"FOLLOWER" tak ramai, Tapi trafik "MELETUP"

Published On :)
"FOLLOWER" tak ramai, Tapi trafik "MELETOP"

Perghhh...Gempak.. memang Gempak. blog mamat tu, "FOLLOWER" tak ramai, Tapi trafik "MELETUP". Ni yang membuatkan Mr ketam jeles ngan blog tu. Kalau korang korang nak tak blog korang jadi macam tu? "FOLLOWER" tak ramai, Tapi trafik "MELETUP". kalau Mr ketam dah tentulah nak..

Korang semua nak tahu tak apa rahsia "FOLLOWER" tak ramai, Tapi trafik "MELETUP" ? Kalau korang nak tahu, teruskan mengiring bersama ketam batu. Kalau korang taknak tahu, Mr. ketam tak halang korang untuk mengiring keluar dari blog ini. Tapi jangan menyesal pulak nanti eh...

1. Jangan mengubah "link" blog sendiri

- Memandangkan "link" setiap blog adalah amat penting, korang dinasihatkan supaya tidak mengubah "link" tanpa sebab dan alasan yang kukuh. Kenapa Mr. ketam cakap macam tu? Sebabnye mudah... Kalau korang sentiasa mengubah "link" blog korang, "confirm" pengikut setia blog korang susah nak dapat "update" terbaru.

*Lebih baik kekalkan "link" yang sedia ada*

2. Pastikan blog korang dalam keadaan "ringan"

-Sebelum itu, Jom kita check dulu size blog masing-masing di “iwebtools.com“. Kalau korang nak tau, saiz blog mampu menarik kekerapan trafik pengunjung untuk singgah di blog korang. Seeloknya, size blog kurang daripada 100kb.  Lagi kecil lagi bagus sebab saiz blog yang kecil tidak mengambil masa yang lama untuk di "load". 

*Blog yang mengambil masa lama untuk di "load" akan membuatkan pengunjung berasa bosan*

3. Amalkan "Singgah & Komen"

-Mengapa kita perlu singgah & komen blog orang lain? Untuk pengetahuan semua, cara ini akan memudahkan pemilik blog yang anda komen untuk menjejak blog anda. Mr. ketam yakin yang korang semua mahu orang lain komen entri korang ( sebabnya korang nak tahu sama ada entri ini dibaca oleh pengunjung atau tidak). Betul tak? Jadi lepas ini korang bolehlah amalkan "Singgah & Komen" entri orang lain.

*Pastikan korang meninggalkan "link" blog untuk di mengiring*

4. Selalu "update" entri terkini.

-Blog yang kosong tanpa entri sudah pasti tidak akan menarik mana-mana pengunjung. Jadi, korang mesti selalu "mengupdate" entri terbaru supaya peminat blog korang akan lebih "alert" dan dapat mengikuti perkembangan blog tersebut. Selain itu, blog yang selalu di "update" akan mendapat jaringan yang tinggi melalui "search engine" goole. Jadi, tak rugi kalau korang selalu meng"update" blog korang.

*Blog yang sering di "update" lebih kerap mendapat sambutan*

5. Rajin-rajinlah "mengiring" @ "blogwalking" ke blog orang lain

-"Mengiring" @ "blogwalking" ke blog orang lain secara tidak langsung dapat mempromosikan blog korang. Sebenarnya, ada banyak kelebihan jika kita selalu "Mengiring" @ "blogwalking". Jadi tak rugi kalau korang semua meluangkan sedikit masa untuk "Mengiring" @ "blogwalking" di samping meninggalkan jejak untuk dijejaki oleh pengunjung yang lain.

*Ringankan jari anda untuk "Mengiring" @ "blogwalking" ke blog kawan-kawan lain*


PENTING...!!!
Untuk pengetahuan korang semua, "URL LINK" Mengiring Bersama Ketam batu telah pun ditukar kepada http://hafizan-malik.blogspot.com. Kepada Blogger yang telah menyenaraikan blog ini di dalam blog list korang, Mr. ketam batu mohon korang ubah "url link" tersebut kepada http://hafizan-malik.blogspot.com

Ok, cukup setakat ini tips "FOLLOWER" tak ramai, Tapi trafik "MELETUP". 

Sekian,
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.