Daripada Umar bin Al-Khatab r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Taubat hamba akan diterima selama belum dengkur kerongkongnya (yakni roh akan keluar dari tubuhnya)"
(Riwayat al-Tirmizi)
Sekiranya kita telah banyak melakukan dosa selama ini, janganlah kita berasa kecewa untuk bertaubat kepada Allah s.w.t. Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang serta amat sukakan hambanya yang suka bertaubat.
Sekiranya kita menunggu masa hingga ke hujung usia baru hendak bertaubat adalah sesuatu yang sangat mebahaya kerana kita tidak tahu bila masa ajal kita akan tiba. Seperti yang kita tahu, telah ramai orang yang mati ketika usianya masih muda. Ajal tidak mengira usia dan yang penting kita harus bersedia.
Kita mestilah insaf dan kembalilah ke pangkal jalan. Seharusnya kita memulakan hidup baru dengan memperbanyakkan amal yang baik. Hal ini dapat membantu menghapuskan keburukan yang pernah kita lakukan sebelum ini.
Semoga hidup kita akan senantiasa bahagia di dunia mahupun di akhirat...Bertaubatlah.
Jangan tunggu lama-lama.