Sunday, October 20, 2013

Kebaikan vitamin B Complex terhadap tubuh badan



Gaya hidup yang tertekan, penuaan dan diet yang tidak betul, kesemuanya mempengaruhi keperluan vitamin B untuk tenaga tambahan. NUTRILITE Natural B Complex memberi 7 vitamin B untuk keseimbangan pemakanan bagi orang dewasa dan tenaga tambahan untuk eksekutif perniagaan yang sibuk.

Vitamin B memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan kita. Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.
  • Gejala kekurangan vitamin B:
  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress
Sumber vitamin B boleh diambil dari makanan seperti sayuran hijau, daging, ayam, telur, ikan, kacang dan bijirin; namun kebanyakan makanan ini telah melalui pelbagai proses, dan juga sisa-sisa pestisid (racun serangga) serta cara memasak menyebabkan kehilangan nutrient tersebut dari makanan.

Di samping itu juga, pencemaran udara dan air, pengambilan ubatan, antibiotik dan sebagainya menyebabkan tubuh kita kehilangan vitamin B. Tambahan pula, vitamin B adalah jenis larut air, jadi ia sentiasa hilang dari tubuh melalui peluh dan kencing.

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Pada asasnya, adalah benar bahawa jumlah B12 yang besar ditemui hanya dalam makanan yang berasal daripada haiwan – tetapi terdapat jumlah yang kecil dalam makanan lain. Vitamin B12 dalam Natural B Complex adalah berasal daripada yis yang ditapai khas, bukan sumber haiwan. Vegetarian yang sangat patuh boleh mengambil Natural B Complex kerana ada kemungkinan mereka kekurangan vitamin B12 .