Friday, November 1, 2013

Mengapa lelaki lebih mudah terangsang


Satu kajian terbaru para ahli dari University of Texas menemukan jawapan daripada pertanyaan tersebut. "mengapa lelaki lebih mudah terangsang?".

Menurut kajian tersebut, lelaki tidak akan menolak gambar-gambar wanita seksi bila ditunjukkan kepada mereka.

Walaupun tidak disuruh melihat gambar tersebut, tetapi lelaki akan cuba untuk melihat gambar tersebut.

Sebenarnya lelaki mempunyai kawalan diri yang sama dengan wanita. Hanya impuls untuk menerima lawan jenis yang menarik hampir empat kali lebih kuat berbanding wanita.

Teori Evolusi mungkin dapat menjawab perbezaan ini. Menurutnya, seks menyebabkan kehamilan terjadi terhadap wanita (bebannya ada pada wanita). Maka wanita lebih cenderung siapa yang akan bersama dengan mereka.

Penerimaan sosial terhadap "hiburan" untuk lelaki juga membentuk perilaku seks lelaki yang cenderung lebih impulsif. Hasilnya, beberapa kajian menunjukkan lelaki lebih banyak merayu berbanding wanita.

Meskipun kadar testosteron lelaki lebih rendah, keinginan untuk melakukan hubungan seks adalah lebih tinggi. Namun para lelaki masih mampu berlatih untuk meningkatkan kawalan dirinya.

Secara biologi, lelaki lebih mudah teransang berbanding wanita. struktur area otak tertentu di hipotalamus iaitu nukleas suprakiasmatikus pada lelaki lebih besar sehingga menghasilkan testosteron lebih tinggi menyebabkan dorongan seksualnya juga meningkat berbanding wanita. 

Dalam kata mudah, untuk kita fahami tentang kejadian struktur manusia, kita boleh beranggapan bahawa wanita lambat "panas" dalam hal mengenai seksual berbanding dengan lelaki yang sentiasa bersedia dan cepat "panas".