Umat islam terutamanya digalakkan menjaga kebersihan diri. Ini termasuklah kebersihan mencukur dan memotong bulu yang tumbuh dibahagian tertentu. Bulu-bulu ini akan tumbuh apabila seseorang itu mengalami proses tumbesaran. Lazimnya, bulu ini akan tumbuh apabila seseorang sudah mencapai tahap akil baligh.
Namun begitu, sudah menjadi kebiasaan orang kita memandang remeh akan hal ini. Oleh kerana ianya tumbuh ditempat yang tersembunyi, maka perkara ini sering dipandang enteng. Apabila ianya tidak diurus dengan baik, seseorang itu lebih mudah dijangkiti kuman di bahagian tersebut.
Lazimnya, golongan lelaki sering dikaitkan dengan sifat malas untuk mencukur atau memotong bulu kemaluan. Namun begitu, golongan wanita juga tidak berkecuali dalam hal ini. Terdapat juga sesetengah wanita yang menyimpan bulu kemaluan bagi tempaoh masa tertentu.
Pernahkah anda membaca atau mendengar lawak jenaka mengenai seseorang yang menyimpan bulu kemaluan terlalu lama...?
Ada
seorang budak perempuan berumur 8 tahun memanjat pokok rambutan ditepi
jalan. Lalu Pak Haji dan terpandang budak diatas pokok rambutan yang
tidak memakai seluar dalam. Dipanggil budak itu turun dan diberikan
RM5.
"Nah ambil duit ini,balik rumah tak payah panjat lagi!"
Apabila
sampai dirumah, ditunjukkan kepada ibunya duit yang telah diberi oleh
Pak Haji itu kerana memanjat pokok rambutan. Jadi si ibu terfikir, jika
anak boleh dapat RM5 mungkin dia akan dapat RM10. Keesokkan hari si
Ibunya pula panjat pokok rambutan sambil memetik buah rambutan dan
menunggu Pak Haji yang kebiasaan akan lalu kearah situ.
Maka lalulah Pak Haji dan terpandang si ibu memanjat pokok dengan berbaju t-shirt dan kain batik lalu dipanggil si ibu turun.
"Nah
Jah, ambil 50sen ni!"...tercenggang si ibu dan bertanya kepada Pak Haji
kenapa dia hanya dapat 50sen sahaja sedangkan anaknya dapat RM5. "Ambil
duit ini beli pisau cukur!"... Pak Haji suruh beli pisau cukur kerana
si ibu tak pernah cukur pun...?%$.
"Moral
of the story"...kita tak pernah kisah untuk bercukur. Ada kakcik dan
Makcik yang selalu mengaji kat ustaz. Bab lain-lain tekun mengaji. Tapi
bab cukur tak pernah ambil kisah. Berbalik kepada tajuk.
Istihdad
ialah mencukur bulu ari-ari, dilakukan dengan mempergunakan pisau,
iaitu pisau cukur. Al-Aanah ialah rambut yang tumbuh sebelah atas zakar
lelaki dan tumbuh disekitar faraj perempuan.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa:
"Rasulullah
SAW menjadualkan bagi kami paling lama empat puloh hari, supaya tidak
lupa mengunting kumis, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur
bulu-bulu ari". (HR Muslim, Ibnu Majjah,Ahmad,Tirmidzi,Nasai dan Abu Daud) .
Bermaknanya
paling lama 40 hari kenalah kita servis bahagian-bahagan tersebut.
Adakah kita berbuat demikian wahai pembaca?. Jangan kata orang yang tak
tahu memang tak buat, Yang dah tahu pun tak buat. Ada yang tak pernah
bercukur sampai bertahun-tahun lamanya. Tebal macam hutan belantara.
Selepas ni belilah pisau cukur dan mulalah cukur hutan belantara ini.
Dan dialog Rasulullah SAW dengan Iblis,
Pertanyaan Nabi:
"Siapakah orang yang paling engkau lebih sukai?"
Jawab Iblis:
"Lelaki
dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu
ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri,
bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."
Didalam
hadith sahih yang diriwayatkan oleh Jabir larangan mendatangi isteri
tengah malam sebelum bersisir lebih dahulu dan mencukur bulu ari-ari
bagi orang yang baru pulang dari perjalanan jauh.
Kerana
itu tidak diragukan lagi, mencukur bulu ari-ari dan membersihkannya
termasuk perbuatan mustahabbah (Disunatkan) untuk mencegah kutu (kupan)
dan bau yang tidak enak.
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah
adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia
yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati
fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan
kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari
ini.
Dalam
hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah Øلق العانة (cukur bulu
ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari
dan Muslim)
Al-Nawawi berkata: “al-Istihdad
ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana
caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi; dikehendaki di
sini ialah pisau cukur).
Perbuatan
ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan
manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran
manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini
disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim
(Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian
tentang orang yang suka kepada kebersihan
Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.
Kawasan
bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah.
Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan
lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan
badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama
kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur
bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga
membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.