Saturday, October 22, 2011

Single itu Simple

Single itu simple... betul ke.? Mungkin betul, tapi ada jugak orang cakap yang "bercouple " itu lebih "happiness". Sebabnya, kalau "bercouple" ada orang yang "caring" dengan kita, lepas tu ada pulak yang "take care" dengan diri kita and than ada juga yang selalu bersama dengan kita. Sebenarnya, cinta itu indah bila kita yang mengindahkannya..



Ok, kita bukan nak cerita tentang "bercouple", tapi kita nak cerita tentang "single itu simple".. Kenapa "single itu simple..?  Ada sesetengah orang rasa takut bila dia tidak mempunyai "couple". Ada jugak yang cakap "couple is trouble".. Urmmm... kalau yang dah putus cinta maybe dia akan cakap macam tu.

Jom mengiring bersama ketam batu untuk mengetahui kenapa "single itu simple"...?
1. Bebas dan berdikari

- Bila kita single, kita rasa bebas... dengan adanya kebebasa, kita boleh buat apa saja yang kita suka. Contohnya, kita boleh pergi tengok wayang cerita romantis dengan BFF. Kalau kita pergi tengok wayang dengan BF, maybe BF kita tak suka tengok cerita yang romantis.. Urmm.. kan boleh wujud masalah problem disitu. Dan yang bestnya time single, anda boleh dapat lebih ramai rakan baru tanpa perlu risau boyfriend berasa cemburu... 

Hidup Terasa indah bila tiada yang mengawasi kita..

2. Jadi rakan yang baik

- Ada orang cakap, BFF lebih memahami diri kita dari Bf kita sendiri, betul ke..? Mungkinlah.. Sebab orang cakap, kawan masa senang/gembira memang banyak. Tapi kawan sewaktu kita susah/menangis memang ramai yang lari. Itulah adat berkawan... Kadang-kadang, BF/GF kita tak faham isi hati kita. Diorang tidak tahu apa yang kita mahu. tapi BFF diorang tahu sebab diorang lebih memahami diri kita.

3. Lebih banyak masa berkualiti di rumah

- Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama ibubapa dirumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

Keluarga adalah pelangi hati yang paling mengembirakan...

4. Buat keuntungan dengan part-time

- Part time... maksudnya disini, masa lebihan yang korang semua ada. Apa kata dengan adanya masa terluang, korang buat kerja yang lebih baik. Berdating memang best... boleh pegang-pegang, boleh raba-raba.. tapi itu semua dosa. Lagi best kalau korang buat kerja part time, bolehkumpul duit banyak-banyak. lepas tu kita boleh beli apa yang kita mahu..

Bestnya hidup kalau kita dapat apa yang kita mahu.

5. Jimat kos

- Bila kita single, kita boleh kawal perbelanjaan kita. Bukan bermakna kita kedekut, tapi kita perlu ada wang simpanan untuk kegunaan masa akan datang. Time "bercouple", mesti banyak duit yang akan dikeluarkan... lebih-lebih lagi time pergi dating, Kalau BF dapat GF yang kaki "shopping", memang keringlah poket korang. Mesti macam-macam yang dia nak, kalau dia guna duit sendiri tu kira Ok lah lagi... kalau dia minta duit BF macam mana..? Lepas tu boleh pulak dia tanya "U bila nak minang I"...? Dia sedar tak yang dia tu penyebab BF tak dapat kumpul /simpan duit..?

6. Kurang beban/tanggungjawab

- Single itu simple... sebabnya korang tak perlu pecah kepala bagai nak rak untuk fikir masalah BF/GF korang. That's mean, korang kurang beban untuk orang lain.. sudahlah beban sendiri tak tertanggung, inikan pula nak menanggung beban orang lain. Mampu ke..? Anda cuma perlu bertanggungjawab ke atas diri masing-masing.. itulah yang paling penting. Lepas tu, segala keputusan yang anda buat tidak perlu rujuk kepada BF/GF... 

Hidup umpama aiskrim... nikmati ia sebelum cair... Kita Enjoy...!!!


Sumber sepenuhnya --> Why Sweet To Be Single 

P/S : Diubah suai mengikut kefahaman dan idea si ketam batu