Saturday, January 22, 2011

Siapa President Cinta & Ketam Batu



Awalnya aku bangun pagi nie (walaupun xda event). bangun2 aku terus menghadap laptop usang yang setia bersama dengan aku selama hampir 3 tahun. Suasana pagi sabtu yang hening ini begitu indah. Kicauan burung yang sangat merdu menjadi halwa telinga dan begitu mengasikkan. Di tambah pula dengan permandangan gunung kinabalu yang aku boleh nampak puncaknya dari jendala bilik kolej kediaman. Begitu indah alam ciptaan tuhan.... ALHAMDULILLAH.. aku masih berkesempatan untuk menikmati kehidupan di atas muka bumi ini.

hari semakin cerah, hati semakin resah.. resah dengan permainan hidup yang semakin meruncing. bukan menyesali apa yang berlaku, tapi cuba untuk memunajat kepada sang pencipta. cuba untuk berfikir kebesaran Illahi.. sunggung agung ciptaan-Nya, tiada yang boleh menandingi apa yang diciptakan.

suasana hari ini sungguh indah, aku pergi memancing untuk mendapatkan ketenangan.. ketenangan yang selama ini aku cari. siap umpan di pasang, aku membuat hayunan pertama. sambil aku melihat betapa luasnya lautan, otakku berfikir, mengapa ketam jalan mengiring, sedangkan aku yang mempunyai sepasang kaki boleh jalan dengan lurus dan betul. kalau di fikirkan secara logik, lagi banyak kaki, lagi "cantik" kita berjalan.. tapi hairan, ketam ada 4 pasang kaki tp mengapa ketam jalan mengiring? tidak seperti aku. bisik hati kecilku...

oh tuhan... sesungguhnya apa yang kau tau sangat luas dan apa y kau tahu tidak terbatas oleh akal fikiran manusia. aku tertarik dengan karenah ketam... jalan mengiring, tapi pernah x kita terfikir bahawa ketam juga ingin berjalan seperti kita. lurus kedepan dan boleh berjalan dengan sempurna.. mungkin kita tidak terfikir, apa y ketam tahu hanya dia dan sang pencipta saja yang tahu.. kita tidak boleh meramalkan apa y ketam fikir.

siapa si ketam batu? kenapa si ketam batu? apa kaitannya dengan President Cinta? ketam batu a.k.a HaFiZaN MaLiK adalah seorang yang mencari kesempurnaan di dalam hidupnya, mengapa kita perlu kesempurnaan sedangkan di dunia tiada apa y sempurna? kesempurnaan adalah keinginan setiap insan, lumrahnya setiap insan ingin kesempurnaan. itu y di ciptakan oleh sang pencipta. apa kaitannya kesempurnaan dengan si ketam batu? walaupun ketam tidak sempurna seperti kita, tapi ketam sentiasa cuba untuk belajar dengan lurus. tetapi apakan daya ciptaan tuhan lebih agung. sehingga kini ketam masih berjalan mengiring. begitu juga dengan diri ini, aku mencari kesempurnaan di dunia dan di akhirat. smoga aku dapat apa yang aku impikan... 

apa kaitan si ketam dengan President cinta? President Cinta, jiwang kan nama ini. tapi aku tidaklah sejiwang yang kamu semua fikirkan. siapa yang kenal aku, dia tau aku dia taulah perangai aku macam mana.. hanya awek aku yang tau aku jiwang atau tidak. hehehe, kenapa harus President Cinta? sebelum itu, aku nak tanya korang pernah tak dengar lagu president cinta nyanyian the potter's. band ini asalnya dari indon. maybe di malaysia band ini tidak popular. aku ambil nama ini sempena tajuk lagu tersebut.  tak salah rasanya kalau aku ambil nama ni. lagi pun aku kan president kelab penyayang ums. so sesuailah dengan gelaran untuk blog aku. aku nak ajak korang semua untuk baca artikel yang aku dapat dari perlbagai sumber : http://president-cinta.blogspot.com

aku pun dah x tau nak taip ape, petang ni otak aku tersangat lah blurr.... macam ade  biawak tengah merayap dalam kelapa otak aku. aku nak tido dulu k. papai.... ^_^