Sunday, June 12, 2011

Bila ada rasa cinta..

sweet couple

Suatu tika dulu ada orang kata adakah aku tiada perasaan atau tiada rasa..

Seolah memandang hina akan diri..

Dalam menjejak mimpi yang dulu hilang..

Sebenarnya orang tidak tahu..

Ada kisah disebaliknya dan kita menanti cinta suci..

Bukan mudah untuk menerima sesiapa dalam hidup..

Kerana jika ada luka kita juga yang mengubatnya,

jika ada sakit kita sendiri yang merasakannya..

Satu masa datang dia menghulurkan cinta..

Kerana janji dan kata yang dilafazkan, lalu menerima cintanya..

Di satu sudut hati belum bersedia untuk dikecewakan..

Namun, satu yang menjadi ingatan..

Menyintai tidak bererti memiliki..

Terkadang dipendam saja ketakutan itu..

Kehilangan pasti sangat menyakitkan..

Kerana hati ini cuma satu..

Kecewa tidak dapat dipisahkan dalam hidup..

Perasaan itu cukup untuk membuat diri terasa amat tidak sempurna..

Cinta itu terlalu mahal untuk dipertaruhkan..

Terlalu kuat untuk menidakkannya..

Walau terkadang ada airmata kecewa, hati tetap perjuangkannya..

Namun, jodoh adalah rahsia dalam kehidupan..

Angan dan harapan yang terlalu tinggi terkadang akan menjatuhkan..



Nukilan Cik Laila