Monday, July 11, 2011

"7 Etika Seorang Blogger"

Hafizan Malik aka Ketam Batu

Apa yang dimaksudkan dengan "etika seorang blogger" ? Secara peribadi, pandangan Mr ketam mengenai etika seorang blogger adalah tatatertib individu (blogger) dalam menjalankan aktiviti penulisan blog atau lebih dikenali sebagai "blogging" atau "blogwalking" dalam kalangan blogger. 

Sebarang penulisan yang anda lakukan adalah menjadi tanggungjawab penulis tersebut. Oleh sebab itu, seorang blogger haruslah mematuhi "Kod Etika Blogger" agar tidak menyalahi undang-undang multimedia yang telah ditetapkan oleh negara. Dalam menyampaikan sesuatu perkara, kita haruslah beretika agar orang lain akan lebih menghormati sebarang idea yang bakal disampaikan oleh penulis tersebut. 

Berikut adalah "Kod Etika Blogger" yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6...


Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula mengambil berat mengenai isu etika seseorang pengendali blog di Malaysia.
Ini kerana, baru-baru ini beliau menyarankan para pengendali blog menjadikan “Kod Etika Blogger” sebagai garis panduan dalam menulis entri blog di Internet.
Kod Etika Blogger yang dimaksudkan adalah:
  • Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.
  • Tidak memplagiat hasil tulisan.
  • Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.
  • Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.
  • Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.
  • Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.
  • Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.
  • Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.
  • Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.
Kod Etika Blogger ini dikeluarkan setelah beliau tertarik dengan artikel A Bloggers’ Code of Ethics yang ditulis oleh CyberJournalist yang menyentuh mengenai etika dalam penulisan di dunia blog.
Selain mematuhi segala "Kod Etika Blogger", penulis blog tidak rasmi juga perlulah mematuhi "etika seorang blogger". Hal ini adalah kerana, anda perlu menghormati hak orang lain sebagai penulis blog tidak rasmi. 
Ini adalah Pandangan peribadi Mr ketam mengenai penulisan di dalam dunia maya atau lebih dikenali sebagai "dunia blogging".
1- Menggunakan IDENTITI sebenar.
2- Tidak plagiat atau "copy paste" bulat-bulat hasil blogger lain.
3- Tidak mengubah fakta asal yang ditulis oleh penulis blog lain.
4- Tidak memberi kritikan yang melampau ke atas pandangan penulis blog lain.
5- Menyatakan sumber asal bagi menghormati penulisan dan menghargai buah fikiran penulis blog.
6- Elakkan penulisan berunsur sensetif dan menyentuh isu yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan penulis blog di dalam ruangan blog atau ruangan komen.
7- Mengamalkan konsep kunjung-mengunjungi antara blogger dengan blogger lain.