Friday, April 19, 2013

Adab Berpakaian Ketika Menghadiri Temuduga


Adab berpakaian ketika sesi temuduga ~ LELAKI

  1. Digalakkan memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah (tetapi tidak "striking" dan seluar slack berwarna gelap dan bertali leher. Walaubagaimanapun, caa berpakaian semasa temuduga ini boleh disesuaikan mengikut etika di tempat kerja tersebut. Pemakaian seluar jeans, baju T-Shirt berleher bulat tidak dibenarkan.
  2. Memakai kasut bertumit dan stokin berwarna gelap.
  3. Berambut pendek dan kemas, sekiranya berjanggut hendaklah dipotong rapi.
  4. Tali pinggang yang dipakai mestilah sama warna dengan kasut yang dipakai. 
  5. Aksesori yang dibenarkan bagi lelaki adalah jam,klip tali leher dan "cuff-link". Pemakaian anting-anting, bertindik dan bertatoo tidak dibenarkan sama sekali.

Adab berpakaian ketika sesi temuduga ~ PEREMPUAN

  1. Memakai pakaian yang sepadan (matching).
  2. Tidak memakai pakaian berwarna terang atau "striking".
  3. Tidak berpakaian seperti lelaki.
  4. Tidak memakai pakaian yang menjolok mata.
  5. Memakai kasut bertumit.
  6. Bagi yang tidak bertudung, rambut disisir rapi atau diikat. 
  7. Jangan mewarnakan rambutdengan menggunakan warna-warna yang menyakitkan mata seperti merah, biru, ungu dan berwarna-warni.
  8. Jangan memakai aksesori yang berlebihan terutamanya barang kemas.
  9. Tidak mengenakan solekan dan wangian yang berlebihan.