Tuesday, April 16, 2013

Tip dan Panduan Sebelum Menghadiri Temuduga


Persediaan Awal


1 - Selidik profil syarikat/jabatan, jawatan atau bidang tugas yang dipohon.


Ia merupakan soalan-soalan asas yang lazim disoal oleh panel temuduga. Kegagalan menjawab menunjukkan seoalah-olah calon tidak membuat persediaan yang rapi.

2 - Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja.

Sesetengah majikan di sektor swasta mempunyai etika berpakaian yang berbeza dengan sektor awam. Oleh itu, calon perlu memakai pakaian yang sesuai dengan etika berpakaian di tempat kerja tersebut untuk menghadiri temuduga.

3 - Ulangkaji hardskill.

Ini juga merupakan soalan yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendaptkan jawatan tersebut.

4 - Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya.

Supaya calon dapat berlatih menggunakan nada suara, kelajuan dan intonasi yang sesuai semasa temuduga. Calon boleh meminta bantuan rakan untuk memberi maklumbalas. Perlu diingat, calon hendaklah berlatih menjawab atau bukan menghafal jawapan.

5 - Kenalpasti lokasi temuduga

Untuk memastikan calon tiba ke lokasi temuduga pada masa yang ditetapkan. Sebaik-baiknya calon tiba 30 minit lebih awal dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.

6 - Sediakan sijil-sijil asal beserta salinannya dan resume

7 - Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan.

8 - Cuba dapatkan nama/gelaran panel temuduga bagi memastikan calon tidak tersilap menyebut gelaran panel temuduga.