Wednesday, May 18, 2011

:: jika ini adalah suratan-Nya ::

"jika itu adalah suratan"
kenapa hati ini terasa sayu..??? resah dan gelisahku membuat aku tidak senang duduk. aku rasa seperti kehilangan sesuatu yang sangat berharga. sesuatu yang aku tidak mampu dibeli dengan wang ringgit, sesuatu yang aku tidak boleh tukarkan dengan emas dan permata.

sukar untuk aku mengerti, aku imbas kembali akan dosa-dosa ku, kenapa semua ini terjadi? mungkinkah aku yang bersalah atau ianya sekadar ujian untuk aku mengingati bahawa betapa besarnya kuasa Sang Pencipta. oh... tuhan, sungguh besar dugaan yang telah engkau berikan kepadaku, bukan aku tidak redha dengan ujian-Mu, tetapi hanya pada-Mu tempat ku mengadu, tempat aku luahkan segala isi hati ku yang kian membeku.

salahkah aku mencintaimu seikhlas hati... berdosakah aku melafazkan janji sehidup semati...

ku harap kau mengerti... mengerti akan isi hati ku ini yang tidak pernah melupakan mu.mengerti bahwa kau sangat bermakna buat ku dan tak mungkin dapat ku cari penganti

jika ini adalah suratan-Nya,
aku tidak menangis dek kerna perpisahan, aku cuma kesali akan pertemuan kerna pertemuan telah menyebabkan pepisahan tanpa kerelaan.