Tuesday, May 31, 2011

"saya akan cuba menjadi kekasih yang terbaek untuk awak"

google jerk

awak..."first time" saya nampak awak, saya terus suka awak. Masa tuh kat foyer perpustakaan entah kenapa, hati saya begitu tertarik untuk mengenali awak.

awak... saya akhirnya berjaya mengenali awak. Saya jumpa facebook awak. Kita mula berkenalan di situ.

awak... Kita jadi kawan rapat lah jugak. Hari-hari kita bermesej, best sangat awak.
sayang awak sangat-sangat.

awak... Hampir sebulan kita kawan, suatu hari itu kita cakap soal hati dan perasaan. Satu persatu rahsia hati kita terbongkar. Rahsia saya terbongkar, memang saya malu. Tapi......

awak... Cerita kita macam dalam novel cinta, sebab setiap novel cinta akan berakhir dengan bahagia.

awak... Memang saya bahagia, tapi... entah kenapa hati saya seperti tidak pasti,  saya rasa maca awak tak serius. saya tak tahu nak cakap apa. Tapi saya cuba faham, saya cuba sesuaikan diri.

awak... Saya mintak maaf , sebab saya tak boleh jadi kekasih yang terbaek untuk awak.

awak... Walau apapun yang terjadi, saya akan berharap  yang hubungan kita akan kekal.

awak... Kata orang " cintailah orang yang mencintai kita ".

awak... Saya yakin dengan cinta saya, cinta saya bukan hanya di bibir tapi dari di hati kecil saya.

awak... Saya akan cuba memberi ruang di hati saya untuk awak. Walaupun begitu susahnya, saya akan cuba, saya perlukan keyakinan.

awak... Saya mintak maaf, kerana hubungan kita bermula dengan pertengkaran.

"saya akan cuba menjadi kekasih yang terbaek untuk awak"