Sunday, April 28, 2013

Doa Cepat Jodoh & Doa Putus Cinta (Hati Kecewa)

Saya terjumpa doa-doa berikut di dalam buku bertajuk Ikhtiar Penyembuh Penyakit oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din, terbitan Darussyifa’.


Bukan setakat doa-doa di atas, buku tersebut mempunyai banyak doa-doa yang mungkin bermanfaat kepada kehidupan kita seharian. Mungkin anda boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Gwiyomi English Translation Lyrics


Gwiyomi English Translation Lyrics

(Choko meopin han jogak sikyeonoko)
Ordered a set of chocolate dessert
(Gosohan uyuhanjaneul gidaryeoyo)
Waiting for a glass of delicious milk
(Oppahago nahago kkok maju anjaseo)
Sitting with brother and facing each other
(Seoro sonbadak wie yeppeun nakseoreul hajyo)
We draw some beautiful logo on each other palm

(Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo - naekkeo)

Don't look at who or anywhere, you're mind (you're mind)
(Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo - nan nikkeo)
Don't chat with other girl, I'm yours (I'm yours)
(Saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo)
Tick fingers and promise well
(Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro)
Promise won't leave me alone

(Ildeo hagi ileum gwiyomi)
1+1 = little cutie
(Ideo hagi ineun gwiyomi)
2+2 = little cutie
(Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwiyomi, gwiyomi, gwiyomi, gwiyomi)
3+3 = little cutie, little cutie, little cutie
(Sadeo hagi sado gwiyomi)
4+4 = little cutie
(Odeo hagi odo gwiyomi)
5+5 = little cutie
(Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi)
6+6 = Kiss*6, little cutie,I'm little cutie

(Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo - naekkeo)
Don't look at who or anywhere, you're mind (you're mind)
(Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo - nan nikkeo)
Don't chat with other girl, I'm yours (I'm yours)
(Jaekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo)
Tick fingers and promise well
(Jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro)
Promise won't leave me alone

(One two three nun gamgo naege dagawa)
One two three close your eyes, I'm coming to you
(Du soneuro nae boreul manjimyeo ppoppoharyeoneun)
Hold my face and ready for kiss
(Geu ipsul makgoseo)
stick our lips

(Ildeo hagi ileum gwiyomi)
1+1 = little cutie
(Ideo hagi ineun gwiyomi)
2+2 = little cutie
(Samdeo hagi sameun gwiyomi, gwiyomi, gwiyomi, gwiyomi, gwiyomi)
3+3 = little cutie, little cutie, little cutie
(Sadeo hagi sado gwiyomi)
4+4 = little cutie
(Odeo hagi odo gwiyomi)
5+5 = little cutie
(Yukdeo hagi yugeun jjokjjokjjokjjokjjokjjok gwiyomi nan gwiyomi)
6+6 = Kiss*6, little cutie,I'm little cutie

(Hannun paljima nuga mworaedo naekkeo - naekkeo)
Don't look at who or anywhere, you're mind (you're mind)
(Dareun yeojarang maldo seokkjima nan nikkeo - nan nikkeo)
Don't chat with other girl, I'm yours (I'm yours)
(saekki songarak geolgo kkok yaksokhaejwoyo)
Tick fingers and promise well
(jeoldae na honja naebeoryeo duji ankiro)
Promise won't leave me alone

Suka tak dengan lirik lagu ni...? kalau suka, boleh share dengan kawan-kawan yang lain...

Wednesday, April 24, 2013

Sejarah Loghat dan Dialek Negeri Perak


Dialek Negeri Perak



Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang begitu unik dari segi bahasa dialeknya. Hal ini kerana negeri bertuah ini mempunyai lima jenis dialek yang utama iaitu dialek Utara, dialek Patani, dialek Lembah Sungai Perak, dialek Kepulauan Indonesia dan dialek Selatan Semenanjung.

Sebagai sebuah negeri yang bersempadan dengan negeri lain, Perak juga tidak 'lari' daripada menerima pengaruh dialek lain. Misalnya penduduk Perak di bahagian utara (Kerian dan Larut Matang) seperti Bagan Serai, Taiping dan Parit Buntar sehingga Pantai Remis lebih terpengaruh dengan dialek Kedah. Lagipun menurut sejarah, sebahagian besar penduduk di kawasan berasal dari Kedah yang berhijrah akibat ancaman Siam pada tahun 1821.

Di bahagian Hulu Perak iaitu Kroh, Grik dan Lenggong, masyarakat di kawasan ini banyak menggunakan dialek Patani. Ia menyebabkan dialeknya seakan-akan serupa dengan dialek Kelantan. Sepertimana di utara, penduduk Hulu Perak juga kebanyakannya terdiri daripada penduduk dari Patani dan Reman.

Seterusnya di daerah Kinta, dialeknya turut berbeza mengikut masyarakatnya juga. Majoriti penduduk di sini datang dari kepulauan Indonesia seperti Rawa, Mandheling, Banjar dan banyak lagi.

Manakala di selatan iaitu daerah Batang Padang sehingga Bagan Datoh, dialeknya pula lebih dipengaruhi dengan dialek selatan Semenanjung seperti Selangor dan Johor. Hal ini kerana masyarakatnya juga terdiri daripada golongan pendatang dari Selangor (Jawa dan Bugis) semasa Perang Saudara di Selangor sekitar 1860an-70an.

Kemudian di bahagian Perak Tengah seperti di Kuala Kangsar, Sayong, Karai, Bota, Parit, Lambor Kg. Gajah dan Tg.Blanja, dialeknya agak berbeza iaitu Dialek Lembah Sungai Perak dengan hujung perkataan diubah kepada bunyi 'e pepet'; contohnya perkataan "tiga" disebut "tige".

Dialek ini yang dikatakan asli ialah dialek Negeri Perak. Bagaimanapun, dialek lain juga masih digunakan di kawasan ini. Perak sahaja yang sinonim dengan ayat prosa lama, iaitu "ate" (hatta);

Contoh ayat: Ate, ngape kamu idak ke sane? (Hatta, mengapa kamu tidak ke sana?)

Kata ganti nama pertama adalah seperti berikut: Saya/Aku disebut teman/keme Awak/Kamu disebut mike/ kome

Contoh ayat:

1. Teman maghah beno dengan mike ni! (Saya marah sangat terhadap awak ini!)

2. Kome udah makan? (Awak/ Kamu sudah makan?)

Ada beberapa frasa yang kerap digunakan dalam dialek Perak. Antaranya:

a. Apa dihajapnya Maksud: Apa dibuatnya (frasa sinonim-buat peghojang ape). Contoh ayat: Apa dihajapnya MB Peghak pegi ke London tu? (Apa dibuatnya MB Perak ke London itu?)

b. Tengin bebeno Maksud: terlalu bodoh. Contoh ayat: Tengin bebeno deme yang nak meraghampeh kuase di Somalia tu. (Terlalu bodoh mereka yang cuba merampas kuasa di Somalia itu)

c. Joghennye Maksud: gedik/ miang (perangai gatal). Contoh ayat: Bebudak pompuan la ni, nampak beno joghennye. (Remaja perempuan hari ini, ramai yang berperangai gatal)

d. Bior dilantaknye Maksud: biarkan apa yang berlaku. Contoh ayat: Bior dilantaknye budak tu, degey bebeno. (Biarkan apa yang berlaku terhadap budak itu, dia degil sangat)

Tuesday, April 23, 2013

Dr Muta Harah Zakaria - Benarkah Rumpai Laut Kaya dengan Kolagen?

Benarkah rumpai laut kaya dengan kolagen?. Itu satu persoalan kepada aku sebab sebelum ni aku pernah terbaca ada penulis (peniaga produk kecantikan) yang mengatakan bahawa "rumpai laut rendah kolagen". Adakah itu benar...?

Kali ini aku nak kongsi dengan korang semua mengenai rahsia rumpai laut. Pada aku isu ini sangat menarik sebab ramai wanita sekarang mengambil "produk" ini sebagai makanan tambahan untuk menjaga kecantikan..

Apa itu rumpai laut...? kalau nak tau, teruskan mengiring bersama ketam batu.


Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan.
Khazanah laut pelbagai warna seperti hijau, merah, hijau biru dan perang ini boleh dimakan secara mentah, dimasak atau dikeringkan.


Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.

Penggunaan ibu kolegen spesis Eucheuma Cottonii dan Euchuema Kappayachus atau nama tempatannya agar-agar kini dipelbagaikan fungsinya dalam bidang kecantikan dan boleh didapati daripada rumpai mentah, sabun dan pil melalui ekstrak rumpai.

Harga rumpai laut yang banyak tumbuh melatari laut di Sabah ini begitu murah dan mempunyai gred tersendiri. Dijual dengan harga serendah RM5 untuk seratus gram gred AA sehingga mencecah RM20 untuk kuantiti yang sama bagi gred AAA. Produk berasaskan rumpai laut ini juga banyak dipasarkan menerusi jualan langsung dengan pelbagai jenama.

Khasiatnya dikatakan lebih berkali ganda daripada menghirup sup ikan Yu atau sup sarang burung yang harganya lebih mahal membuatkan ramai wanita memilih tumbuhan dasar laut itu.


Menjamin kecantikan?

Persoalannya adakah rumpai laut jenis itu mengandungi kolegen untuk mampu menjadi ejen anti penuaan, menambah keserian, keanjalan dan kemulusan kulit? Adakah ia selamat digunakan? Adakah ia bebas daripada keracunan dan mendatangkan kesan jangka panjang kepada kulit dan kesihatan kepada pengamalnya?

Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Muta Harah Zakaria, ketika diminta mengulas mengenai fenomena pengambilan rumpai laut, menegaskan makanan atau minuman daripada rumpai laut tidak membahayakan kerana ia mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein tinggi yang membantu mengekalkan kolagen di dalam kulit.

Katanya, bahan berkenaan digunakan secara meluas dalam pembuatan kosmetik dan digunakan banyak kepentingannya dalam bidang perubatan.

“Rumpai laut seperti Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinaria sudah digunakan sejak berkurun dulu untuk mengubati beberapa penyakit seperti goiter, cirit-birit dan masalah usus kecil.

“Beberapa spesies rumpai laut dilaporkan mempunyai nilai antibiotik, antibakteria, antikulat, antitumor, vermifuj dan ubat cacing. Sesetengah spesies pula diketahui boleh merendahkan tekanan darah dan aras kolesterol plasma,” katanya dihubungi, baru-baru ini.

Pelbagai khasiat

Ditanya benarkan rumpai laut mengandungi kolegen, beliau berkata sebenarnya kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai pelekat dalam badan.

Lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen memberikan struktur kepada badan, melindungi, menyokong tisu lembut dan menyambungkannya dengan tulang badan.

“Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta-karotein dan protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit. Misalnya rumpai laut hijau Caulerpa racemosa mengandungi protein yang tinggi iaitu 11.16 peratus berbanding kubis bunga 1.8 peratus saja,” katanya.

Rumpai laut jenis merah (misalnya Kappaphycus sp) mempunyai kepentingan ekonomi kerana ia adalah sumber bahan mentah untuk pengekstrakan karagenan iaitu kandungan bahan yang ada dalam rumpai laut yang dianggap sebagai kolagen oleh orang ramai.

Secara kimia, karagenan menyerupai agar-agar tetapi mempunyai kandungan abu yang tinggi dan memerlukan kepekatan tinggi untuk membentuk gel.
Jelasnya, kandungan karagenan dalam rumpai laut yang sudah di ekstrak membantu mengekalkan keanjalan kulit dan kerana orang ramai menganggap tumbuhan itu membekalkan kolegen.

Kajian lain

Berdasarkan pencarian hasil kajian terhadap kebaikan rumpai laut jelas menunjukkan bahan berkenaan mampu bertindak secara positif dalam membantu mencantikkan kulit, antaranya:

* Laman berita CBS New York, melaporkan kajian baru mereka menjelaskan rumpai laut mungkin benar-benar berfungsi membantu masalah kesihatan dan memperbaiki kulit. Beberapa pandangan umum diambil daripada pakar yang menyarankan pengambilan rumpai laut organik dan bukan yang sudah dituai kerana dikhuatiri tidak selamat untuk dimakan.

* Kaunselor Kesihatan Holistik New York, Andre Beaman, berkata rumpai laut mengandungi vitamin dan mineral.

“Saya rasa ramai dan lebih ramai orang Amerika mula makan tumbuhan ini dan menemui khasiatnya. Rumpai jenis Nori antara yang tumbuhan laut paling popular dengan warna hijau dan hitam yang membalut sekeliling sushi,” katanya.

* Pemilik syarikat produk kecantikan rumpai laut New York, Lydia Sarfati, menerangkan kepada CBS rumpai laut mampu menyahtoksik dan mencantikkan kulit tanpa sebarang mudarat pada kulit.

* Pakar Dermatologi New York, Dr Jebra Jaliman, berkata rumpai laut yang melatari laut mempunyai vitamin yang sangat baik dan antioksidan yang mampu memerangi penyakit ekszema dan rosacea. Rumpai laut mempunyai banyak vitamin B, E dan C, selain mampu mengatasi masalah keradangan kulit.

* Pakar Bedah Ortopedik Pusat Perubatan Beth Israel, berkata barisan penyelidik berharap tumbuhan itu menjadi bahan berkesan menangani penyakit jantung dan arthritis.

“Kajian demi kajian dilakukan untuk melihat sama ada rumpai laut benar-benar memberi kesan yang boleh dibuktikan secara saintifik,” katanya.


INFO: Rumpai laut

* Industri rumpai laut dijangka berkembang apabila ia turut diperluaskan sebagai bahan tambahan dalam pelbagai produk kesihatan, farmaseutikal dan kosmetik.
* 150,000 tan metrik rumpai laut dikeluarkan dengan nilai RM1.45 bilion menjelang tahun 2020.
* Sabah pengeluar rumpai laut di Malaysia

INFO: Khasiat rumpai laut untuk kecantikan dan kesihatan

Kesihatan
• Terkenal sebagai ejen kecantikan kulit semula jadi.
• Menjadikan kulit lebih putih dan tegang.
• Melancarkan kitaran darah.
• Melicin dan menegangkan kulit dan payudara ( anti penuaan)
• Melambatkan proses penuaan dan melangsingkan badan.
• Mengekalkan kelembapan dan menganjalkan kulit.
• Menaikkan tekstur kulit dan seri wajah.
• Mengurangkan pembentukkan selulit.
• Menguatkan akar rambut dan menjadikan rambut sihat dan bersinar

Kecantikan
• Menambah baik dan meningkatkan tahap kesihatan sendi tulang.
• Meningkatkan nafsu dan daya keintiman
• Iodine yang ada di dalamnya mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah masalah Goiter iaitu kelenjar Thyroid membengkak.
• Membantu mengurangkan kolestorel dalam badan.
• Membantu dan merawat penyakit gastrik.

Keburukan
* Jangan mengambil terlalu berlebihan kerana rumpai laut mengandungi iodin yang boleh menyebabkan keracunan, sakit perut dan mampu menghakis perut. 

Korang suka dengan entri ini...? kalau korang suka korang boleh share atau tweet entri ini untuk dihebahkan kepada rakan-rakan yang lain...

Sunday, April 21, 2013

Hadis & Dalil Menahan Diri Daripada Perasaan Marah

 
Nabi bersabda, “Seorang hamba yang menahan marah kerana Allah Ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dengan keamanan dan keimanan”. (HR Abu Daud)


Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi saw., “Berilah saya nasihat”. Nabi bersabda, “Tahan marah”. Lelaki itu ulangi permintaannya dan Nabi tetap menjawab, “Tahan marah”. (HR. Bukhari).

Ada seorang lelaki menemui Nabi saw., “Wahai Rasulullah, ajarkanlah kepada saya ilmu yang dapat mendekatkan saya ke syurga dan dijauhkan dari neraka”. Nabi menjawab, “Jangan luahkan kemarahanmu." (HR. Thobrani, Shohih)

Nabi SAW bersabda : ”Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh orang yang marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu A'uzubillahi minasy syaitonir rajiim” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam." Nabi saw mengulangi ucapannya 3 kali. (HR Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Ssesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwuduk.” (HR Ahmad & Abu Daud)

Nabi s.a.w. bersabda, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." (HR Bukhari & Muslim) 

Allah berfirman, ”Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit, dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang. Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.” (Ali Imran : 133-134)

Nabi bersabda: "Sesiapa menahan kemarahan pada hal dia mampu melauhkannya, maka Allah kelak akan memanggilnya di hadapan makhluk-makhluk hingga Allah memperkenankan kepadanya untuk memilih bidadari yang dikehendakinya." (HR Abu Daud, At Tirmidzi, Ibnu Majah)

Wallahu 'alam.

Sejarah Lagenda Bujang Senang




Bujang Senang : Monster of Sarawak River.!!

Bujang Senang adalah merupakan seekor buaya hitam putih gergasi yang telah hidup pada zamannya di sepanjang Sungai Batang Lupar di Sri Aman.

SERANGAN buaya terkini yang dilaporkan di Sarawak sejak akhir-akhir ini adalah satu tragedi yang biasa berlaku sejak 1940-an lagi. Sarawak bumi Kenyalang terkenal dengan keganasan buayanya sejak serangan yang terakhir Bujang Senang pada tahun 1992 yang menjadi lipatan sejarah Sarawak. Kemunculan buaya pemangsa terbaru, Bujang Seblak mengikut mentornya yang terdahulu iaitu Bujang Senang , Bujang Samarahan dan Bujang Tisak adalah seekor buaya gergasi hitam yang kini dipercayai masih menganas dan terus memburu mangsanya di sepanjang Sungai Seblak. Memandangkan tiada maklumat terperinci tentang Bujang Seblak ini maka ada lebih baiknya kita meneropong kembali sejarah kehebatan buaya terdahulu iaitu Bujang Senang sekiranya kita ingin mengetahui lebih mendalam tentang Bujang Seblak yang kini telah membunuh 3 orang sejak tahun 2007.

Ketika Bujang Senang menganas dahulu, pelbagai versi cerita tentang buaya ini boleh kita dengar dari pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak pada masa itu. Itulah Bujang Senang. Saya masih ingat lagi pada tahun penghujung tahun 1984 sewaktu saya pada masa itu berumur 12 tahun bersama-sama dengan adik-beradik saya yang lain menaiki kapal Rajah Mas dari Kuching ke Sarikei kerana mengikuti ayah saya berpindah ke sana. Untuk makluman menaiki Rajah Mas ke Sarikei mengambil masa 12 jam untuk sampaii ke destinasi dengan bayaran RM10.00 setiap orang.

Apabila cerita tentang kehebatan Bujang Senang ini disampaikan kepada saya sedikit sebanyak telah mengerunkan jiwa saya kerana diberitahu buaya ini adalah sebesar sebuah bas express dan sekiranya ia mahu ia boleh melibas Rajah Mas dengan ekornya sahaja dan memakan semua isi di dalam Rajah Mas ketika itu. Ia juga digambarkan mempunyai sepasang mata yang besar dan merah menyala dan boleh dilihat 1 kilometer jauhnya.  Perjalanan yang jauh ini diselubungi dengan cerita Bujang Senang menyebabkan saya tidak dapat tidur lena sehinggalah saya sampai ke destinasi.

Lagenda Bujang Senang yang cuba dikuti kembali oleh Bujang Seblak mempunyai cerita yang pelbagai versi bagi mencantikkan kehebatannya. Terdapat mitologi Iban mengenai Bujang Senang. Ia dikatakan jelmaan dari seorang lelaki yang dikenali sebagai Simalungun, mengikut cerita dari orang-orang lama, Simalungun telah dibunuh dan seterusnya menjadi gergasi legenda buaya putih yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman Sarawak. Sejak dari hari itulah dia telah bersumpah bahawa dia akan mengganas semua keturunannya. Adalah dipercayai Simalungun aka Bujang Senang ini telah menganas sejak 50 tahun (1941-1992) sebelum menemui ajalnya.

Bujang Senang adalah dari spesis CROCODYLUS POROSUS berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakangnya. Adalah dipercayai lebih kurang 100 orang telah jatuh ditangannya sepanjang beliau bermaharajalela di Batang Lupar. Mangsa terakhirnya pada 22 mei 1992, seorang gadis Iban, Dayang anak Bayang dibunuh di Sungai Pelaban , satu lagi anak sungai Batang Lupar berhampiran Lingga di Bahagian Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang kemudiannya menjadi legenda telah ditembak mati oleh beberapa penembak tepat polis dan pemburu Iban selepas meburunya selama empat jam. Ia adalah buaya yang terbesar dan tertua yang pernah ditangkap di kawasan itu. Tulang rahang Bujang Senang telah disimpan di Jong Crocodile, Miri Sarawak.

Cerita awal tentang keganasan Bujang Senang ini bermula pada tahun 1982 sewaktu saya masih darjah 4 di SRB ST. Joseph Kuching apabila reptilia itu membaham Penghulu Bangan dari Rumah Panjang Pali di Sri Aman, Sarawak. Pada masa itu, Penghulu Bangan bersama abangnya Kebir sedang asyik menangguk udang di Sungai Sungga, cabang Batang Lupar sebelum dia terpijak sesuatu di dasar sungai.  Sepantas kilat, seekor buaya besar timbul dengan tubuh Penghulu Bangan di rahangnya. Kebir yang dari tadi memerhati dari tebing terus terjun dan memeluk ekor buaya itu demi menyelamatkan adiknya tetapi tidak berjaya. Ketika itulah Kebir menyedari buaya itu mempunyai belang putih di belakangnya. Warna itu pula kelihatan berkilau-kilauan.  Operasi mencari mayat Penghulu Bangan berterusan selama lima hari tetapi cuma bahagian atas mayat lelaki itu ditemui. Berikutan itu, polis Sarawak melancarkan Operasi Buaya Ganas di semua sungai besar di negeri itu seperti Batang Sadong, Samarahan, Lupar, Layar dan Saribas.  Operasi itu gagal dan Bujang Senang terus mengganas. Di antara tahun 1982 hingga 1991, sebanyak 13 orang menjadi mangsa kebuasan Bujang Senang walaupun mengikut cerita yang tidak dapat disahkan ia telah menganas sejak tahun 1941 lagi.

Kejatuhan Bujang Senang berlaku pada tahun 1992 dan saya masih ingat lagi ketika itu saya berada di Kuching untuk mencari peluang pekerjaan selepas menamatkan pengajian saya di Institut Teknologi Mara Cawangan Sarawak tanpa segulung Diploma. Pada Mei 1992, Bujang Senang menyambar mangsa ke-14, Dayang anak Bayang, 20, ketika gadis Iban itu menyeberang Sungai Pelaban, cabang Batang Lupar bersama ibunya.  Air Sungai Pelaban hanya sedalam separas pinggang tetapi sebaik sahaja ibunya naik ke tebing, tiba-tiba satu deburan kuat menyebabkan Dayang hilang daripada pandangan. Abang Dayang, Enie Bayang dengan bantuan rakan-rakannya segera membantu. Bersama mereka ialah si bomoh Mandau yang tidak henti-henti membaca mantera. Setelah lebih dua jam, Enie menjumpai mayat adiknya yang masih sempurna di celah-celah puing di salah satu lubuk sungai itu.

Dengan tidak disangka, kelibat buaya itu timbul semula di permukaan sungai. Dengan pantas bak pahlawan Iban di masa dulu, Mandau melemparkan lembing ke kepala buaya itu namun lembing itu patah. Beberapa das tembakan yang dilepaskan Enie pula gagal membunuhnya. Buaya itu lantas melarikan diri ke arah Batang Lupar namun terhalang oleh sebatang kayu besar yang merentangi mulut Sungai Pelaban.

Ketika itulah penduduk dari tiga buah kampung iaitu Pelaban, Suduku dan Lingga mengepungnya. Sebanyak 40 das tembakan dilepaskan dengan 22 daripadanya tepat di kepala haiwan itu. Semua tembakan itu menggunakan peluru paku sepanjang 10 sentimeter. Akhirnya buaya itu menemui ajal dan bangkainya kemudian diangkut ke rumah panjang yang mengambil masa empat jam perjalanan dari tempat kejadian. Pada ketika itulah barulah disedari di belakang buaya itu ada garisan putih. Penduduk percaya itulah Bujang Senang yang diperkatakan orang selama ini. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Kampung Lingga, Awang Mahda Pengiran Mat mengesahkan buaya yang dibunuh itu seekor buaya jantan. Katanya, orang yang membelah perut buaya itu menemui tulang dan rambut yang tidak dapat dipastikan kepunyaan manusia atau binatang, selain timah dan tali nilon.  Buaya itu berukuran 5.46 meter (18.5 kaki) panjang dengan lilitan perut 2.12 meter (6.9 kaki). Berita kematian Bujang Senang itu mengejutkan rakyat Malaysia selepas ia disiarkan akhbar-akhbar arus perdana. Malangnya bangkai buaya itu dibuang ke sungai begitu sahaja. Hanya beberapa hari kemudian kepalanya dikerat dan dibawa pulang oleh seorang lelaki, Johnson Jong untuk tatapan umum di ladang buayanya di Siburan, Sarawak. Johnson, 65, percaya buaya itu adalah Bujang Senang seperti yang didakwa penduduk.  Itulah kali pertama saya berjumpa dengan buaya yang mempunyai jalur putih di belakangnya, imbau Johnson yang membuka Ladang Buaya Jong sejak tahun 1963 lagi. Katanya kepada Jurnal, selepas kejadian 1992 itu, tiada lagi serangan oleh buaya berjalur putih berlaku di sekitar Batang Lupar. Sementara itu, Kurator Sejarah Zoologi dan Semula Jadi Muzium Sarawak, Dr. Charles Leh berkata, sungai-sungai di Sarawak sememangnya terdapat banyak sarang buaya.

Mengikut sejarah, buaya sudah wujud sejak lebih 160 juta tahun lalu. Jadi kewujudan banyak buaya besar di Sarawak adalah perkara biasa. Jalur putih di belakang buaya yang didakwa Bujang Senang itu berkemungkinan seekor buaya separa albino, ujarnya.  Walau apa pun, masih ada lagi orang yang mempertikaikan kesahihan Bujang Senang sudah mati. Malah terdapat masyarakat Iban di sepanjang Batang Lupar percaya Bujang Senang masih hidup malah bersaiz lebih besar. Oleh kerana itulah jika pukat mereka terjerat anak buaya, mereka akan melepaskannya sambil memohon maaf.
Ini semua bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku pada mereka dan keturunan mereka..

Senarai Tugas Pegawai Antidadah Gred S41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Agensi Antidadah Kebangsaan

Jadual Gaji:

P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23
Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T1 RM1688.89];
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • [Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3 RM1869.79]; dan
  • Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu termasuk lulus Ujian Lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Antidadah adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Antidadah Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


Deskripsi Tugas:


Membantu memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan.

sumber :  JobsMalaysia

Senarai Tugas Juru X-Ray Gred U41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan

Jadual Gaji:
P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 – P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 – P3T24 RM5317.92


Syarat Lantikan:


  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada insitusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    [Gaji permulaan ialah pada gred U41: P1T1 RM1999.19]; dan
  • lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
  • Menyemak dan meneliti permohonan pemeriksaan radiografi dan menentukan projeksi.
  • Memberi penerangan yang jelas kepada pesakit tentang pemeriksaan dan persediaan yang diperlukan mengikut arahan yang ditetapkan.

2. Fungsi Penjagaan Peralatan dan Kawalan Mutu

  • Mengurangkan pengetahuan elektronik basik dan fizik dalam tugas radiografi seperti membuat trouble-shooting jika perlu sebelum melaporkan kerosakan.
  • Menjalankan ujian peralatan mengikut jadual yang ditetapkan.

3. Fungsi Pengurusan
  • Memantau dan memastikan pengekalan mutu perkhidmatan radiologi yang tinggi.

4. Latihan dan Penyelidikan

  • Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelatih Juru X-Ray semasa penempatan klinikal.
  • Menyelaras aktiviti penyelidikan yang dikenalpasti dengan menyediakan bahan literature review dan menyediakan metodologi penyelidikan dan informasi berkaitan teknik penyelidikan.

5. Tugas-Tugas Sokongan
  • Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan ketua jabatan dan pegawai atasan.

Senarai Tugas Pegawai Penerangan Gred S41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1688.89 – P1T27 RM4638.89
P2T1 RM1783.51 – P2T27 RM4917.16
P3T1 RM1882.31 – P3T27 RM5219.23

Syarat Lantikan:     
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T1];atau
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3];atau
Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3];atau
Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

[Gaji permulaan ialah pada Gred S41: P1T3]; dan
lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
[Keutamaan diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Komunikasi Massa, Sains Kemasyarakatan, Sains Sosial dan Pembangunan Sumber Manusia bergantung kepada keperluan agensi].

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Penerangan adalah layak dipertimbang untuk KPSL ke jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; atau
lulus Peperiksaan Khas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:     
Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Informasi ini berdasarkan daripada SPA.
Di samping maklumat di atas, saya berikan sedikit informasi lagi berkenaan jawatan Pegawai Penerangan seperti yang tertera di bawah:

1.Mengetahui konsep-konsep pelaksanaan rancangan atau kempen jabatan di peringkat negeri dan daerah.
2.Mengetahui dan mempraktikkan cara-cara mengumpul,merumus, menganalisa Laporan Khas, reaksi dan pendapat umum.
3.Merancang dan menyelia kempen Geraksaraf.Teknik-teknik perancangan      dan cara mengumpul data  dan  membuat analisis kedudukan kawasan.

Saranan saya untuk anda,buatlah persediaan yang terbaik jika anda mahu kejayaan dalam temuduga kerja kerajaan Pegawai Belia Dan Sukan yang bakal anda hadiri.
Untuk menghadiri temuduga, sememangnya kita perlu membuat persiapan rapi yang awal. Dengan membuat persiapan awal ianya membantu kita untuk menjadi lebih tenang, berkeyakinan.
Tips saya, untuk membuat persiapan beberapa pendekatan boleh diambil:
1. Cari bahan-bahan rujukan temuduga.Salah satunya Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
2. Tanyakan pengalaman rakan-rakan yang pernah hadiri temuduga kerja tersebut.
3. Buat carian maklumat di Google berkenaan jawatan tersebut.
4. Dan boleh juga layari perkongsian di blog saya di kerja-kerajaan.com/blog
5. Berbincang di ruangan komen di post ini.

Bahan Rujukan
Jika anda rajin, anda boleh menambah bahan pembacaan anda dengan membaca bahan-bahan rujukan berikut yang boleh didapati di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.

1.Perucapan umum oleh Gary T. hunt – DBP(Terjemahan : Asiah Surji & Mohd Nordin Salji)
2.The Art of Public Speaking (Stephen E. Lucas)Fifth Edition
3.Perhubungan Awam oleh Hamdan Adnan – BIROTEKS Institut Teknologi MARA, 1987
4.Perhubungan Awam oleh Mohd Hamdan Haji Adnan – DBP 1988
5.Komunikasi, Md. Salleh Kassim – DBP 1985
6.Komunikasi, Samsudin A. Rahim – DBP 1993
7.Komunikasi, Gary T. hunt –DBP 1990
8.Teknik Perhubungan Awam oleh Mohd. Hamdan Adnan – DBP
9.Perhubungan Awam dan Media oleh Adzman Abbas  – Longman Malaysia
10.Penyuntingan Kopi oleh Judith Butcher – DBP
11.Kewartawanan Teori dan Praktis oleh Mohd Salleh Kassim – DBP
12.Empat Teori Akhbar oleh Fred S. Siebert, Theodore Peterson dan Wilbur Schramm – DBP

Friday, April 19, 2013

Adab Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga


Adab berpakaian ketika sesi temuduga ~ LELAKI

  1. Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak "striking" dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, caa berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.
  2. Memakai kasut bertumit dan stokin berwarna gelap.
  3. Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.
  4. Tali pinggang yang dipakai mestilah sama warna dengan kasut yang dipakai. 
  5. Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam,klip tali leher dan "cuff-link". Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.

Adab berpakaian ketika sesi temuduga ~ PEREMPUAN

  1. Memakai pakaian yang sepadan (matching).
  2. Tidak memakai pakaian berwarna terang atau "striking".
  3. Tidak berpakaian seperti lelaki.
  4. Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
  5. Memakai kasut bertumit.
  6. Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat. 
  7. Jangan mewarnakan rambutdengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.
  8. Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.
  9. Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan.