Monday, May 9, 2011

Semakin hari semakin sayang

kurusnya aku time ni
"semakin hari semakin sayang" betul ke ? mungkin ada betulnya. bila kita dah lama mengenali seseorang itu, mesti kita semakin sayang pada dia. walaupun sayang itu tidak sepenuhnya... tapi, ia tetap akan wujud dalam lubuk hati kita. ermmm... apa y aku merepek ni? asik-asik masukkan entri jiwang, ( jiwang ke? ) ^_^

cuti sem dah datang, lama pla tu... ermmm, apa yang aku nak buat yea? maybe duk di rumah, tengok movie, tak pun aku g wat keje-keje kampung. wah..!!! besnye... dah lama x g "loading" buah sawit.. huhu.. rindu dengan ayam-ayam kat umah.. lembu-lembu di ladang... rindu sangat-sangat pada "mereka".. tapi apa kaitan crite aku ni dengan tajuk entri?

semakin hari mesti semakin sayang... kalau tak sayang maknanya kita x suka akan sesuatu tu.. ermmm.. pelik juga kan? kalau suka tak bermakna kita sayang sesuatu tu... ermmm terlalu subjektif untuk di tafsir, bila cuti sem dah start, aku rasa sayang nak tinggalkan universiti malaysia sabah. maklumla, ums kan universiti kesayangan aku. disinilah aku pelajari banyak ilmu... di sinilah aku timba pengalaman. semakin hari, aku semakin sayang dengan ums.

dulu, time mula-mula masuk, aku tengok ums ni biasa jerk.. xde ape yang menarik.. dorang cakap ums universiti tercantik di asia tenggara. time tu, aku tengok biasa jerk.. xde apa yang menarik.. makin lama aku d ums, barulah aku tau yang ums ini sangat indah buat aku. betul orang cakap, tak kenal maka x cinta.. sudah kenal x semestinya bercinta... that why entri aku kali ini "semakin hari semakin sayang"..

aku sayang ums... sayang nak tinggalkan ums selama 4 bulan.. kali ini student ipta cuti panjang.. 4 bulan lagi tu. memang bes la untuk besarkan badan time cuti.. aku dapat rasakan yang badan aku akan terus mengembang bila time cuti menjelma.. ^_^ i love my fat... tapi lemak tak bagus untuk kesihatan. kepada kawan-kawan semua, jaga pemakanan anda ok.. jangan tingkatkan lemak anda time cuti.

sekian saja carutan ketam batu buat waktu ini...