Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Kem/Jab: Kementerian Kesihatan
Jadual Gaji:
P1T1 RM1999.19 – P1T24 RM4723.81
P2T1 RM2095.20 – P2T24 RM5022.83
P3T1 RM2195.39 – P3T24 RM5317.92 |
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.
|
- [Gaji permulaan ialah pada gred U41: P1T1 RM1999.19]; dan
- lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
|
1. Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
- Pemantauan Kejururawatan
- Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
2. Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
- Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
- Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
3. Kawalan Mutu
- Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
- Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.
4. Latihan Kejururawatan
Merancang dan menyelaras kursus/latihan amali anggota kejururawatan di antara kolej dan diperingkat negeri. |
|
|
|
|