Monday, May 2, 2011

Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu



salam sayang penbuka bicara, kali ini aku nak buat entri bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu. dari mana idea ni datang aku pun xtau. yang pasti dia datang dengan tiba-tiba pabila jari jemariku yang kasar bertemu dengan keybord yang tidak berintonasi. ianya bagaikan magis... menaip dan terus menaip bagaikan air yang terus mengalir.. wah, power ayat aku.. kan aku dah cakap, aku tak tau dari mana datangnya idea itu.

bukan mudah untuk kita mendapatkan sesuatu, satu tajuk entri yang agak menarik... bagi aku, bagi korang semua aku x pasti. masing-masing ada citarasa yang berbeza. sememangnya manusia di ciptakan dengan pelbagai citarasa dan minat yang berbeza. apapun aku suka tajuk entri aku kali ini. sebab apa? sebab untuk mendapatkan sesuatu bukannya mudah. aku tertarik untuk menulis entri ini.

kenapa aku cakap bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu? sebabnya memang susah... perlukan usaha, perlukan masa, perlukan tenaga, dan perlukan berbagai-bagai lagi keperluan. sesuatu perkara tidak datang dengan mudah. orang cakap, duit boleh di cari... tapi untuk mendapatkan duit bukannya mudah, ia tidak semudah ABC, ia perlukan tenaga dan usaha. betul tak aku cakap bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu. kalau betul sila komen... komen anda amat di hargai.

bukan mudah untuk kita mendapatkan sesuatu, aku bukan nak bercerita bagaimana untuk mendapatkan duit. apa yang aku maksudkan dengan bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu ialah, bukan mudah untuk perolehi CINTA.. semua orang tahu bercinta kan? semua orang mahu bercinta kan? semua orang ingin dicintaikan? tapi semua itu bukannya mudah.. percaya atau tidak, terima atau tidak, itulah hakikatnya, bercinta bukannya mudah, mencintai bukannya mudah..semuanya perlukan pengalaman. pengalaman akan mengajar kita untuk lebih matang dalam hal ini.

kalau kita inginkan CINTA, kita mesti berusaha dan bersungguh-sungguh untuk memilikinya. tunjukkanlah minat atau sayang terhadap cinta. bukan hanya pada kata-kata manis lidah yang tidak bertulang, tetapi harus dibuktikan dengan perbuatan dan tingkah laku. tunjukkanlah yang anda sayang kepada CINTA, tunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan yang jujur. tunjukkanlah yang anda berseungguh-sunguh ingin memiliki CINTA. jika ada kesungguhan pasti ada balasan yang manis menanti anda. ia pasti ada..

bukan mudah untuk mendapatkan CINTA, cinta monyet memang senang nak dapat, tapi CINTA sejati mudah tak? susah sangat-sangat.. sebab itulah ramai yang bercinta, tapi pasang 2, 3 atau 4. ada juga yang bercinta 4 5 tahun, tapi akhirnya putus... putus macam tu saja. jadi, terbuktilah yang CINTA susah untuk di miliki..  semuanya sebab CINTA yang pandai pudar.. waktu bercinta saja CINTA itu mekar, bila sudah kawen, sudah beranak, CINTA semakin pudar. berjalan pimpin tangan pun sudah malu... tu tanda CINTA semakin layu... susahnya untuk mendapatkan CINTA.

bukan mudah untuk dapatkan sesuatu, ianya perlukan pengorbanan dan usaha yang gigih. sesungguhnya usaha yang gigih itu akan menjanjikan hasil yang lumayan. ia pasti... tuhan sendiri menyuruh kita berusaha. kalau tiada usaha, maka tiadalah hasilnya.. berusahalah untuk perolehi CINTA yang kamu inginkan. ^_^