Friday, September 20, 2013

Apa itu cinta?

LOVE = HURT

Benarkah seperti apa yang aku highlight di atas...? Apa betul cinta itu menyakitkan...? Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Bagi Aku, cinta adalah suatu perasaan yang lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Cinta tidak boleh di lihat, tetapi cinta boleh dirasai oleh seseorang yang benar-benar memahami erti cinta.


Kenapa aku cakap cinta tidak boleh dilihat...? Ada sesetengah orang boleh menunjukkan bahawa dia mencintai seseorang, hakikatnya hatinya tidak pernah mencintai individu berkenaan. Cinta boleh dirasai melalui kata-kata dan juga tindakan seseorang terhadap inidividu.

Aku tidak mahu bermadah pujangga atau berpuitis untuk menjelaskan apa itu cinta. Entri kali ini adalah berbentuk akademik yang mana aku dapat hasil dari pembacaan buku-buku akademik.

Lebih daripada setengah daripada rakyat Amerika percaya kepada cinta pandang pertama dan hampir 3/4 percaya kepada cinta sejati ( Carlson, 2001 )

Pernyataan diatas tidak mengejutkan pada aku kerana kita sedia maklum budaya di barat jauh berbeza dengan budaya orang timur. Dan sebab itulah di barat mereka menghalalkan hubungan seks luar nikah. Namun, tidak bagi kita sebagai orang timur lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergama islam.

Apa itu cinta ?

Perasaan cinta wujud antara ibu bapa & anak anak, ianya juga wujud antara manusia yang sama atau berlawanan jantina. Cinta tidak semestinya berakhir dengan melakukan hubungan seksual. Ada cinta akan melibatkan hubungan seksual iaitu hubungan suami isteri, dan ada juga cinta tidak melibatkan hubungan seksual seperti cinta kasih seorang ibu atau bapa terhadap anak-anak mereka. Apabila cinta melibatkan aktiviti seksual, makanya akan wujud rasa cinta yang dinamakan "cinta romantik" aka "romantic love". Cinta romantik wujud antara pasangan heterosexual @ homosexual.


Roilo May, seorang ahli Psiko Analisis telah mendefinisikan cinta menggambarkan rasa kegembiraan seseorang.

Untuk pengetahuan anda semua, cinta melibatkan emosi. Oleh itu ianya merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada dalam emosi kita. emosi merupakan perasaan yang kuat. Emosi boleh timbul dalam diri tanpa disedari oleh mental atau rasional. Dalam erti kata lain, emosi yang wujud dalam diri kita boleh datang dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. sebagai contoh, kita mungkin pernah mendengar istilah cinta pandang pertama. Inilah yang dikatakan emosi yang datang dalam keadaan tidak sedar.

Cinta juga boleh memberikan motivasi kepada individu untuk bertindak dengan cara tertentu. inilah yang dikatakan tindak balas emosi atau rasa cinta tersebut. Sebagai contoh mudah untuk memahami situasi ini, aku bagi contoh seorang awek yang rajin akan memberi kesan kepada pakwe untuk menjadi rajin. Hal ini adalah disebabkan motivasi si pakwe telah meningkat disebabkan oleh komitmen yang telah diberikan oleh si awek.

OK.. Aku rasa cukup setakat ini untuk aku menjelaskan apa itu cinta. Kalau korang ada sebarang komen atau apa saja cadangan bolehlah komen di ruangan yang telah disediakan.

Terima kasih kerana sudi membaca blog coretan aku si blogger mengiring.....

Laughs As You Can #05


Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. 

Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...
 

Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"
 

Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".
 

Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

Wednesday, September 11, 2013

Doa Memohon Cinta Allah


Setiap manusia yang dilahirkan diatas muka bumi ini dikurniakan dengan suatu perasaan yang sangat istimewa, Mungkin tanpa kita sedar perasaan ini wujud sejak hari pertama kita dilahirkan. Selepas beberapa minggu kita dilahirkan di dunia ini, kita telah mula mengenali kedua ibu bapa kita. Dari situlah timbulnya rasa cinta kita yang pertama. 

Rasa cinta terhadap ibu bapa tidak menjamin kebahagiaan kita di dunia mahupun akhirat. Namun, Rasa cinta kita kepada kedua orang tua perlu ada supaya kita mendapat keredhaan Allah s.w.t agar hidup kita senantiasa diberkati oleh-Nya. 

Keredhaan Allah s.w.t terletak pada redhaan ibu bapa kita. Dalam erti kata mudah, apabila ibu bapa meredhai segala perbuatan kita, nescaya Allah s.w.t juga akan meredhai segala urusan kita.

Bermula dengan rasa cinta ini, maka lahirlah pelbagai perasaan dalam jiwa kita. Di sebabkan rasa cinta, kita menyayangi seseorang. Atas dasar cinta juga kita mungkin membenci seseorang. Hal ini sering terjadi apabila kita ditinggalkan oleh seseorang yang kita sayang.

Ok... Aku tidak mahu bermadah panjang, cuma aku menaip bila akal ku ligat memikirkan sesuatu mengenai cinta. Kali ini, aku ingin berkongsi ilmu dengan semua pembaca blog Mengiring Bersama Ketam Batu mengenai "doa memohon Cinta Allah". 

sumber gambar google

Cubalah amalkan doa memohon cinta Allah. Apabila Allah mencintai kita Insya Allah segala urusan kita akan dipermudahkan oleh-Nya.

Semoga rasa cinta kalian semakin bertambah...

WORDLESS WEDNESDAY #12


Adakah ini faktor utama mereka memberi alasan untuk tidak berkahwin...?

Tiada kata kata pembuka bicara, Hanya gambar yang berbicara.

Tuesday, September 10, 2013

Senarai Tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17


Info ni berkenaan Temuduga Pembantu Tadbir N17. Mungkin anda terlibat dan mungkin juga tak terlibat. Jika tak terlibat, bolehlah forwardkan info ini kepada rakan-rakan yang perlukannya.
Apakah tugas Pembantu Tadbir ni?
—————
Deskripsi Tugas:
—————
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Sokongan yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
————————–—-
Skop Fungsi dan Bidang Tugas:
————————–—
Aspek Perkeranian
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
e) Pengurusan Rekod.
f) Pengurusan Kewangan.
g) Pengurusan Fail.
Itulah serba ringkas berkenaan deskripsi tugas Pembantu Tadbir ni…
Bagaimana nak prepare untuk hadiri temuduga N17 ni? Jom ikuti sedikit tips..
1) Buat preparation awal. Kaji apakah tugas bagi pembantu tadbir ni. Anda boleh lihat di atas di bahagian skop fungsi/bidang tugas. Contoh kerjanya:

# urus punch kad staff di jabatan/unit
- siapa lewat, siapa MC 
# Jaga fail. Termasuk kena cari fail.
# Jaga cuti, gaji, kebajikan staff
# Menaip dan buat surat/dokumen
# Jadi POSMEN 
# Kadang-kadang jadi PA
# Jadi urusetia meeting, seminar ke, kursus..
# Jadi operator telefon..Berhubung dengan rakyat…
# Macam-macam lagi kerja Pembantu Tadbir ni yang penting-penting. Kata mudahnya, tiada pembantu tadbir, tak jalan juga operasi sesuatu jabatan/unit dalam sektor kerajaan.
2) Baca pekeliling bagi perkhidmatan awam. Ini bagus, dan berguna masa ditemuduga. Saya sering dimaklumkan ramai juga calon ditanya soalan berkenaan pekeliling ini. Contohnya, ditanya berkenaan tangga gaji pembantu tadbir, pasal cuti, pasal kenaikan pangkat. Tapi tak semestinya.. Ada juga yang tak ditanya pasal pekeliling ni. Bagi saya, tahu basic-basic sudah memadai:-)
3) Jangan fikir pasal nak menjawab soalan temuduga saja. Anda akan dinilai dari segi akhlak, keyakinan, adab, air muka dsb nya. Untuk jawatan pembantu tadbir ni, anda perlu kelihatan sentiasa ramah sentiasa senyum. Almaklumlah, tugas pembantu tadbir nanti akan membuatkan anda berjumpa dengan ramai orang. So, kenalah sentiasa ramah, senyum semasa temuduga supaya si panel penemuduga akan berkata “Dia ni peramah, dia ni suka senyum. Memang sesuai dengan jawatan ini”.
4) Jangan terkejut dengan soalan-soalan PELIK. Contohnya: ” Kenapa Suami Awak Nak Kat Awak Ye?” Apakebenda soalan macam tu? Maksud tersiratnya ” kenapa awak sesuai untuk jawatan N17 ini dan boleh membuatkan orang suka pada awak semasa menjalankan tugas?”. Haaa..Begitulah:-) Jawapannya mungkin ” Saya suka SENYUM kot tuan panel”. Soalan-soalan sebegini bukannya suka-suka ditanya. Ada maksud tersiratnya.
5) Jangan lupa study isu-isu semasa, dasar kerajaan, ekonomi dll. Baca je akhbar:-) Ni nak uji kita peka dengan hal sekeliling kita atau tidak. Dijangka ‘famous’ ditanya adalah berkenaan “1 MALAYSIA”. Study lah.

Monday, September 9, 2013

Laughs As You Can #04


Saya suka cara kamu berfikir...

Suatu hari di dalam kelas, cikgu tadika tanya soalan pada murid muridnya "Ada 3 ekor burung di atas pokok. Seekor ditembak pemburu, berapa ekor lagi tinggal di atas pokok?"

lalu seorang anak murid yg bernama Adik Mat angkat tangan dan jawab:

"Kosong cikgu".

"Kenapa kosong Mat?" tanya cikgu.

"Sebab 2 ekor lagi tu mesti laa terbang lari cikgu."kata Mat..

"Salah! Jawapannya tentulah 2 Mat, 3 tolak 1 sama dengan 2. Tapi cikgu suka cara kamu berfikir". 

maka tamat lah kisah pertama...

Setelah habis kelas, Cikgu pun membelanja Adik Mat makan aiskrim. lalu Adik Mat tetiba bertanya,

"Cikgu2, ada 3 orang perempuan makan aiskrim. Satu tu style telan semua sekaligus, satu lagi gigit sikit2, dan satu lagi jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis. Cuma satu je antara tiga tu yang dah kawin, yang mana satu cikgu?"

emmmeeerrrrr... .Tergamam cikgu dengan soalan Adik Mat. Cuba berlagak neutral cikgu menjawab, "Yang jilat keliling dulu dan kulum aiskrim sampai habis tu kot".

lalu adik mat menyampuk "Salah cikgu, sebenarnya yang pakai cincin kahwin laa yang dah kahwin cikgu. Tapi takpe, saya suka cara cikgu berfikir"


sumber gambar google

Saturday, September 7, 2013

Maimon Mutalib Meninggal Dunia - Al Fatihah

Innalillah wa innalillah hi rojiun... Takziah aku ucapkan kepada seluruh keluarga dan sedara mara kepada pelakon hebat Allahyarham Maimon Mutalib yang telah meninggal dunia pada jam 2.20 petang tadi.
 
Setiap yang hidup pasti akan mati. itu janji yang sudah pasti. tidak akan lewat atau cepat walau sesaat. Aku harap seluruh keluarga Allahyarham akan tabah menghadapi dugaan ini.

Somoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan para solehah...


 
Kenyataan akhbar Sinar:
KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Pelakon veteran drama dan filem Maimon Mutalib, 55, meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor akibat kanser payudara.

Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Abd Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Allahyarham meninggal dunia di rumahnya pada 2.20 petang ini setelah setahun mengidap penyakit itu," katanya.

Maimon yang dilaporkan mengidap kanser tahap keempat tahun lepas, meninggalkan lima orang anak yang berumur antara 16 hingga 32 tahun.

Jenazah beliau akan dikebumikan di kampung halamannya di Tangkak, Johor.

Antara drama dan filem yang pernah dilakonkan Allahyarham ialah Aku Akan Muncul, Budak Pailang, Chantek, CUCI, Al-Hijab, Qabil Khushry Qabil Igam serta Appalam. - Bernama

Senarai Tugas Jurutera (Awam) Gred J41


 Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan

Jadual Gaji:
P1T1 RM2088.25 – P1T23 RM4721.03
P2T1 RM2184.26 – P2T23 RM5015.88
P3T1 RM2284.45 – P3T23 RM5306.79 


Syarat Lantikan:
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Teknik (Awam) adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Jurutera (Awam) Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Jurutera Malaysia/Institut Jurutera Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas:

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

sumber gambar google

Friday, September 6, 2013

Cara Memutihkan Gigi

Apa korang rasa kalau gigi korang kuning? Mesti korang rasa malu, betul tak..? Lebih - lebih lagi kalau gigi korang penuh dengan "butter". Eee.. Yerk..! Geli aku tengok kalau ada minah bergigi kuning.

 Ok.. tak mau cakap panjang tentang gigi kuning. Aku cuma nak share petua atau cara memutihkan gigi yang kuning.
 
Untuk makluman korang, gigi kuning bukanlah semata-mata disebabkan korang tak gosok gigi. Tetapi disebabkan faktor seperti merokok, makanan dan minuman.
 

Teruskan mengiring dalam blog ini dan tengok apa petua yang aku sarankan pada korang semua. Korang boleh cuba try test dan uji petua mana paling berkesan.

1. Arang Kayu
Sebenarnya arang kayu juga sangat bagus untuk membersihkan kesan kuning pada gigi, namun bahan ini berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, anda sebaiknya tidak mencuba cara ini.

2. Lemon dan Garam
Anda boleh mendapatkan gigi putih cemerlang dengan menggunakan ubat gigi sendiri yang dihasilkan dari beberapa titisan jus lemon yang telah dicampur dengan sejumput garam dapur. Sapukan ia ke gigi dan gosok secara lembut seperti ketika anda sedang memberus gigi. Ini akan membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.

3. Kulit Limau
Gosok gigi dengan menggunakan bahagian dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut, yang akan membantu menghilangkan kesan karat pada gigi tanpa membahayakan lapisan enamel gigi.

4. Daun Kari
Ambil enam helai daun kari, lalu dijemur di bawah terik matahari hingga kering dan rangup. Kisar keenam helai daun kari tersebut, setelah itu tambah kulit limau serbuk. Gosok campuran ini ke gigi setiap hari, maka nescaya dalam dua minggu anda akan mendapatkan gigi yang putih semulajadi.


Petua yang aku sarankan ini mungkin mengambil masa yang lama untuk betul betul berkesan. Jadi korang mesti amalkan dan jadikan ianya rutin harian. 

Kalau korang rajin, Insya Allah gigi korang akan putih macam gigi baby yang baru tumbuh gigi..

Suka dengan entri ini...? silakan SHARE atau Like.. TQ..