Friday, July 15, 2011

Hati aku keras beb..!!! Tapi aku juga ada perasaan....


Comel bukan bayi ini..??? Yea.. sangat comel. sesiapa saja yang melihatnya pasti geram. Lihatlah... matanya yang bulat dan pipinya yang tembam. pasti ramai yang ingin mencubit dan merasi kegebuan pipi bayi tersebut. Namun, adakah kita tahu kisah disebalik bayi comel ini? adakah kita tahu apakah beban yang sedang ditanggung oleh ibubapa bayi tersebut? Apa yang kita buat untuk membantu mereka?

Di saat kita bergembira, kita alpa dengan nikmat yang kita kecapi. Kita tidak peduli apa yang orang lain rasai. Adakah kita sedari semua itu hanya seketika cuma, Ia boleh datang dan pergi tanpa kita sedari. Pernahkah kita menadah tangan bersyukur akan nikmat yang diperolehi berserta doa-doa untuk mereka yang sedang menerima ujian dari Illahi ?.

Yea.. memang benar apa yang tuhan berikan kepada kita adalah ujian untuk membuat kita menjadi insan yang lebih tabah. Tapi aku juga manusia yang lemah.. dan terkadang aku terpaksa mengadu kepada-Nya dek kerna ujian yang tidak mampu aku harungi. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Aku tahu akan hakikat itu.. Bahu yang menahan beban kesakitan lebih merasai dan lebih mengenali apa itu sakit berbanding dengan aku yang hanya melihat. Jangan terlalu gembira dengan nikmat yang diperolehi. Esok lusa bagaimana..? Masihkah ianya menjadi milik kita..?

Aku sungguh terharu membaca kisah seorang suami bernama TALIB yang begitu setia melayani isteri tercinta.  Tatkala sang isteri sedang menanggung kesakitan akibat "brain cancer" TALIB tabah menerima ujian yang diberikan kepadanya. Ujian demi ujian yang diharungi oleh TALIB, namun TALIB tidak berganjak dan sentiasa  berada disisi isteri tercinta.

Setelah setahun hidup bersama sebagai suami isteri dan dikurniakan seorang putera, tiada siapa yang menduga ianya merupakan permulaan sebuah penderitaan buat mereka..

Ikuti kisah Norma dan Talib di sini...

Talib dan Norma
Rafiq

Norma

Talib disisi Norma

Norma bersama Rafiq

Kesemua gambar dia atas diambil daripada Moon Punye Blog

kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin mengurangkan beban TALIB, korang boleh buat sumbangan ikhlas. Dan sama-sama kita berdoa yang terbaik untuk mereka. Amin.....

cimb

01070068677528

Noormawati Mohd Rasif

TALIB tidak ingin meminta simpati tetapi ini atas usaha yang dibuat Moon mungkin dengan cara ini dapat meringankan beban keluarga ini... Semoga mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini...sangat kagum dan terharu dengan kesabaran dan kesetiaaan TALIB pada isteri tersayang.