Tuesday, July 19, 2011

Pengajaran filem KL gengstar



Perghhh... Filem nih memang terbaiklah. Dalam banyak-banyak filem aksi melayu yang ketam batu tengok sebelum-sebelum ni, KL Gangsterlah yang terbaik. Aksi gaduh-gaduh dalam filem tu memang nampak "real", setaraf dengan filem aksi luar negara. Kepada mereka yang belum tengok, ketam batu rasa lebih baik korang cepat-cepat pegi tengok k.. Manyak syok wa cakap sama lu beb...!!!


mintak dari google

Lagi satu, Kalau sebelum ni filem melayu atau drama-drama melayu asyik buat babak yang sama ( cinta-cintun ), tapi kali ni KL Gangster antara filem lain dari yang lain. Dalam filem tuh, takde pun babak i love u, u love me... Mr. ketam memang respect habislah dengan dia punya pengarah filem. Kalau terus macam ni, tak mustahil satu hari nanti filem melayu akan bertambah maju. setaraf dengan filem-filem asia yang lain..


Korang semua tahu tak filem tu sebenarnya ada "mesej" yang tersendiri...??? Kalau tak tahu, Jom... Mr ketam tunjukkan apa makna tersirat atau pengajaran yang boleh kita ambil dari filem KL Gangster.

1 - Jangan terlibat dengan mana-mana kumpulan samseng.

2 - Tiada jalan mudah untuk mendapatkan wang ( untuk hidup senang )

3 -  Setiap perbuatan yang buruk pasti akan dibalas ( samaada cepat/lambat )

4 - Jangan bermusuhan sesama sendiri (adik beradik )

5 - Pentingkan semangat setiakawan
( kawan time senang ramai... tapi time susah, ramai yang lari )

6 - Perpecahan sesama sendiri tidak mendatangkan keuntungan

7 - Melayu gaduh sama melayu, bangsa lain dapat keuntung