Monday, April 9, 2012

Tips Hilangkan rasa takut

Eeii.... Takutnyerr...!!!

Sesetengah orang langsung tak tidur malam sebab bila nak masuk tidur je mesti terbayangkan hantu tidur di sebelah dia. Hal ini terjadi kerana sejak usia kecil, merek sering tengok filem-filem dan drama hantu. (Eh, ini bukan fakta sebenar tau, mana ada orang tak tidur langsung.. hehe) Jadi, saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana mahu mengurangkan rasa takut bila tengok filem hantu lebih-lebih lagi tengok pada tengah malam, secara berseorangan dan dalam gelap gelita. Jom baca :
  1. Sebenarnya keseraman dalam filem hantu datangnya dari kesan/effect suara. Lepas ni, cuba tutup suara pada televisyen, mesti rasa takut bila tengok filem hantu itu akan hilang.
  2. Menonton filem hantu secara ramai-ramai ( ajak mak ayah, kakak dan seluruh ahli keluarga) akan menghilangkan rasa takut, malah akan menambahkan keseronokan.
  3. Lepas ni, sebelum tengok cerita hantu, cuba pasang banyak lampu, sambil tu dengar lagu mp3.. mesti dah tak takut lagi tengok cerita hantu.
  4. Kebanyakan wajah hantu memiliki wajah yang kelakar. Lepas nie masa muka hantu keluar je, korang gelaklah.. hehe
  5. Dan cara yang paling baik sekali, cuba pejam mata dan tengoklah cerita hantu.. mesti tak takut lagi.. hehe..
#Korang semua boleh 'try' dan amalkan tips yang ketam batu syorkan. kalau tak mujarab jugak, korang kena mandi air hujan panas 44 hari untuk buang sial... :p