Saturday, March 31, 2012

Lirik Lagu Dusun – Tanak Kampung



Yoku nopo diti, Tanak do mosikin
Aiso nunu-nunu do posurungon ku
Ika tu olumis, auh oku kaanu
Papasanang dika

Yoku tanak kampung, aiso sinikulan
Kuli-kuli doh toukeh, auh kapadan dika
Ika tu olumis, ogumu pohmuhang
Lagi orang kaya

Ingaa kurita ku mongowit diah mimpanau
Ingaa noh walai ku usukon tongoduo
Om lobi doh pongumpung om balanja dapur
Panansawo dika

Okon koh auh oku orohian diah
Nga rosian oku katanud koh doh susah
Sabab doh pomuhang, pologoson ku dika
Id longon doh wokon

Ika poimulok lagi ki kolumison
Kada doh sumonsog kusai irad doho
Ika tu olumis, manasal koh moti
Nga ingaa noh guno…

Tanak Kampung By Jimmy Palika

Jangan kita tunggu lama-lama


Daripada Umar bin Al-Khatab r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Taubat hamba akan diterima selama belum dengkur kerongkongnya (yakni roh akan keluar dari tubuhnya)"
(Riwayat al-Tirmizi)

Sekiranya kita telah banyak melakukan dosa selama ini, janganlah kita berasa kecewa untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang serta amat sukakan hambanya yang suka bertaubat. 

Sekiranya kita menunggu masa hingga ke hujung usia baru hendak bertaubat adalah sesuatu yang sangat mebahaya kerana kita tidak tahu bila masa ajal kita akan tiba. Seperti yang kita tahu, telah ramai orang yang mati ketika usianya masih muda. Ajal tidak mengira usia dan yang penting kita harus bersedia.

Kita mestilah insaf dan kembalilah ke pangkal jalan. Seharusnya kita memulakan hidup baru dengan memperbanyakkan amal yang baik. Hal ini dapat membantu menghapuskan keburukan yang pernah kita lakukan sebelum ini.

Semoga hidup kita akan senantiasa bahagia di dunia mahupun di akhirat...Bertaubatlah.
Jangan tunggu lama-lama.

Friday, March 30, 2012

Berfikir sambil melakukan sesuatu


Thomas Edison mengatakan : "tidak ada cara yang dapat dilakukan oleh manusiasebagai tempat pelarian untuk bersembunyi dari fikirannya".

Pernyataan ini adalah benar berdasarkan pengalaman yang ketam batu alami. Kerana manusia ketika sedang membaca atau menulis, maka sebenarnya dia sedang berfikir tentang apa yang dia lakukan ketika itu. Salah satu cara terbaik untuk menajamkan dan mengawal fikiran adalah dengan cara melakukan sebarang pekerjaan yang menyenangkan dan bermanfaat. Kerana orang yang menganggur adalah orang yang suka berkhayal dan menyebarkan berita yang tidak jelas.

Thursday, March 29, 2012

Kenapa kita harus jadi pemberi dan bukan penerima


Aristotle mengatakan bahawa "manusia ideal adalah manusia yang gembira dengan pekerjaan yang dia lakukan demi kepentingan orang lain dan dia sangat malu jika ada orang lain melakukan pekerjaan yang menjadi tugasnya. Sebabnya, memberi belas kasihan kepada orang lain adalah sebuah tanda ketinggian nilai sedangkan menerima belas kasihan dari orang lain adalah sebuah petunjuk tentang kegagalan."

Dalam sebuah hadis disebutkan : "tangan di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah."

Apa yang dimaksudkan ialah tangan yang diatas adalah tangan yang memberi manakala tangan yang di bawah adalah tangan yang menerima.

Semoga kita semua mampu menjadi orang yang memberi di samping kita akan menerima keberkatan daripada Allah s.w.t.

Wednesday, March 28, 2012

Bagaimana terciptanya "angry bird"


 Inilah campuran DNA yang telah dijalankan oleh Ahli Sains untuk mencipta "Angry Bird"

 Nampaknya, hasil perkahwinan campur ini telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia.

WORDLESS WEDNESDAY #08


What do you think about this picture...?

WORDLESS WEDNESDAY #07


Apa pendapat korang semua tentang gambar ini..?

Biarlah gambar yang berbicara menceritakan hal yang sebenar.

2 Nikmah hidup yang sering dilupakan


Nabi SAW bersabda yang bermaksud :


" Ada 2 jenis nikmat yang dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu kesihatan dan waktu lapang."

(Riwayat Ahmad dan Al -tarmizi)

Kesihatan :

Sepatutnya digunakan untuk melakukan kebaikan seperti beribadat, (janganlah panjat gunung boleh, tapi solat tidak mampu dikerjakan) dan mencari rezeki secara halal. Ada orang menggunakan kesihatan yang baik digunakan dengan cara yang salah, mereka melakukan maksiat dan kemungkaran seperti berzina, lumba haram, pil khayal dan lain-lain lagi. Bila sudah sakit, barulah hendak buat kebaikan itu dan ini.

Waktu lapang :

Ramay yang terlupa apabila ada masa, aktiviti yang baik dan penambahbaikkan tidak dibuat. Contohnya pelajar menunggu saat akhir barulah hendak "study" untuk peperiksaan. Di tempat kerja pula, ramai yang mengambil masa untuk bersembang kosong, ponteng kerja (lelaki keluar hisap rokok), dan sebagainya. Bila ditegur oleh pihak atasan (bos) barulah terhegeh-hegeh hendak sempurnakan tugan. Ada pula sesetengah orang tidak mahu menerima teguran, ini memang TIDAK PATUT.

Janganlah sesekali bila sudah sibuk baru hendak menyiapkan sesuatu tugasan kerana mungkin hasil kerja yang ingin diselesaikan dalam cara yang tergopoh-gapah tidak berkualiti.

Setiap orang sedar bahawa jumlah masa yang dimiliki oleh setiap manusia ialah 24 jam sehari. Dalam jumlah masa yang sama ini. ada yang menjadi ulama, jadi usahawan yang berjaya, ada yang jadi dermawan, hartawan dan tidak kurang juga ada pula yang berwang. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (macam ayamlah pulak).

" Ingatlah modal kesihatan dan waktu lapang... Dan jangan dipersia-siakan modal yang sangat berharga ini..."

Tiga Golongan Yang Malang

Jangan kamu bersikap sombong

"Tiga golongan ini, kelak Allah tidak akan berbicara dengannya, tidak melihat kepadanya pada hari kiamat iaitu : orang yang menganggap berbudi dengan pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu, dan orang yang melabuhkan kainnya"


1 - Orang yang menganggap berbudi dengan pemberiannya

Apabila memberi sesuatu kepada sesuatu pihak, janganlah kita suka berbangga yang kononnya kita telah menanam budi yang hebat. Jangan juga kita suka mengungkitnya apabila pemberian telah dibuat.

Terdapat orang yang mengharapkan balasan daripada sesuatu pihak setelah mereka berbudi dan apabila tidak dipenuhi harapan mereka, maka dikatakan orang orang yang pernah ditolong tidak mengenang budi. Kecuali jika kita hendak mendidik orang yang suka lupa diri.

2 - Orang yang melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu

Apa yang ketam batu maksudkan disini ialah Allah juga tidak suka kepada orang yang suka menipu ketika mengadakan urusan jual beli atau perniagaan. Sebagai contoh, seseorang kontraktor telah menyatakan di dalam kontrak  dinyatakan bahan berkualiti nombor 1, tetapi apabila diberikan projek kepadanya maha bahan yang tidak / kurang berkualiti yang digunakan. Kesannya, masalah akan diterima oleh pihak lain. orang sebegini hanya pentingkan diri sendiri untuk kepentingan yang sementara di dunia. Di akhirat azab yang pedih sedang menanti mereka. Janganlah kita mengambil keuntungan dengan jalan yang terlalu mudah sehingga hilang nilai-nilai murni terhadap sesama manusia.

3 - Orang yang suka melabuhkan kainnya

Kali ini ketam batu nak bagitau, Orang yang suka melabuhkan kainnya merujuk kepada orang yang sombong, golongan ini juga tidak akan disukai oleh Allah s.w.t apabila suka menunjuk-nunjuk pakaian yang dipakainya. Kita boleh berpakaian cantik tetapi jangan megah diri. Kalau berpakaian terlalu "over" (perempuan) juga boleh menyakitkan mata sesetengah orang yang melihatnya. Bagi sesetengah lelaki, maybe itulah peluang santapan untuk mata.

Tuesday, March 27, 2012

Cara-cara nak cover malu


1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Fakta menarik tentang McDonald's



Mustahil ada yang tidak mengetahui apa itu McDonald’s. Silap-silap ada yang memang tiap-tiap hari makan kat sana. Kepada yang mengada-ngada tak tahu, McDonald’s adalah franchise makanan segera yang terkemuka di dunia. Berikut adalah beberapa fakta dan trivia menarik tentang McDonald’s agar boleh menambahkan ilmu anda tentang makanan segera kesukaan ramai itu.
  1. Big Mac telah dicipta oleh Jim Delligatti pada tahun 1967 di sebuah restoran McDonald’s di Uniontown, Pennsylvania
  2. Harga asal Big Mac adalah 49sen USD.. (hohoho kalau sekarang harga dia macam tu, tiap-tiap hari aku bawak bekal Big Mac)
  3. Secara puratanya, terdapat 178 biji bijan di bun sesebuah Big Mac
  4. Di India, nama Big Mac ditukar kepada Maharaja Mac yang menggunakan daging kambing kerana masyarakat India tak boleh makan daging lembu.
  5. McDonald’s drive through pertama adalah di Sierra Vista, Arizona yang mula beroperasi pada 24 Januari 1975
  6. Orang di Jepun akan menyebut McDonald sebagai “Makudonarudo”
  7. Ronald McDonald boleh berbicara dalam 25 bahasa
  8. Sarah Michelle Gellar pernah disaman oleh McDonald pada usia 4 tahun kerana dialog “Do I look 20 per cent smaller to you? I must have at McDonalds because their hamburgers are 20 per cent smaller than Burger King’s.” dalam iklan Burger King’s
  9. Nama McDonald’s diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.. (nasib baik nama burger yang popular tu Big Mac dan bukan Big …. hehehe)