Thursday, May 16, 2013

Senarai Tugas Guru Bahasa Gred DG41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:


P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85
P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12
P3T1 RM1889.27 – P3T27 RM5226.19
Syarat Lantikan:


  • warganegara Malaysia;
  • ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
    [Gaji permulaan ialah pada gred DG41:P1T3]
  • kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas:

Tugas utama ialah menyelaras semua aktiviti-aktiviti Program Bahasa, termasuk memilih peserta, mengajar, menilai peserta-peserta kursus, di samping membuat kajian dan penyelidikan bagi keperluan latihan.