Friday, September 20, 2013

Apa itu cinta?

LOVE = HURT

Benarkah seperti apa yang aku highlight di atas...? Apa betul cinta itu menyakitkan...? Jawapannya ada pada diri anda sendiri. Bagi Aku, cinta adalah suatu perasaan yang lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Cinta tidak boleh di lihat, tetapi cinta boleh dirasai oleh seseorang yang benar-benar memahami erti cinta.


Kenapa aku cakap cinta tidak boleh dilihat...? Ada sesetengah orang boleh menunjukkan bahawa dia mencintai seseorang, hakikatnya hatinya tidak pernah mencintai individu berkenaan. Cinta boleh dirasai melalui kata-kata dan juga tindakan seseorang terhadap inidividu.

Aku tidak mahu bermadah pujangga atau berpuitis untuk menjelaskan apa itu cinta. Entri kali ini adalah berbentuk akademik yang mana aku dapat hasil dari pembacaan buku-buku akademik.

Lebih daripada setengah daripada rakyat Amerika percaya kepada cinta pandang pertama dan hampir 3/4 percaya kepada cinta sejati ( Carlson, 2001 )

Pernyataan diatas tidak mengejutkan pada aku kerana kita sedia maklum budaya di barat jauh berbeza dengan budaya orang timur. Dan sebab itulah di barat mereka menghalalkan hubungan seks luar nikah. Namun, tidak bagi kita sebagai orang timur lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergama islam.

Apa itu cinta ?

Perasaan cinta wujud antara ibu bapa & anak anak, ianya juga wujud antara manusia yang sama atau berlawanan jantina. Cinta tidak semestinya berakhir dengan melakukan hubungan seksual. Ada cinta akan melibatkan hubungan seksual iaitu hubungan suami isteri, dan ada juga cinta tidak melibatkan hubungan seksual seperti cinta kasih seorang ibu atau bapa terhadap anak-anak mereka. Apabila cinta melibatkan aktiviti seksual, makanya akan wujud rasa cinta yang dinamakan "cinta romantik" aka "romantic love". Cinta romantik wujud antara pasangan heterosexual @ homosexual.


Roilo May, seorang ahli Psiko Analisis telah mendefinisikan cinta menggambarkan rasa kegembiraan seseorang.

Untuk pengetahuan anda semua, cinta melibatkan emosi. Oleh itu ianya merupakan salah satu elemen penting yang perlu ada dalam emosi kita. emosi merupakan perasaan yang kuat. Emosi boleh timbul dalam diri tanpa disedari oleh mental atau rasional. Dalam erti kata lain, emosi yang wujud dalam diri kita boleh datang dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. sebagai contoh, kita mungkin pernah mendengar istilah cinta pandang pertama. Inilah yang dikatakan emosi yang datang dalam keadaan tidak sedar.

Cinta juga boleh memberikan motivasi kepada individu untuk bertindak dengan cara tertentu. inilah yang dikatakan tindak balas emosi atau rasa cinta tersebut. Sebagai contoh mudah untuk memahami situasi ini, aku bagi contoh seorang awek yang rajin akan memberi kesan kepada pakwe untuk menjadi rajin. Hal ini adalah disebabkan motivasi si pakwe telah meningkat disebabkan oleh komitmen yang telah diberikan oleh si awek.

OK.. Aku rasa cukup setakat ini untuk aku menjelaskan apa itu cinta. Kalau korang ada sebarang komen atau apa saja cadangan bolehlah komen di ruangan yang telah disediakan.

Terima kasih kerana sudi membaca blog coretan aku si blogger mengiring.....