Monday, October 28, 2013

Kelebihan mandi subuh


Waktu subuh sememangnya waktu yang paling sejuk, lebih-lebih lagi hujan diawal pagi membuatkan waktu subuh adalah waktu paling nyenyak untuk kita tidur. Lazimnya, kita lebih memilih untuk menarik selimut berbanding untuk terus bangun dan mandi di awal waktu pagi ini.

Adakah anda tahu mandi di awal waktu subuh mempunyai pelbagai khasiat?

Mandi sebelum subuh bukan sahaja dapat membersihkan malah turut memberikan kesegaran dan manfaat pada tubuh badan anda. Berdasarkan kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi adalah lebih tinggi berbanding dari waktu-waktu lain. Beberapa kelebihan mandi sebelum subuh adalah seperti berikut : 

1 – Kulit lebih lembut dan halus
Kebiasaannya di waktu pagi anda akan memasang “water heater” bagi mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan rasa kesejukan. Selepas ini, jika anda memang ada lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat membantu untuk mengurangkan kesan kegelapan tersebut. Begitu juga dengan kuku anda akan kelihatan lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Manakala, permukaan kulit anda akan menjadi lebih lembut, sihat dan gebu. 

2 – Melancarkan peredaran darah
Tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga sekiranya perjalanan darah dalam badan berfungsi dengan baik malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih. 

3 – Meningkatkan kesuburan
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron bagi lelaki dan hormon estrogen untuk wanita. 

4 – Mengurangkan risiko penyakit darah tinggi
Bagi anda yang menghidapi penyakit darah tinggi ini mungkin merupakan salah satu caranya untuk anda mengurangkan penyakit tersebut. InsyaAllah dengan izin dari Allah, jika anda selalu mengamalkannya penyakit anda akan pulih. 

5 – Mengurangkan tekanan
Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan dan depresi ialah dengan mandi menggunakan air sejuk. Oleh itu disiplinkan diri anda untuk bangun awal dan mandi sebelum masuknya waktu subuh. 

6 – Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan menggunakan air sejuk berupaya meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan manusia. Apabila sel darah putih banyak, daya tahan untuk melawan penyakit dan virus boleh membantu anda untuk mengelakkan diri dari dijangkiti oleh sebarang penyakit.