Wednesday, June 22, 2011

Manusia kalkulator terpantas dunia

Kemampuan Alexis mencongak angka besar dalam masa singkat memukau dunia
Pada tahun 2007, seorang warga Perancis, Alexis Lemaire berjaya mencipta rekod dunia apabila berjaya menyelesaikan masalah matematik berkaitan punca 13 untuk sebarang nombor 200 digit dengan hanya mengambil masa 72.4 saat.
Beliau mengira dengan betul untuk satu jawapan dari 2,407,899,893,032,210 daripada kemungkinan 393 trilion jawapan di Muzium Sains London.
Lemaire menggunakan sebuah pakej komputer yang secara rawak menghasilkan satu nombor 200 digit.

Selepas nombor itu muncul, dia mula mengira punca kuasa 13 bagi nombor berkenaan.

Sejurusnya berjaya memperoleh jawapan, dia menaip jawapan itu ke komputer yang kemudiannya memberitahunya ia adalah betul.

Pemuda berusia 31 tahun itu berjaya mengenal pasti dua kuadrilion, 397 trilion, 207 bilion, 667 juta, 966 ribu dan 701 sebagai jawapan kepada punca kuasa 13.

Kuadrilion adalah jumlah selepas trilion iaitu  nombor yang mempunyai 15 angka kosong. Jawapan tersebut adalah nombor yang diganda sebanyak 13 kali seterusnya menghasilkan oleh nombor 200 digit seperti yang dipaparkan oleh komputer.

Keupayaan luar biasa tersebut sekali gus menjadikannya sebagai manusia kalkulator terpantas di dunia.

P/S :: kuasa tuhan tiada siapa yang mampu menduga.