Tuesday, May 14, 2013

Kepentingan Pengetahuan Seks Sebelum Kahwin

 
• Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial mereka.

• Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya tidak dirancang.

Siapakah yang berisiko?

• Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
• Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
• Kurang berminat dengan sekolah
• Sejarah penderaan fizikal atau seksual
• Kurang pengawasan ibu bapa

Apakah kesan-kesannya?

• Dari aspek perubatan:

o Kehamilan yang tidak diingini
o Pengguguran anak yang tidak selamat
o Pembuangan bayi
o Jangkitan seksual

• Dari aspek psikologi dan sosial:

o Masalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)
o Mengalami gangguan emosi
o Tiada keharmonian keluarga dan sosial
o Implikasi undang-undang

Bagaimana untuk mengelakkannya?

• Elakkan melakukan hubungan seks

o Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.

o Aanda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun pernah berkata "ya" sebelum ini. Lihat (Ketegasan).

o Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin

o Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.

• Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.

• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.

• Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.
Apakah implikasi undang-undang yang ada?

• Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.

• Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi undang-undang.

• Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini dikenali sebagai"Statutory rape" .