Friday, April 6, 2012

Lelaki berkahwin dengan bantal peluk


Lee Jin-Gyu
Fate Testarossa

Lee Jin-gyu jatuh cinta dengan ‘dakimakura’ – sejenis bantal peluk besar daripada Jepun, dengan sekeping gambar watak animasi Jepun yang popular tercetak diatasnya. 

Dalam kes Lee ini, bantalnya mempunyai imej watak Fate Testarossa, daripada ‘gadis sakti’ dalam siri-siri animasi Jepun Mahou Shoujo Lyrical Nanoha. 

Kini otaku berumur 28 tahun (suatu istilah Jepun yangmenterjemahkan antara ‘obsesi’ dan ‘nerd’) telah mengahwini bantalnya itu dalam satu upacara khas, selepas memakaikannya dengan baju perkahwinan dan mendapatkan perkhidmatan seorang paderi tempatan. Perkahwinan mereka turut dihadiri oleh media tempatan. 

“Dia benar-benar obses dengan bantalnya itu dan membawanya ia ke mana-mana,” kata seorang rakannya. 

“Mereka keluar bersama-sama ke taman rekriasi atau taman hiburan dan menaiki permainan bersama. Jika dia keluar makan, dia mendapatkan kerusi untuk ‘temannya’ dan turut memesan hidangan,” mereka menambah.

Perkahwinan bantal peluk ini bukanlah perkahwinan pelik yang pertama – sebelum ini seorang warga Jepun Otaku mengahwini teman wanita mayanya Nene Anegasaki, satu watak yang hanya wujud dalam permainan Nintendo DS Love Plus, pada bulan November 2009.


# ketam batu rasa hairan sebenarnya, dalam dunia ni masih banyak lagi perempuan yang single. Tapi kenapa ada lelaki yang sanggup berkahwin dengan bantal peluk..? best ke..? apa yang boleh di buat dengan bantal tu..? juz peluk je... yang lain2 tak dapat nak buat. Macam terasa kurang nikmat pulak kalau cuma sekadar dapat peluk.