Sunday, April 10, 2011

Wajah-wajah Keriangan

"wajah-wajah keriangan"


"wajah-wajah keriangan" macam kanak-kanak rebina kan? kalau korang semua nak tau, inilah kanak-kanak rebina universiti malaysia sabah. ops... lupe nak lak ucapkan salam penyayang kepada semua. kenapa mesti salam penyayang? sebelum ni aku dah penah crite kenapa saya ucap "salam penyayang". kepada mereka yang belum tau, sebabnya akulah president cinta. hehehe.. ^_^ gurau je. sebenarnya aku president Kelab Penyayang Universiti Malaysia Sabah. aku selalu guna "salam penyayang" kepada sahabat-sahabat penyayang. "Love Has No Border" adalah moto kelab kami.. ^_^ entri kali ni aku bukan nak cerita tentang kelab penyayang yang sememangnya kami ni penyayang. tapi, entri kali ini aku nak cerita tentang "wajah-wajah keriangan".

sebelum nak bercerite, korang semua tau x pixca ni di ambil masa bila? ha.. ni yang aku nak bgtau, pixca ni di ambil semasa kami pergi ke Labuan untuk program pengambilan ahli kelab penyayang di  UMSKAL. sebut tentang pengambilan ahli baru di UMSKAL, aku berasa sangat bangga. sebab apa aku bangga? sebabnya.. akulah president kelab pertama yang buat pengambilan ahli di UMSKAL. kiranya UMSKAL ada ahli kelab penyayang sebab aku bawa "wajah-wajah keriangan" kesana untuk buat pengambilan ahli baru untuk kelab.  aku bukan mencari nama atau penghargaan, tapi aku cari pengalaman dan kegembiraan. dengan erti kata lain aku cari kepuasan. itu yang paling bermakna buat aku. ^__^  thanks a lot to u all yang banyak membantu sebelum, semasa dan selepas prgoram. jasa anda amat saya hargai. ^_^ (senyuman untuk semua)

ok, skrang part kenapa aku namakan entri kali ini "wajah-wajah keriangan"? sebenarnya, aku hepi sangat time di labuan walaupun bilangan orang y pergi ke UMSKAL tak seperti apa yang aku rancang, tapi aku turut berbangga dan syukur apa yang di rancang berjalan seperti biasa. kami pergi ke UMSKAL seramai 6 orang (seorang x dapat masuk dalam gambar sebab dia tukang snap), untuk menjayakan satu program dengan jumlah ajk yang amat sedikit ianya agak menyukarkan namun "wajah-wajah keriangan" inilah yang telah menjayakan program tersebut dengan cemerlang. trim kasih sekali lagi aku ucapkan pada korang.

aku pun x sangka yang dorang semua ni kanak-kanak rebina sebenarnya sebab masa dalam bus bergerak ke menumbuk dorang semua buat muke serius semacam je. aku pun naik segan nak tegur kot-kot dorang ni jenis x tahan bergurau. bila di menumbuk, dorang still serius... dalam feri pun mcm tu juga. serius, serius, dan terus serius. dalam hati aku, aiseh... susah la kalau macam ni, dorang semua serius, aku lak suke main-main walaupun serius. hidup terasa sangat bosan kalau kita terlalu serius. "joke is soul medicine" thay y aku suka sangat bergurau. harap-harap tak ada yang tersinggung dengan gurau tersebut. bila smpai di labuan, barulah aku nampak yang mereka ini x boleh bertahan lama untuk terus serius. nak di jadikan cerita, keadaan kami jadi huru-hara sewaktu dalam bus UMS menuju ke UMSKAL apabila kami main teka teki... korang nak tau x apa teka tekinya? kalau nak tau tanyalah pada "wajah-wajah keriangan" hahaha.. kedapatan sudah yang otak dorang ni ada juga sewelnye.. hehehe.. jangan marah ye kepada yang terlibat. ^_^, memang aku x sangka yang dorang ni sebenarnya tak seserius yang aku fikirkan...sepanjang kami berada di UMSKAL, gelak tawa menjadi penyeri dan memberi kami kenangan yang x mungkin di lupakan.

kenangan di UMSKAL adalah kenangan indah dalam hidup aku, walaupun aku baru kenal mereka tapi persahabatan yang baru terjalin seperti sudah bertahun-tahun lamanya. persahabatan adalah satu ikatan yang indah, dari mana ia datang kita tidak perlu tahu, tetapi kemana ia menghilang kita pasti merindui... thnks to u all coz to be my friends... friends 4 ever!