ialah apabila berada di sebuah rumah yang dalam pembinaan. Layan tuan rumah ( makcik ) sangat baik sehingga memperkenalkan anaknya ( UDIK ) kepada ketam batu untuk menjadi sahabat. Hati ketam batu sangat gembira dan hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati ketam batu . Mak Udik berharap kajian yang kami lakukan akan mendapat perhatian daripada pihak berkenaaan agar sistem saliran air di kawasan sawah padi dapat "di upgrade". Semoga harapan itu akan dapat dilaksanakan.

Akhir kata, ketam batu berharap berharap suatu hari nanti ketam batu dapat pergi ke kampung jawi-jawi bagi mengerat hubungan sesama penduduk kampung dan ini bukanlah kali pertama dan terakhir buat ketam batu . Sekian, Coretan ketam batu

SeSi FoToGraFi 


Memandu Jentuai Di Fieldwork
Telur Siput Gondang Emas
Sawah padi Kg. Jawi-jawi
La Tahzan d' tepi Sawah
Pondok tepi Sawah

Thursday, January 20, 2011

Kenangan BorneoProject bersama pelajar Universiti Waseda Jepun



BorneoProject adalah suatu aktiviti sukarelawan pelajar Universiti Waseda Jepun. Mereka telah datang ke negeri sabah untuk memberi kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar di sebuah perkambungan air. Kawasan ini terletak berhampiran Universiti Malaysia sabah. Penduduk yang tinggal di kawasan tersebut merupakan suku kaum suluk (PATI). Kebanyakan kanak-kanak diperkampungan tersebut tidak mempunyai pendidikan asas. Oleh hal yang demikan, atas jasa baik pelajar ini, mereka telah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan jepun untuk mendirikan sebuah sekolah khas di kampung tersebut.


"Big Famaly of BorneoProject"

"Time for Dinner (Sushi King)"


Belajar menggunakan "chopstik"


"HePi time aTteR dinNeR"


"BeForE diNneR"


"EnJoY tiME"


"NaK caRi CaLoN"


"KaMi yaNg KiUT"


"CaLoN AweK..hehehe"



"Macam KemBar Ke?"



"CeWeK JepuN"

P/S : Gambar di sekitar kawasan tidak dapat dipaparkan atas sebab-sebab tertentu. ^_^

Kenangan Kem Waja Diri Sekolah Sains Sosial UMS



masihkah kau ingat akan kenangan kita bersama ketika di sem 1? ini adalah kenangan k.a.m.i sewaktu mula-mula masuk ums, banyak kenangan pahit manis sewaktu kita bersama. gambar2 ini adalah antara gmbar y terpilih sewaktu kami join kem waja diri skola sains sosial.

Monday, January 17, 2011

S.A.H.A.B.A.T

4 Sekawan

banyak jenis sahabat ni..mungkin ada yg mcm dlm iklan
ALI CAFE : "SAHABAT SEJATI SENTIASA DI HATI"
or ada jg mcm dlm iklan
FAIR N LOVELY:"TIAP HARI SAYANG.."
tp sahabat dalam ekawan ni macam dalam iklan
ASTRO : "MACAM-MACAM ADA.."
hehe..ada yg ok ada jg yg mengarut..tp aiman x kesah...bg ku sahabat 2 mcm iklan
LOREAL "KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA"
bg diri ku.. thanx 4 being my friend..





Ketam batu yang berwawasan




kad keahlian pengakap kelana perak tengah
(kelana angkasa)


bergambar sebelum pentauliahan sebagai ahli kelana angkasa

gambar sewaktu pentauliahan kelana angkasa



Align Left

aku si ketam batu

aku siketambatu

"aku siketambatu, dilahirkan pada 24 june 1988"

"anak ke-4 daripada 8 orang adik beradik"

"berasal dari perak dan kini berhijrah ke sabah"

"pelajar universiti malaysia sabah"