Friday, April 29, 2011

Blogger is the freedom of speech

Freedom of Speech

entri kali ni aku nak cakap tentang "blogger is the freedom of speech".. ops... sebelum tu aku nak ucapkan salam penyayang kepada yang singgah dan membaca entri aku. korang semua apa khabar? aku doakan korang sentiasa sihat dan hepi selalu hendaknya. kalau yang x brapa nak sihat tu cepat-cepat la ambil tindakan yang sepatutnya. mencegak itu lebih baik dari mengubati.. believe it!!!

aku yakin ramai di antara kamu yang suka berblogger.. ada yang berblogger sebab suka-suka, ada juga yang berblogger sebab nak luahkan apa di pendam dalam hati. ada juga yang berblogger sebab nak jadi "glemer", ada juga yang berblogger sebab nak kumpul maklumat (copy & paste).kenapa saya cakap mcm tu? this is because "blogger is the freedom of speech" banyak alasan dan sebab kenapa kamu berblogger. apapun alasan kamu semua kita adalah sama.. kita adalah blogger.

apa itu "blogger' ? istilah "blogger" diambil daripada bahasa asal itu "BLOG". macam mana terwujudnya perkataan "blogger" aku pun tak pasti, tapi yang pasti kita meminjam daripda bahasa inggeris untuk mewujudkan suatu perkataan baru. sememangnya diakui bahawa bahasa melayu sejak dari dulu lagi meminjam daripada bahasa asing untuk mewujudkan perkataan baru. kamu semua tahu tak tentang ini? kalau tak tahu, rujuk ngan guru bahasa melayu anda k.

kenapa aku cakap  "blogger is the freedom of speech" ?  salah satu sebabnya "Blogger is the freedom of speech" adalah tajuk entri aku kali ini. sebenarnya aku sendiri tak tau kenapa aku pilih tajuk ini. tapi yang pasti bunyinye sedap dan menarik. lebih menarik dari gulai tempoyak atau kari kepala ikan di restoran mamak. kalau di melayukan bunyinye lebih kurang "blogger adalah kebebasan bercakap atau berucap". so korang paham kan maksud tajuk entri aku kali ini. 

kamu semua setuju x kalau aku cakap "Blogger is the freedom of speech"? kalau setuju angkat tangan mcm usop welcha "tredmark" yang sangat popular ketika ini.. rasanya ramai yang setuju dengan aku. Ok, sekarang aku nak jelaskan kenapa aku cakap "Blogger is the freedom of speech".



1 - Blogger meluahkan apa yang dirasai

kebanyakkan blogger akan meluahkan isi hati mereka di dalam blog. kalau dulu-dulu kita menulis sesuatu kenangan yang tak dapat dilupakan di dalam DIARI. tapi kini blog adalag diari elektronik yang mengikut kemajuan peredaran zaman. ada jugak blogger yang menjadikan blog sebagai tempat untuk menceritakan kisah kehidupan atau peribadi mereka. apa yang aku nak jelaskan adalah blogger mencipta blog mengikut keselesaan masing-masing. tapi ada juga orang yang menulis blog untuk mengata atau mengumpat atau memburuk-burukkan orang lain. ermmmm..... yang ni aku no komen sebab dosa korang tanggung sendiri k. kubur kita lain, tapi destinasi kita sama. fikir-fikirkan.....

2 - Blogger memberi pandangan dan komen baru

setiap entri yang kamu semua keluarkan, pasti ada yang komen... ini menunjukkan bahawa pandangan atau cerita kamu itu mendapat perhatian atau galakkan dari blogger-blogger lain. kalau blogger lain singgah di blog kamu, tetapi mereka tidak memberi sebarang komen, itu tidak bermakna mereka tidak suka dengan entri kamu. anggap sajalah internet down masa dorang singgah di blog kamu.. jangan terasa hati jika mereka tak komen, sebaliknya jadikan ia sebagai satu pendorang untuk buat entri yang lebih menarik..

3 - Blogger mengutarakan isu yang dirasakan perlu


kalau ada isu terbaru atau isu semasa yang panas, pasti ramai blogger yang menjadikan tajuk isu itu sebagai entri terbaru blog mereka. ini bermakna blogger-blogger yang ada di malaysia ini prihatin dengan perkembangan isu-isu semasa. tindakan itu bagus kerana setiap isu yang di utarakan mendapatan liputan luas dan senang di akses kepada pembaca yang lain. ia sangat membantu kita untuk mengetahui banyak perkara.

4 - Blogger menjadikan BLOG sebagai medium perantaraan

sedar atau tidak, "berblog" membolehkan kita mengenali ramai orang selain "berfacebook". dengan adanya geng-geng blogger ia akan mewujudkan satu komuniti blogger di negara kita. kita boleh brinteraksi dengan blogger yang datang dari pelbagai kawasan dan mereka mempunyai pelbagai pengalaman yang kita boleh kongsikan bersama. inilah yang dikatakan blog sebagai medium perantaraan. apa yang di maksudkan dengan mediuam perantaraan ialah blog menjadi satu alat untuk kita berinteraksi dan menambah kenalan.. mungkin juga kamu akan bertemu jodoh disebabkan "berblog".

5 - Blogger meningkatkan kemahiran menaip, berkarya dan sebagainya

aku percaya kemahiran menaip dan berkarya kamu semua akan meningkat sekiranya kamu semua telah lama "berblog". kalau kamu tak percaya, tengok post entri kamu yang pertama.. ntah apa yang kamu merepek di sana.. kamu jak yang tau. hahaha.. aku pun dulu masa mula-mula buat blog, aku merepek je.. aku tak tau apa yang aku merepek.. aku sendiri x paham.. tapi lama-lama aku semakin mahir untuk "berblog". kamu pun mcm tu jugak kan? kalau setuju angkat tangan macam usop welcha.

ini adalah antara kenapa aku cakap "Blogger is the freedom of speech". sebenarnya banyak lagi sebab kenapa aku cakap blog sebagai satu tempat pengucapan yang bebas... kita punya hak untuk bersuara, tapi jangan lupa akan hal-hal sensetiviti perkauman, agama dan bangsa. kerana sesetiviti ini akan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak. silap hari bulan mata kamu lebam.. apa pun thanks to u all sbb sudi singgah dan baca entri kali ini.

Monday, April 25, 2011

Kisah lagu ini hari ini



 entah la... esok nak exam. final exam lagi tu. tapi aku masih bertenang. dah pandai agaknya. aku sendiri xtau aku pandai ke tak. dah la malas nak study. kalau "berblog" sampai 4 pagi mata masih maintain, tapi kalau pegang buku, x sempat isyak mata dah layu. pelik2... sangat lah pelik aku ni. tp ada satu buku yang aku boleh tahan sampai jam 4 pagi selain "berblog" korang tau x buku apa? maksud aku ialah "mukabuku". kalau "di B.I kan" jadinye "FACEBOOK". hehehe...

entri kali ini aku bukan nak cerita tentang "mukabuku" atau "berblog" tapi aku nak cerita sebuah lagu.. pernah dgr tak lagu nyanyian AKBAR-Lagu Ini Hari Ini. kamu semua pernah dgr x? kalau pernah atau belum pernah try la "donlod". dengar dan hayati lagu tersebut. tapi kalau korang kene saman sebab "mendonlod" tanpa kebenaran jgn salahkan aku k.. hahaha.. aku x bertanggungjawab. kalau buat salah sendiri tanggung k. kubur masing-masing.

kalau korang dah dengar dan hayati, lagu ini mengisahkan bagaimana seorang itu yang menyatakan kepada kawannya bahawa matlatmat mereka adalah sama, yang berbrza hanya paras rupa. apa ada dengan paras rupa? cantik? hodoh? hensem? tak hensem? sama jak semua tu...tidak ada beza.. mungkin beza dri sebutan dan ejaan. yang penting hati kita mesti TULUS kalau hendak berkawan. itu yang paling penting. aku malas nak huraikan panjang2 lagu ini, nanti marah pulak si pencipta lagu... apa kata korang dengar sendiri dan hayati lagu tersebut.. ok that all....

Hey kawan
Dunia kita memang berbeza
Jalan kita melencong dan lurus
Namun matlamat kita tetap sama
Jadilah insan yang tulus

Hidupku aku yang resahkan
Bukan seperti yang kau andaikan
Tak seindah yang kau anggapkan
Tapi cukup untukku
Dendangkan lagu ini
Aku tulis hari ini sekadar
Hanya untukku sendiri renungi
Bukan sekadar menyalahi
Tiada sebab yang tersembunyi

Duniaku...
Tak seindah pandanganmu
Namun cukup...
Untukku dendangkan pada mu
Lagu ini hari ini

Mereka semua tak peduli
Apa yang telah aku lalui
Ada yang hanya tahu mengeji
Syukur, masih ada yang mengingati
Kawan, lihat diriku ini
Kita hanya beza rupa hakikatnya sama
Tak terhindar salah padaNya
Bukankah kita telah berjanji pada Dia
Untuk saling menyayangi
KasihNya bawa kita ke SANA


Duniaku...
Tak seindah pandanganmu
Namun cukup...
Untukku dendangkan padamu
Lagu ini hari ini
Untuk kita renung kembali
Bila tiba masanya nanti
Apakah kau masih mendengar
Laguku ini..

Ingatlah kita suatu hari nanti
Semua pasti pergi tiada terkecuali
Pergi ke SANA menemui sejati
Dia yang bersemayam di arasy yang abadi

Waktu itu
Lagu ini tiada erti lagi
Dan pastinya tiada yang mendengarinya
Asalkan siapa yang ada sekarang bisa
Penilaian boleh dari yang terlarang

Janji dari Ilah-mu
Pasti hari ini dunia ini pasti berakhir


Ingatlah wahai semua musafir
Hari yang akhir
Hari yang akhir
Kian berakhir
Kian berakhir


Penyanyi: Akbar
Album : Alpha

Sunday, April 24, 2011

Puisi Cinta Untukmu...



telah lama diri ini sendiri dalam sepi
hingga akhir kau datang terangi hidup ku
dan kau tau saat itu aku membutuhkanmu
hanya kamu...

seluruh hati aku mencintai mu
setulus jiwa aku akan rela mati untukmu
cubalah kau dengar bisikan hatiku
aku janji satu saat nanti kau kan jadi milik ku

aku diam bukan bukan berarti aku membisu,
percayalah ku tercipta hanya untuk kamu
di jantungku hanya ada selembar namamu
ku yakin kau pun begitu

dengarkan kata ku untuk diri mu
hanya aku yang bisa menerangimu
untaian mesra kau ungkap kepada ku
mengukir kembali lembaran hatiku

bukan hanya cinta sesaat yang ku miliki
tak dapat ku bayangkan bila kau jauhi sisiku
kerna aku tahu kau selalu di hati ku
cinta mu hadir di hatiku
aku tak mahu semua ini berakhir


Nukilan Ketam Batu

Saturday, April 23, 2011

Puisi SeMaLaM "AKU"...



SeMaLaM "AKU"
SePeRti aNaK KeTaM LaiN DiaJaR uNtuK TiNgGaL Di DaLaM LuBaNg,
TaPi JaNgaN teRkeJuT KaLaU aKu PaNdai BiNa SeBuAh IsTaNa SuaTu HaRi NaNti

SeMaLaM "AKU"
SePeRti aNaK KeTaM LaiN DiaJaR uNtuK BeRjaLaN MengiRiNg,
TaPi JaNgaN teRkeJuT KaLaU aKu PaNdai BeRjaLaN DeNgaN LuRuS SuaTu HaRi NaNti

SeMaLaM "AKU"
SePeRti aNaK KeTaM LaiN DiaJaR uNtuK BeRmAin Di CeLaHaN BaTu,
TaPi JaNgaN teRkeJuT KaLaU aKu PeRgi BeRmAiN Di DaSaR LaUtAn SuaTu HaRi NaNti

SeMaLaM "AKU"
SePeRti aNaK KeTaM LaiN DiaJaR uNtuK BeRLaRi Di aTaS PaSiR,
TaPi JaNgaN teRkeJuT KaLaU aKu BeRLaRi Di TeNgaH-TeNgaH LaUtAn SuaTu HaRi NaNti

SeMaLaM "AKU"
SePeRti aNaK KeTaM LaiN DiaJaR uNtuK MeRaNgKaK,
TaPi JaNgaN teRkeJuT KaLaU aKu PaNdai TeRbaNg DeNgaN PaNtaS SuaTu HaRi NaNti

Hasil Nukilan KetaM BaTu

Sunday, April 17, 2011

Ketam Batu Di Humban Dalam Air

Ketam Batu D Humban Dalam Air
Kejadian ni berlaku tanggal 13 april 2011, waktu ni kami ada jamuan ringan bagi kursus pembangunan alam sekitar yang di ajar oleh salah seorang pensyarah terkemuka di dunia. beliau ialah Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke. Sebut ja nama "Majid Cooke" siapa tidak kenal beliau dalam bidang akademik. beliau antara orang yang berjaya mengharumkan nama Sekolah Sains Sosial (fakulti) di UMS. dalam bidang akademik beliau memang sangat tersohor, kalau kamu semua tidak percaya sila search di pakcik google. kiranya aku ni antara orang bertuah sebab dapat menuntut ilmu dengan ramai para cendiakawan di Malaysia. ^_^

Entri kali ini aku bukan nak cerita tentang pensyarah, tapi aku nak cerita kisah yang berlaku time aku kena humbam dalam air laut.. tempat yang kita orang pergi ini adalah ODAC.. ODAC adalah singkatan bagi "Out Door Activities Center". tempat ni memang cantik, kira UMS bertuah sebab ada pantai yang sangat cantik. ODAC adalah kepunyaan UMS, dan ramai pelajar UMS datang ke ODAC untuk bergambar dan berpacaran. hehehe... ^_^

selesai je majlis makan-makan, kitaorang terus je main air.. main air? betul je ayat tu... harap korang x pikir lain k. hehehe... ada jugalah yang main bola tampar pantai. dan ada juga yang "snap-menyenap" gambar masing2 untuk "diupload" di fesbuk. aku pun mcm tu jugaklah...time tu sangat hepi.. hepi sebab dapat tengok budak2 ansos tahun 2011 bersatu dan gembira, sebelum ni kami semua bukan x bersatu, kami tetap dalam satu geng iaitu geng ansos, cuma kali ni lain.... lainnya sebab kami keluar beriadah bersama-sama dengan yang lain.  fuhhh.... memang bes r time ni.

sedang aku duk diam bawah pokok, hati aku berbisik "besnya kalau tangkap salah sorang dari mereka dan humban ke dalam air". aku ni mcm ahli nujum pulak.... apa yang aku cakap tu tibe2 terjadi. sebelum tu berlaku adegan kejar mengejar salah seorang budak lelaki ansos. dan mereka berjaya menangkap lalu dia di humbam ke dalam air laut. perghhhhh... memang terbaik lah. makin lama, makin ramai pulak yang kene humban. budak perempuan pun mcm tu... dorang mula da menangkap sorang budak perempuan yang lain dan terus humban ke dalam air tu. hehehe.. bes.. bes.. bes... itu yang dapat aku jelaskan. tak sangka dorang pun ikut. dan aku pun terlibat sama. tp nasib baiklah aku menyerah diri untuk di humban... hehehe. malas oo lari lari ni. buat penah jak sebab dorang kejar sampai dapat. hahaha... so fun... ^_^

Bergambar di Terminal Feri Labuan


Gambar ni kami ambil time nak balik dari UMSKAL... gambar di bawah adalah gambar terminal feri antarabangsa labuan, cantik kan? tp cantik lagi gambar2 aku... ^_^
Permandangan dari hadapan Terminal Feri Antarabangsa Labuan.


Yang tengah-tengah tu KETAM BATU.
gambar ni kitorang ambil lepas makan kfc di Labuan dan kami sedang menunggu untuk naik speed bot


masih lagi bergambar di tempat yang sama. cuma orangnya yang bertukar


stylo gambar ni... bersahaja dan nampak menarik.  i like it. 


tak sangka aku budak-budak ni sawan kamera rupenye...


SMART... gambar yang menarik sebab "disnap" dari sudut yang cantik


Aku rasa jurugambar tu nak ambil pic pokok, bukan pic kami.


Ketam Batu yang manis... ^_^


Gambar yang "di candid" tapi x menjadi


jejaka comey... kamilah orangnya.


masih sempat bergambar... sweet memories.


kenangan di Labuan memang x dapat di lupakan


Pasti kami akan merindui saat-saat ini.. sangat bes.


yang sorang tu dah sakit kepala sebab kena sawan kemara


meriah time ni.... ^_^ 


Geng Penyayang UMS


Time ni kami semua dah nak meninggalkan Labuan


Selamat tinggal Labuan, selamat tinggal kenangan. KAMI pasti merindui saat ini.

Thursday, April 14, 2011

Kenangan terindah di Kg. Bilit, Kinabatangan, Sandakan, Sabah.

bergambar bersama pensyarah kesayangan Prof. Madya Dr. Rosazman Hussien
(harap-harap dapat markah lebih)
yang tengah-tengah tu adalah antara prof yang terkemuka di dunia ^_^

 ini adalah masa penyerahan anak angkat, yang pakai kopiah tu lah ayah angkat kami masa program homestay di kg bilit. perhhh... memang syok time ni. ^_^. yang pakai kemeja tu pulak adalah pensyarah program sosiologi pelancongan, banyak ilmu pelancongan y aku perolehi dari beliau.

 cakkk... periangkan aku? ha.. gambar ni time petang-petang waktu jalan-jalan nak g dewan. aku nampak adik-adik ni ngah melepakkan diri di tepi laut. so aku join sekaki lepak ngan dorang. inilah buktinya aku seorang penyayang. ini dia president cinta yang penyayang

 aku bersama cewek ansos. dorang semua ni adalah cewek ansos antara yang lawa dalam kelas aku. dalam kelas aku ramai sumandak-sumandak yang lawa. time nak bergambar dorang je yang ada. so, aku pun snap gambar ngan dorang ni. nice memories with u all...

 tiga jejaka pinggiran. kunun2 bajet macho. perghhhh.. ayat xleh blah. hahaha.. macho ke? macho tu xde, tapi manis tu ada. manis kan muka kami bertiga.. sweet more than sugar daddy. 

 we are 1family ansos... syok berkawan ngan kamu semua. harap2 persabahatan yang terjalin akan kekal selamanya, jangan ada khianati antara kita. we love ansos ^_^

 inilah rumah angkat aku di kg bilit. cantikkan rumah ni. patern rumah ni macam rumah mak ayah aku di semenanjung. so time ni teringat r family di perak... i miss my family. ^_^ syok gak tinggal kat kawasan ni. sunyi je.. rasa macam tinggal di kawasan sunyi sepi. tanpa sebarang gangguan. perghhhh layan blues bes gak.

 stylo... itu yang aku dapat ungkapkan... 4 jejaka macho. hahaha.. macho ke? korang buat penilaian k. ^_^

 we are the family 1ANSOS 2011. inilah muka-muka bakal jadi ahli sosiologi negara. bukan calang-calang dorang sume ni. memang hebat. terbaik dari ladang susu. ^_^

bukan senang nak bergambar ngan orang popular dalam bidang akedamik. inilah prof. madya dr. rosazman hussien. salah sorang ahli sosiologi negara... ^_^ prof, minta markah lebih eh.. hikhik

Pengambilan Ahli Baru Kelab Penyayang@UMSKAL


sesi temuduga kelab penyayang@umskal

hari ini aku terasa bosan, ditambah pulak dengan stress ngan asgment yang belum pandai siap. aku pun heran. apesal la asgment aku ni x siap-siap. setelah aku bertapa 3 jam, baru aku tau kenapa asgment aku belum pandai siap. sebabnya adalah aku selalu online dan terus lupe untuk buat asgment. hehehe...

opss... lupe lak nak bagi salam.. hehe, mcm ni la diri aku, bila dapat menaip langsung lupa nak bagi salam. tp kalau berucap... fuhh... panjang berjela aku beri salam. "assalammualaikum, salam penyayang, salam perpaduan dan salam 1malaysia" inilah ayat y selalu aku guna untuk beri salam. panjang kan? harap2 pahala dia pun panjang. hehehe.. (cepat sket masuk syurga) hahaha..

entri kali ni aku bukan nak cerita cara mudah untuk masuk syurga, tapi aku nak gtau mcm ne cara mudah untuk masuk neraka. hahahaha.. "silakak punya olang" ayat ni aku dapat dalam movie ghost must be crazy. sebenarnya aku nak cerita tentang pengalaman aku semasa menjalankan sesi interview untuk ahli-ahli baru kelab penyayang umskal. memang bes aku cakap kau... belum pernah aku pegi interview, tapi aku dah jadi "penginterview"~rosak bahasa melayu aku. hehehe.. tajuk entri kali ini sesuai ngan pixca yang aku letak.. ^_^

aku nak gtau korang, jadi "penginterview" memang bes. besnya sebab apa? sebab korang akan tengok pelbagai reaksi dan ragam orang y "diinterview"~rosak bahasa melayu aku. banyak pengalaman yang aku dapat bila aku jadi seorang "pnginterview". antaranya aku dapat tingkatkan keyakinan diri aku, aku dapat tingkatkan softskill aku, aku dapat belajar bagaimana untuk mempengaruhi orang lan dan banyak lagilah. susah aku nak taip sebab aku ni malas nak menaip panjang-panjang..  skrang ni aku nak tunjuk kat korang gambar-gambar aku bila aku jadi "penginterview"



ha...korang, amacam? betul x aku cakap... mcm2 mimik muka dorang time "diinterview". ni la antara mimik muka y sempatjurugambar mengsnap pixca dorang time "diinterview".


secara ikhlasnya dan bangganya, aku sangat bertuah sebab komitmen yang ahli-ahli baru berikan adalah di tahap y tinggi. mcm orang sabah bilang, tinggi-tinggi gunung kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu... hehehe.. i love u all... thnks to all.. ^_^