Saturday, April 7, 2012

Shopping Vs Seks



Kalau lelaki memikirkan seks setiap minit, kajian yang melibatkan kaum wanita memberikan hasil yang berbeza. Kajian di Barat mendapati tiga per empat wanita muda berusia antara 19 hingga 45 tahun lebih banyak memikirkan tentang barangan yang hendak dibeli ataupun "shopping" berbanding seks.

Wanita ini memikirkan tentang kegiatan membeli belah sekali setiap 60 saat berlainan dengan lelaki yang memikirkan aktiviti seks sekali setiap 52 saat. Wah! Nampaknya kegiatan shopping lebih mendapat tempat di hati wanita berbanding seks.

Sudah pasti fakta ini membuatkan golongan ‘pemikir seks’ atau sang lelaki bertambah risau. Bimbang isteri sanggup mengetepikan seks bersama mereka semata-mata kerana mahu membeli-belah. Jika ini benar sudah pasti ramai lelaki tidak senang hati. Bukan saja bimbang keperluan seksnya tidak dipenuhi tapi juga bimbang memikirkan poket mereka yang semakin nipis kerana hobi si isteri ini!

#er..er..er... ketam batu speechless tentang ni. Korang fikir dan tnya gurl korang kalau korang nak tau kisah sebenar.  Bagi lelaki, korang kene sediakan duit yang banyak sebelum poket korang rabak. hehehe...