Sunday, June 16, 2013

Koleksi bidalan melayu




1.       Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak [jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]
2.       Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan]
3.       Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]
4.       Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]
5.       Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu]
6.       Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]
7.       Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap]
8.       Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian]
9.       Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain]
10.   Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]
11.   Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]
12.   Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]
13.   Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]
14.   Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang yang lemah]
15.   Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
16.   Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat]
17.   Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]
18.   Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]
19.   Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana membuat kejahatan]
20.   Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]
21.   Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]
22.   Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]
23.   Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]
24.   Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang baik  sahaja]
25.   Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan sekali-kali dicuba]
26.   Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]
27.   Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]
28.   Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]
29.   Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik mati meninggalkan nama yang baik]
30.   Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]
31.   Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]
32.   Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]
33.   Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]
34.   Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]
35.   Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun orang itu sudah meninggal dunia]
36.   Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan masyarakat]
37.   Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]
38.   Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan habis harta]
39.   Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara asing]
40.   Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]
41.   Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]
42.   Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]
43.   Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]
44.   Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]
45.   Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]
46.   Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum mendapat kerja yang baru]
47.   Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]
48.   Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]
49.   Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan kedudukan diri sendiri]
50.   Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]
51.   Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]
52.   Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]
53.   Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]
54.   Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]
55.   Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]
56.   Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]
57.   Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]
58.   Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]
59.   Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing, hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]
60.   Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]
61.   Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]
62.   Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya tercapai cita-cita]
63.   Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas berusaha]
64.   Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]
65.   Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]
66.   Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]
67.   Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang memuaskan]
68.   Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]
69.   Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan]
70.   Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]
71.   Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]
72.   Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]
73.   Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkan dengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]
74.   Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]
75.   Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang mahir dalam pekerjaannya]
76.   Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]
77.   Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia dapat melebihi kita]
78.   Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]
79.   Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]
80.   Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]