Monday, April 25, 2011

Kisah lagu ini hari ini



 entah la... esok nak exam. final exam lagi tu. tapi aku masih bertenang. dah pandai agaknya. aku sendiri xtau aku pandai ke tak. dah la malas nak study. kalau "berblog" sampai 4 pagi mata masih maintain, tapi kalau pegang buku, x sempat isyak mata dah layu. pelik2... sangat lah pelik aku ni. tp ada satu buku yang aku boleh tahan sampai jam 4 pagi selain "berblog" korang tau x buku apa? maksud aku ialah "mukabuku". kalau "di B.I kan" jadinye "FACEBOOK". hehehe...

entri kali ini aku bukan nak cerita tentang "mukabuku" atau "berblog" tapi aku nak cerita sebuah lagu.. pernah dgr tak lagu nyanyian AKBAR-Lagu Ini Hari Ini. kamu semua pernah dgr x? kalau pernah atau belum pernah try la "donlod". dengar dan hayati lagu tersebut. tapi kalau korang kene saman sebab "mendonlod" tanpa kebenaran jgn salahkan aku k.. hahaha.. aku x bertanggungjawab. kalau buat salah sendiri tanggung k. kubur masing-masing.

kalau korang dah dengar dan hayati, lagu ini mengisahkan bagaimana seorang itu yang menyatakan kepada kawannya bahawa matlatmat mereka adalah sama, yang berbrza hanya paras rupa. apa ada dengan paras rupa? cantik? hodoh? hensem? tak hensem? sama jak semua tu...tidak ada beza.. mungkin beza dri sebutan dan ejaan. yang penting hati kita mesti TULUS kalau hendak berkawan. itu yang paling penting. aku malas nak huraikan panjang2 lagu ini, nanti marah pulak si pencipta lagu... apa kata korang dengar sendiri dan hayati lagu tersebut.. ok that all....

Hey kawan
Dunia kita memang berbeza
Jalan kita melencong dan lurus
Namun matlamat kita tetap sama
Jadilah insan yang tulus

Hidupku aku yang resahkan
Bukan seperti yang kau andaikan
Tak seindah yang kau anggapkan
Tapi cukup untukku
Dendangkan lagu ini
Aku tulis hari ini sekadar
Hanya untukku sendiri renungi
Bukan sekadar menyalahi
Tiada sebab yang tersembunyi

Duniaku...
Tak seindah pandanganmu
Namun cukup...
Untukku dendangkan pada mu
Lagu ini hari ini

Mereka semua tak peduli
Apa yang telah aku lalui
Ada yang hanya tahu mengeji
Syukur, masih ada yang mengingati
Kawan, lihat diriku ini
Kita hanya beza rupa hakikatnya sama
Tak terhindar salah padaNya
Bukankah kita telah berjanji pada Dia
Untuk saling menyayangi
KasihNya bawa kita ke SANA


Duniaku...
Tak seindah pandanganmu
Namun cukup...
Untukku dendangkan padamu
Lagu ini hari ini
Untuk kita renung kembali
Bila tiba masanya nanti
Apakah kau masih mendengar
Laguku ini..

Ingatlah kita suatu hari nanti
Semua pasti pergi tiada terkecuali
Pergi ke SANA menemui sejati
Dia yang bersemayam di arasy yang abadi

Waktu itu
Lagu ini tiada erti lagi
Dan pastinya tiada yang mendengarinya
Asalkan siapa yang ada sekarang bisa
Penilaian boleh dari yang terlarang

Janji dari Ilah-mu
Pasti hari ini dunia ini pasti berakhir


Ingatlah wahai semua musafir
Hari yang akhir
Hari yang akhir
Kian berakhir
Kian berakhir


Penyanyi: Akbar
Album : Alpha