Sunday, April 17, 2011

Ketam Batu Di Humban Dalam Air

Ketam Batu D Humban Dalam Air
Kejadian ni berlaku tanggal 13 april 2011, waktu ni kami ada jamuan ringan bagi kursus pembangunan alam sekitar yang di ajar oleh salah seorang pensyarah terkemuka di dunia. beliau ialah Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke. Sebut ja nama "Majid Cooke" siapa tidak kenal beliau dalam bidang akademik. beliau antara orang yang berjaya mengharumkan nama Sekolah Sains Sosial (fakulti) di UMS. dalam bidang akademik beliau memang sangat tersohor, kalau kamu semua tidak percaya sila search di pakcik google. kiranya aku ni antara orang bertuah sebab dapat menuntut ilmu dengan ramai para cendiakawan di Malaysia. ^_^

Entri kali ini aku bukan nak cerita tentang pensyarah, tapi aku nak cerita kisah yang berlaku time aku kena humbam dalam air laut.. tempat yang kita orang pergi ini adalah ODAC.. ODAC adalah singkatan bagi "Out Door Activities Center". tempat ni memang cantik, kira UMS bertuah sebab ada pantai yang sangat cantik. ODAC adalah kepunyaan UMS, dan ramai pelajar UMS datang ke ODAC untuk bergambar dan berpacaran. hehehe... ^_^

selesai je majlis makan-makan, kitaorang terus je main air.. main air? betul je ayat tu... harap korang x pikir lain k. hehehe... ada jugalah yang main bola tampar pantai. dan ada juga yang "snap-menyenap" gambar masing2 untuk "diupload" di fesbuk. aku pun mcm tu jugaklah...time tu sangat hepi.. hepi sebab dapat tengok budak2 ansos tahun 2011 bersatu dan gembira, sebelum ni kami semua bukan x bersatu, kami tetap dalam satu geng iaitu geng ansos, cuma kali ni lain.... lainnya sebab kami keluar beriadah bersama-sama dengan yang lain.  fuhhh.... memang bes r time ni.

sedang aku duk diam bawah pokok, hati aku berbisik "besnya kalau tangkap salah sorang dari mereka dan humban ke dalam air". aku ni mcm ahli nujum pulak.... apa yang aku cakap tu tibe2 terjadi. sebelum tu berlaku adegan kejar mengejar salah seorang budak lelaki ansos. dan mereka berjaya menangkap lalu dia di humbam ke dalam air laut. perghhhhh... memang terbaik lah. makin lama, makin ramai pulak yang kene humban. budak perempuan pun mcm tu... dorang mula da menangkap sorang budak perempuan yang lain dan terus humban ke dalam air tu. hehehe.. bes.. bes.. bes... itu yang dapat aku jelaskan. tak sangka dorang pun ikut. dan aku pun terlibat sama. tp nasib baiklah aku menyerah diri untuk di humban... hehehe. malas oo lari lari ni. buat penah jak sebab dorang kejar sampai dapat. hahaha... so fun... ^_^