Sunday, July 3, 2011

"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!"

gangguan seksual keatas lelaki
Tak kisahlah apa yang korang nak tunjuk...Kalau dah tunjuk lelaki tengok jer. Tapi bila lelaki tengok korang cakap lelaki gatal, lelaki miang, lelaki mata keranjang dan macam-macam lagi yang korang sumpah seranah kat lelaki. Tapi penah tak korang fikir... kenapa lelaki tengok korang macam tu? jawapan dia mudah... sebab pakaian korang macam gambar kat atas tu... sebab tulah lelaki tengok korang macam tu.

Lelaki tengok macam tu bukan sebab lelaki gatal atau lelaki  miang. Korang kena paham yang tumpuan atau daya fokus lelaki lebih tajam berbanding dengan korang. Sebab itulah lelaki kalau tengok sesuatu dia pasti akan amati "barang" tersebut. Korang tak boleh nak salahkan lelaki... Dah lumrah semulajadinya macam tu. Kalau korang salahkan lelaki, bermakna korang salahkan Tuhan. Sebab tuhan yang cipta lelaki sedemikian rupa. Tuhan cipta lelaki ibarat pemangsa yang ada daya fokus yang tajam. Itu hakikat yang harus diakui.

Lelaki ibarat kucing... pernah tak korang tengok kucing lepaskan ikan atau tikus kat depan mata? kalau yang dalam TV iklan whiskas, mengarut jer. Macam gambar kat bawah :


Kenapa aku cakap lelaki ibarat kucing? macam yang aku dah cakap kat atas tadi, lelaki ibarat pemangsa. Dalam hal ini aku bagi contoh kucing, korang jangan tanya kenapa aku bagi contoh kucing. kalau korang tanye, "lebam bijik mata kau" (ayat johan). Kalau korang perhatikan, kucing memang tak lepaskan apa yang dia suka iaitu ikan atau tikus. Bila kucing nampak tikus, nafsu ghairah dia untuk mengejar tikus tersebut adalah tinggi.

Macam tu jugaklah dengan lelaki... Bila lelaki ternampak benda yang dia suka (hanya ada pada perempuan), sudah pastilah nafsunya akan naik, dan sebab itulah lelaki mengamati sesuatu itu dengan daya fokus yang tinggi ( mungkin dalam fikiran terbayangkan sama ada bulat atau bujur atau leper ). Daya imiginasi lelaki lebih kuat berbanding korang, dan korang jangan tanya kenapa kalau tibe-tibe hidung lelaki keluar darah...Korang puncanya.

Ekceli, aku bukan nak salahkan korang dalam hal ni, kita masing-masing ada hak. Lagipun korang beli baju tu tak mintak duit kat aku. Duit tu duit korang, so suka hati koranglah nak buat apa dengan duit tu. Tapikan, seyes aku cakap, korang nampak ayu + comey + kiut + cantik bila berpakaian yang lebih sopan. Contohnye, time korang pakai baju kurung, walaupun korang gemuk, tapi korang tetap nampak comey bila berbaju kurung, walaupun korang hitam, tapi korang tetap manis dengan berbaju agak labuh.

Orang hutan pun terkejut beruk bila tengok "gurl" pakai baju sendat seluar ketat.