Tuesday, May 31, 2011

Text Cinta

Google, kan senang.
❤✿~ Mncintai Sseorang itu adlh hak kita,namun memiliki sseorang yg kita cintai tnpa ikatan rasmi itu bkn hak kita..Jgn pnh takut melepaskn ssuatu yg blm b'hak kita miliki,dia pasti akan kembali andainya Allah mnjadikan ia utk kau miliki atau Allah akan m'gantikn dgn yg jauh lbih baik dr yg skarang kita cintai..Jgn pnh takut khilangan sstu yg BUKAN m'jdi hak kita & jgn kau tangisi apa yg bkn milikmu..❤✿~
 
..... (¯`v´¯)♥
ERTI CHENTA
....¸.•´
...( ❤❤♫❤♫❤ Cinta bukan mengajar kita lemah,
☻/ Tetapi membangkitkan kekuatan...
.../▌Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri,
/ \ Tetapi menghembuskan kegagahan...
Cinta bukan melemahkan semangat,
Tetapi membangkitkan semangat...❤❤♫❤♫❤
 
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★
...Bila mata bertemu mata,bermulalah cinta pndang pertama ..
Bila hati bertemu hati mulalah cinta bersemi..
Tp,bila dahi bertemu sejadah..itulah CINTA ABADI . .
Org yg mencintai Pencipta,psti akn mndapat cinta org yg mencintai PenciptaNya juga..
★═══════ ●❤● ═══════★★═══════ ●❤● ═══════★★
 

Aksi Remaja Kini

Bharian Online 31 Mei 2011

Bermain soalan di fikiran ku, " Kemana hilangnya rasa malu dalam diri kita?."


Dulu... kita berbangga dengan budaya sopan santun yang ada pada masyrakat Malaysia. Tapi kini, remaja semakin terikut-ikut budaya negara barat. Apakah itu yang kita banggakan?

Negara kita semakin kita maju mengikut arus kemodenan seiring negara-negara dunia pertama. Justeru itu jugalah nilai-nilai murni yang dipertahankan sejak turun temurun dan menjadi warisan budaya timur kian terhakis. terhakis dek kemodenan dan kemajuan teknologi yang tiada kesudahannya.

KECEWA... itu yang aku dapat ungkapkan dengan sikap segelintir pengunjung ke tempat-tempat rakreasi yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat bermadu kasih. Hal ini amat dikesali dan tidak disenangi pengunjung lain serta penduduk tempatan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang membawa anak-anak kecil untuk beriadah.

Apakah mereka terlalu asyik menikmati nikmat yang hanya seketika tanpa menghiraukan orang di sekeliling ?

Bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, kebanyakkan mereka memilih kawasan sunyi atau jauh dari orang ramai  di sekitar kawasan berkenaan sebagai sasaran untuk duduk berdua-duaan selain secara terbuka melakukan aksi ‘ringan-ringan’. 

Ketika mereka sedang "bermesra" sudah pasti ada pihak ketiga yang bertepuk tangan kerna hasutannya telah berjaya dan berbangga anak cucu ADAM & HAWA melakukan perkara terlarang.
Kemanakah hilangnya rasa malu yang kian terhakis dalam diri kita?


"saya akan cuba menjadi kekasih yang terbaek untuk awak"

google jerk

awak..."first time" saya nampak awak, saya terus suka awak. Masa tuh kat foyer perpustakaan entah kenapa, hati saya begitu tertarik untuk mengenali awak.

awak... saya akhirnya berjaya mengenali awak. Saya jumpa facebook awak. Kita mula berkenalan di situ.

awak... Kita jadi kawan rapat lah jugak. Hari-hari kita bermesej, best sangat awak.
sayang awak sangat-sangat.

awak... Hampir sebulan kita kawan, suatu hari itu kita cakap soal hati dan perasaan. Satu persatu rahsia hati kita terbongkar. Rahsia saya terbongkar, memang saya malu. Tapi......

awak... Cerita kita macam dalam novel cinta, sebab setiap novel cinta akan berakhir dengan bahagia.

awak... Memang saya bahagia, tapi... entah kenapa hati saya seperti tidak pasti,  saya rasa maca awak tak serius. saya tak tahu nak cakap apa. Tapi saya cuba faham, saya cuba sesuaikan diri.

awak... Saya mintak maaf , sebab saya tak boleh jadi kekasih yang terbaek untuk awak.

awak... Walau apapun yang terjadi, saya akan berharap  yang hubungan kita akan kekal.

awak... Kata orang " cintailah orang yang mencintai kita ".

awak... Saya yakin dengan cinta saya, cinta saya bukan hanya di bibir tapi dari di hati kecil saya.

awak... Saya akan cuba memberi ruang di hati saya untuk awak. Walaupun begitu susahnya, saya akan cuba, saya perlukan keyakinan.

awak... Saya mintak maaf, kerana hubungan kita bermula dengan pertengkaran.

"saya akan cuba menjadi kekasih yang terbaek untuk awak"


Monday, May 30, 2011

Romance - Ku Ingin Kamu


Demi semua yang aku jalani bersamamu
Kuingin engkau jadi milikku
kuingin kau disampingku

Tanpa dirimu ku hanya manusia tanpa cinta

Dan hanya dirimu yang bisa
Membawa surga dalam hatiku

Ku ingin engkau menjadi milikku

Aku akan mencintaimu
Menjagamu selama hidupku
Dan aku kan berjanji
Hanya kaulah yang kusayangi
Ku akan setia disini
Menemani…

Sentuhanmu

Bagaikan tangan sang dewi cinta
Yang berhiaskan bunga asmara
Dan membuatku tak kuasa

Di setiap arung gerak

Tersimpan di hati kecilku
Bahawa dirimu terindah untukku

Selama ku masih bisa bertahan

Selama ku masih bisa bernafas
Selama Tuhan masih mengijinkan
Kuingin selalu menjagamu

P/S :: untuk mendengar lagu ini sila KLIK musicdumper

... hanya Maaf ...




Ungkapan Maaf, satu kata keramat kerna mampu menyejukan hati yang panas membara.

Kadang-kadang dalam sedar atau tidak, kita mungkin telah menyakiti hati orang lain tanpa kita sedari. 

Terutama orang yang kita sayang... Samaada dari segi perbuatan, percakapan atau apa saja puncanya.

Kadang-kadang kita tidak sedar yang tingkah kita tu telah menyebabkan mereka terasa hati.

Lantas, menyebabkan mereka menjauh dari kita.

Dan... hanya ungkapan Maaf yang dapat aku ucapkan,

Tanpa mengetahui di mana silapnya

Sunday, May 29, 2011

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU

Santai Bersama BEN ASHAARI

Aku yakin, korang semua mesti kenal Otaimer Ben  Ashaari. Kalau korang blogger sejati, mesti korang kenal.. Kalau korang belum kenal, jom berkenalan dengan Otai Blogger.

Kali ini aku nak bagitau korang semua yang Ben Ashaari buat 

Actually, aku buat entri ni bukan nak cari populariti, tapi aku nak cari kenalan. Makin ramai kawan, makin seronok dan terasa dunia ini sangat indah.

Jadi apa tunggu lagi, jom sertai  segmen ben ashaari redah blog baru jer . Tapi sebelum itu, jom undi Ben Ashaari. TQ... ^^

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti

Seringkali hati kecil kita mengadu sakit dan jiwa meratap hiba. Dugaan yang datang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kita sering kaliberasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

itu pelangi

Pernahkah sekali kita memahami alam?

Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? 

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. 

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.


Saturday, May 21, 2011

When you break my heart

rasa kecewa

When You Break My Heart... Pasti ramai yang akan bersedih. Rasa kecewa itu hadir tanpa diundang. Tiada siapa mampu menghalang rasa kecewa jika ianya hadir dalam diri kita. Hati yang remuk dek badai tidak berombak akan mengalirkan mutiara suci tanpa kerelaan. Ia akan terus mengalir sehinggalah rasa kecewa itu hilang dari lubuk sanubari sang penderita.

When You Break My Heart... Jika ada insan lain yang cuba menguris hati, pasti ia akan terluka. Luka di hati akan menjadi lebih parah jika hati kita disakiti oleh insan yang kita sayangi. Setiap luka pasti akan meninggalkan parut. Hati yang terluka juga pasti akan berparut. Ia tidak bisa hilang hinggalah ke akhir hayat. Betapa sakitnya hati jika parut yang sedia ada bernanah kembali.

When You Break My Heart... Ku harap kau mengerti betapa aku menderita jika hati ku disakiti....


Promosi McDonald's

promosi 24 & 25 may 2011
wow...! sangat menarik. aku tak kan lepaskan peluang ini. BUY 1, GET 1 FREE.. 

pasti peminat McD tak sabar tunggu promosi ini.

jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan McChicken secara percuma.

untuk maklumat lanjut sila klik sini Ketam Batu

Friday, May 20, 2011

Hati yang terluka

Hati Yang Terluka
HATI... seketul daging yang sangat unik ciptaanya, di dalamnya hanya ada liang-liang yang dipenuhi dengan darah merah manusia. Namun, di situlah lahirnya pelbagai perasaan. Perasaan yang mampu mengubah dan mewarnai dunia manusia. Gembira, sedih, marah semuanya datang dari hati. 
 
HATI... terciptanya hanya sebesar tapak tangan namun tiada siapa yang mampu menduga betapa dalamnya lubuk hati. Jika tiada hati, maka dunia ini akan menjadi sunyi. Sunyi tanpa gurau senda dan hilai tawa. Memahami hati secara menyeluruh adalah sukar bagi kita dan terlalu sukar untuk kita fahami hati insan lain. 
 
Mungkinkah kita mampu memahami hati sendiri ?
 
Tiada siapa yang tahu dan mengerti jika hati kita terluka. Luka di luar nampak darahnya, Tetapi luka di hati tiada siapa yang peduli. Jika hati terluka, pasti ianya akan berparut. Parut di hati tidak bisa hilang hinggalah nyawa berpisah dari jasad.
 
Siapa yang kisah dengan isi hati kita? 
 
Jika membicarakan soal hati, ianya adalah terlalu rumit. Lebit rumit dari apa yang kita jangka, dan terkadang ianya diluar kemampuan akal kita. Kemungkinan juga akal tidak bisa mengawal hati yang terluka. Hati  akan terseksa jika tiada persefahaman . Tiada siapa yang mampu mengubah hati kita melainkan diri kita sendiri.
 
Bisakah hati ini dilukai ?
 
Aku mungkin tidak mengerti kesedihan yang engkau alami, dan engkau juga tidak mengerti kesedihan yang aku rasai. yang pasti, kesedihan itu mampu mengalirkan air mata kita. 
 
Hati Yang Terluka, Mampukah Aku Mengubatinya ?

Thursday, May 19, 2011

salahkah aku mencintai mu...

seribu kenangan terindah
aku sendiri tidak pasti dari mana perasaan itu datang, perasaan yang sangat indah, seindah pelangi di pagi hari. perasaan yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata. hanya mampu ku bayangkan betapa indahnya perasaan itu. perasaan yang membuatkan aku tersenyum tanpa aku sedari, rasa itu membuatkan aku seperti insan yang sangat dihargai, dan seperti aku adalah insan yang paling bahagia di dunia ini.

tapi... rasa itu hanya seketika cuma, hadirnya seperti pelangi.. datang hanya seketika dan pergi tanpa kita sedari. begitu pantas masa berlalu dan cemburu melihat aku bahagia. aku tidak mampu tersenyum lagi, senyumanku tidak semanis dulu dan kini ianya menjadi racun dalam diri ku.

kau yang ku idamkan, dan kau jualah yang ku impikan. hanya kau yang aku sayangi, hanya kau yang aku kasihi. apakah kau tidak mengerti apa yang aku rasai? apakah kau tidak mengerti kesungguhan diriku ini? bagaimana caranya aku untuk membuktikan keikhlasan ini padamu? oh.. tuhan, kau permudahkanlah urusan hamba mu ini.

jika itu kemahuan mu, aku tidak berdaya untuk menghalang. aku tidak mampu mengubah isi hati mu. mungkin, mencintaimu bukanlah perkara terbaik untuk ku. dan mungkin juga aku bukanlah yang terbaik untuk kamu. aku akur... aku redha dan aku pasrah dengan ketentuan Illahi, aku mengalah bukan bererti aku kalah, aku mengalah agar kau tahu betapa tulusnya cintaku padamu...

aku tidak memaksa kamu untuk mencintai aku, aku tidak juga memaksa kamu untuk menyayangi aku, cuma yang aku pinta hanyalah ruang dan peluang yang bisa aku singgahi dilubuk hati sanubari mu... 

"salahkah aku mencintai mu...?"


Wednesday, May 18, 2011

:: jika ini adalah suratan-Nya ::

"jika itu adalah suratan"
kenapa hati ini terasa sayu..??? resah dan gelisahku membuat aku tidak senang duduk. aku rasa seperti kehilangan sesuatu yang sangat berharga. sesuatu yang aku tidak mampu dibeli dengan wang ringgit, sesuatu yang aku tidak boleh tukarkan dengan emas dan permata.

sukar untuk aku mengerti, aku imbas kembali akan dosa-dosa ku, kenapa semua ini terjadi? mungkinkah aku yang bersalah atau ianya sekadar ujian untuk aku mengingati bahawa betapa besarnya kuasa Sang Pencipta. oh... tuhan, sungguh besar dugaan yang telah engkau berikan kepadaku, bukan aku tidak redha dengan ujian-Mu, tetapi hanya pada-Mu tempat ku mengadu, tempat aku luahkan segala isi hati ku yang kian membeku.

salahkah aku mencintaimu seikhlas hati... berdosakah aku melafazkan janji sehidup semati...

ku harap kau mengerti... mengerti akan isi hati ku ini yang tidak pernah melupakan mu.mengerti bahwa kau sangat bermakna buat ku dan tak mungkin dapat ku cari penganti

jika ini adalah suratan-Nya,
aku tidak menangis dek kerna perpisahan, aku cuma kesali akan pertemuan kerna pertemuan telah menyebabkan pepisahan tanpa kerelaan.



Kerja Part Time si Ketam Batu

Perghhh.. syoknye. cuti sem dah mula. aku rasa macam nak melompat-lompat jer.. apesal erk? sebabye aku cuti sem 4 bulan. hahaha.. manyak siokkk... macam-macam yang aku boleh buat 4 bulan ni. antaranya, pegi mancing, pegi jalan-jalan, pg lepak-lepak.. tapi tu semua x mendatangkan hasil. time cuti 4 bulan ni aku plan nak keje part time. 

korang agak2 keje apa yang sesuai ngan aku.. aku kan ketam batu.. jalan pun x bape betul.. huhu.. macam ketam, sentiasa jalan mengiring..maybe keje KFC, tapi nak apply susah.. bukan ape, kalau interview tu aku confirm lulus.[ yang penting yakin ] tp malas lah, gaji lambat masuk, McD pun macam tu jugak... hujung bulan baru masuk gaji. lagi pun tak mencabar.. x keluar peluh. keje senang dalam aircond... tak berminatlah.. ops.. bukan x berminat tapi kurang minat.

kalau boleh, semua orang nak kerja mudah dan senang dapat duit. tapi itu mustahil sebab kalau kita inginkan sesuatu kita mesti usaha. macam orang tua-tua selalu cakap, usaha itu tangga kejayaan. betul tak? korang mesti percaya kata-kata itu... sebab tanpa usaha sepahit hempedu kita tidak mungkin dapat kejayaan semanis madu. "yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih itu tidak datang melayang" so, terbukti yang kita perlu berusaha.

korang rasa apa keje part time ketam batu time cuti ni? jeng.. jeng.. jeng... jom tengok!!!

warming up sebelum "bersukan"

acara menolak tandan sawit dalam kereta sorong

sempat lagi bergambar...

jadi model "loding" tandan sawit

kalau hari-hari macam ini, tak pergi gym pun tak pe

Monday, May 16, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

Google jak lah..

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Tuesday, May 10, 2011

...dan cuba bertahan sekuat hati...


...dan cuba bertahan sekuat hati... 

HATI.. 
susah untuk aku mengerti, 
sukar untuk aku tafsiri,
dan terlalu perit untuk aku memahami. 

mengapa hati ini kian remuk, 
remuk dek badai,
badai yang tidak berombak,
kian menghakis dan terus menghakis,
yang tinggal hanyalah sisa-sisa hati .

HATI
lembutnya hati seperti tisu,
nipisnya umpama kulit bawang,
tiada yang memahami isi hatiku,
hanya aku yang mengerti,
di mana tempat nak ku luah kan,
dimanakah tempat nak ku lepaskan isi hati ku.,
hanya tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati ini..

bagaimana caranya buat kamu jatuh hati kepada aku,
perlukah aku menulis sejuta puisi,
puisi untuk menyatakan isi hati ku kepadamu,
haruskah aku mati kernamu... 
terkubur di dalam kesedihan sepanjang waktuku..

tiadakah ruang aku di hatimu untuk ku, 
yang mungkin bisa ku singgahi,
hanya sekadar penyejuk di saat ku layu,
kekasihku bawalah aku keduniamu.

kekasihku tersenyumlah,
betapa dalam kasih ku kepadamu,
walau kini kau tidak lagi,
temani didada hatiku ini,
cintaku hanya untuk engkau...


Nukilan Ketam Batu

i dont know why... you make me cry.. i dont know why... you say goodbye



" i dont know why... you make me cry.. i dont know why... you say goodbye "

wow...!!! aku speaking "omputih" tu.. ada gaya la aku ni. gaya ape? gaya senget sebelah.. haha.. ketam batu mang senget pun. jalan pun x bape betul... asyik ngereng jer... x penah jalan dengan lurus. bila la agaknye si ketam batu nak jalan dengan lurus ea? korang tau x bile? kalau ketam xde jawapan ape lagi korang semua kan?

actually... aku malas nak study. bile time malas nak study aku mula  rajin nak update blog. aku pun heran... apesal la time malas study aku g update blog.. yang peliknya time free aku xnak plak update.memang betul la ketam batu nie jalan ngereng.. memang sesuai ngan aku yang x bape betul ni. huhu..korang jangan kutuk aku lebih-lebih... nanti aku kepit korang baru tau. eh jap... kepit ke sepit? kepit tu lain macam jek aku dengar bunyinye. hahahaha... [aku gelak]

esok last paper aku untuk sem ini... i hope i can do the best before that. ^_^. study malas.. tapi mengharap yang terbaik jek.. hehe.. biasa la... manusia kan sememangnya nak yang terbaik dalam hidup kita. aku juga manusia biasa yang inginkan kesempurnaan... aku percaya korang pun macam tu. tipu lah kalau korang cakap x... sumpah makan satay 40 cucuk... hehe ^_^ tapi apa kaitan tajuk entri  aku dengan apa yang di carutkan ni? ish...ish.. ketam batu ni semakin pelik.... ^_^

aku selalu letak emoticon ^_^ ni. xtau la sbb apa, maybe sebab aku suka senyum.. pandai ke ketam batu senyum? pernah ke korang tengok ketam batu senyum? dorang yang penah face to face ngan aku je yang penah tengok aku senyum... bagi yang belum penah face to face, korang leh tengok aku senyum dalam gambar.. jangan malu-malu tengok gambar aku dan jangan lupa komen yer.. ^_^

" i dont know why... you make me cry.. i dont know why... you say goodbye " kalau dimelayukan bunyinye lebih kurang " saya tak tahu kenapa... kamu buat aku menangis... saya tak tahu kenapa... kamu ucap selamat tinggal ". korang semua paham kan ayat tu.. bunyi macam orang tengah sedih, macam orang tengah putus cinta.. releks der... baru putus cinta, belum putus nyawa.... cinta x perlu di cari, ia akan hadir dengan sendiri.. "believe it".. korang percaya x? korang mesti percaya sebab itu adalah hakikat. korang tanya macam mana aku tau? mestilah aku tau.. sebab aku kan PRESIDENT CINTA. insya Allah aku akan sentiasa update artikel cinta, tips cinta, bunga-bunga cinta dan sebagainya di blog aku yang lagi satu tu. kalau rajin korang lawat la... tengok entri yang aku kumpul dan ada yang aku olah sendiri hasil pembacaan aku.. ^_^

ada apa dengan cinta? cinta mewarnai hidup kita... percaya x? "believe it"... tanpa cinta dunia x berseri.. tanpa cinta dunia hanya punyai 1 warna iaitu hitam atau putih.. aku tau putih itu suci dan hitam itu seksi.. tapi kalau 1 warna jak yang ada di dunia ni apalah gunanya sebab tiada wajah-wajah keriangan atau kesedihan dalam hidup kita. dengan cinta kita akan tersenyum... dengan cinta kita akan menangis.. dengan cinta juga kita mampu menjadi gila.. "believe it".. korang harus percaya apa yang aku katakan sebab ianya telah terbukti... buktinya korang cari sendiri.. sebab kalau aku yang cerita, entri aku hari ni maybe sampai 4 muka surat. ^_^

tanpa cinta dunia yang kacau bilau boleh menjadi tenang dan damai, dengan cinta juga dunia yang aman damai boleh menjadi porak peranda.. "believe it"... kenapa aku cakap macam tu? sebabnya.... bila wujud cinta, kita akan menjaga dunia ini dengan baik sekali... tapi bila hilangnya cinta, maka dunia ini akan menjadi kacau bilau. hilanglah seri muka bumi ini jika hilang nilai cinta dalam diri kita. apapun aku bukan nak cerita tentang cinta kepada bumi... aku nak cerita tentang cinta kita sesama insan.

cinta suci yang telah kamu lafazkan kepada insan tersayang, janganlah kamu persiakan.. jika kamu persiakan ia, pasti ada yang terluka. bila terluka, parutnya tidak mungkin hilang. ia akan kekal di dalam hati seumur hidup insan tersebut. dengan erti kata lain, setialah dengan pasangan... susah ke nak setia.. senang jak lah.. kalau kamu seorang yang jujur dan tulus, setia bukanlah satu perkara yang mustahil... selalu fikirkan kelebihan si dia dan anggap si dia lebih sempurna berbanding orang lain. tak susahkan..? jika si dia punya kekurangan, terimalah dengan seadanya... setiap insan punyi kelemahan. tiada yang sempurna... yang sempurna hanya satu iaitu Sang Pencipta. tiada yang sempurna melainkan-Nya. so terimalah dia walau apapun kelemahan dan kekurangan dia. mudahkan untuk setia..? bila kita setia, mesti kita bahagia... bila kita bahagia, pasti kita gembira dan bila kita gembira tiada insan yang akan terluka... ^_^ jangan kita sakiti hati orang lain di sebabkan kisah cinta kita yang lalu...

" i dont know why... you make me cry.. i dont know why... you say goodbye "

actully saja aku ambil ayat di atas jadikan tajuk entri.. aku harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan. kalau ada yang tak faham, aku alu-alukan kamu semua untuk memberi komen.. aku mengharapkan komen dari kamu semua... that's all... TQ.


Monday, May 9, 2011

Semakin hari semakin sayang

kurusnya aku time ni
"semakin hari semakin sayang" betul ke ? mungkin ada betulnya. bila kita dah lama mengenali seseorang itu, mesti kita semakin sayang pada dia. walaupun sayang itu tidak sepenuhnya... tapi, ia tetap akan wujud dalam lubuk hati kita. ermmm... apa y aku merepek ni? asik-asik masukkan entri jiwang, ( jiwang ke? ) ^_^

cuti sem dah datang, lama pla tu... ermmm, apa yang aku nak buat yea? maybe duk di rumah, tengok movie, tak pun aku g wat keje-keje kampung. wah..!!! besnye... dah lama x g "loading" buah sawit.. huhu.. rindu dengan ayam-ayam kat umah.. lembu-lembu di ladang... rindu sangat-sangat pada "mereka".. tapi apa kaitan crite aku ni dengan tajuk entri?

semakin hari mesti semakin sayang... kalau tak sayang maknanya kita x suka akan sesuatu tu.. ermmm.. pelik juga kan? kalau suka tak bermakna kita sayang sesuatu tu... ermmm terlalu subjektif untuk di tafsir, bila cuti sem dah start, aku rasa sayang nak tinggalkan universiti malaysia sabah. maklumla, ums kan universiti kesayangan aku. disinilah aku pelajari banyak ilmu... di sinilah aku timba pengalaman. semakin hari, aku semakin sayang dengan ums.

dulu, time mula-mula masuk, aku tengok ums ni biasa jerk.. xde ape yang menarik.. dorang cakap ums universiti tercantik di asia tenggara. time tu, aku tengok biasa jerk.. xde apa yang menarik.. makin lama aku d ums, barulah aku tau yang ums ini sangat indah buat aku. betul orang cakap, tak kenal maka x cinta.. sudah kenal x semestinya bercinta... that why entri aku kali ini "semakin hari semakin sayang"..

aku sayang ums... sayang nak tinggalkan ums selama 4 bulan.. kali ini student ipta cuti panjang.. 4 bulan lagi tu. memang bes la untuk besarkan badan time cuti.. aku dapat rasakan yang badan aku akan terus mengembang bila time cuti menjelma.. ^_^ i love my fat... tapi lemak tak bagus untuk kesihatan. kepada kawan-kawan semua, jaga pemakanan anda ok.. jangan tingkatkan lemak anda time cuti.

sekian saja carutan ketam batu buat waktu ini... 


Sunday, May 8, 2011

Tips Berhenti Merokok

Betul ke orang cakap lelaki hisap rokok ni "macho", "hensem" dan "kacak"? macam mana dengan "gurl" yang merokok? Agaknya perempuan yang merokok mesti dorang anggap "cantik", "bergaya" dan "seksi"..  aku agak je.. aku pun xtau sebenarnya. bagi aku, macho atau bergaya tu bukan terletak pada rokok tapi cara penampilan kamu sendiri. kalau pakaian kamu tidak kemas dan serabai kamu tetap dianggap tidak macho atau tidak bergaya. pelik.. asal merokok je dorang cakap macho... apesal aku yang tak merokok ni "still" macho.. lebih macho dari korang. hahaha.. jangan marah aaa... ini blog ketam batu, so aku bleh taip apa y aku suka... bukan apa yang korang suka.. ok, full stop!

Kali ni aku nak kongsi tips dengan kamu semua tips bagaimana nak berhenti merokok... skrang ni rokok pun dah mahal...kalau kamu hisap sehari 2 kotak, kamu kira sendiri brapa yang kamu bayar.. tu baru sehari, kemudian darab dengan 30 hari.. brapa banyak yang korang bayar untuk bakar rokok yang korang hisap tu.. kalau dikumpul, duit tu boleh buat korang jadi kaya raya... silap ari bulan boleh kawen 2.. hehehe... ok.. teruskan pembacaan di bawah.. berikut tips-tips yang boleh digunapakai untuk berhenti merokok... try it...
1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga.

2. Menarik Nafas Panjang
Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Friday, May 6, 2011

Aku seorang pelukis

ehsan pakcik google


kecantikan atau kehanseman tidak menjanjikan kebahagiaan yang mutlak, kita adalah pelukis di atas dunia dan kita jugalah yang akan mencorakkan persahabatan atau hubungan itu sama ada ianya bahagia atau tidak, bersinar atau tidak, dan berkekalan atau tidak.semuanya kita yang tentukan. bukan orang lain, bukan juga orang di sekeliling. kita.. kita.. dan kita. itu yang aku dapat ungkapkan.

menjalinkan suatu hubungan yang serius amatlah sukar, lebih-lebih lagi ketika umur kita mulai setahun jagung. masih tidak matang dengan apa itu cinta, masih tercari-cari apa yang maksudkan dengan cinta. menjalinkan hubungan yang serius ianya lebih kompleks daripada menyusun batu-bata untuk kita membina sebuah mahligai yang indah. lidah yang tidak bertulang sering kali mengungkapkan kata-kata yang nista. lantas hati mengiakan dan terus menerima seseorangyang baru dalam hidup kita. itulah yang dinamakan permulaan sebuah percintaan.

aku seorang pelukis... bukan pelukis di atas kertas putih tapi aku adalah seorang pelukis di atas muka bumi. bagaimana aku mencorak kehidupan aku? warna apakah yang patut aku guna? dan bilakah aku patut melukis? semua jawapan untuk persoalan tersebut ada pada aku... aku yang tetapkan. jika aku mencorakkan kehidupan yang berliku, maka berlikulah jalan kehidupanku. jika aku menwarnai dengan warna hitam, maka hitamlah warna kehidupanku, dan jika aku menetapkan untuk melukis di malam hari, maka kelamlah lukisan ku. semuanya bergantung pada aku.

akulah pelukis yang mencorak setiap hubungan yang aku bina. setiap persahabatan yang terjalin adalah hasil lukisanku. akulah yang menentukan sama ada hubungan itu kekal atau tidak, bahagia atau tidak. semuanya aku yang tetapkan... 

sekian saja carutan ketam batu...

Tuesday, May 3, 2011

Sehelai Hati Tisu


Hai... senyum itu sedekah, kamu semua tau x? kalau tau rajin-rajinah senyum... bukan susah pun untuk senyum. juz lihat sesuatu dan senyum. senyum dapat mengubat hati yang luka, boleh menyembuhkan jiwa yang lara. so rajin2lah senyum. pasti ramai yang suka kamu bila kamu tersenyum. jangan asik masam muka.. buruk beno rupenya... walaupun senyuman kamu tak semanis senyuman aku, kamu tetap perlu harus dan mesti senyum.. tak keluar modal pun kalau nak senyum. tak rugi malah untung. apa kaitan entri sehelai hati tisu dengan senyuman?

Sebenarnya tiada kaitan apa pun... cuma, aku nak bagi tips pada kamu semua. sebelum tu, aku nak tanya... korang semua pernah mengorat atau dingorat x? aku pernah mengorat dan dingorat.. hehe.. walaupun x menjadi. tapi aku ada pengalaman. ok, kita teruskan..tips aku kali ini.. aku nak cerita tentang senyuman.. sebelum kamu semua nak mengorat awek, korang senyumlah dulu.. jangan tak senyum. sebab senyuman itu akan membuatkan si dia tertarik. walaupun senyuman kamu x manis, teruskan tersenyum. kemudian barulah sapa dia. jangan terus minta no fon.. macam xda adab pulak kan.. kamu senyum dulu, kemudian sapa... lepas sapa barulah ajak berbual.. jangan main terjah. si dia pasti tak suka kalau kamu main terjah.. gelojoh sangat x elok, yang penting kita mesti bersabar. sebab sabar itu akan mendatangkan hasil yang lumayan.

apa kaitan hati tisu dengan senyuman? kalau kamu nak tau, semua orang suka dengan lelaki atau perempuan yang manis dan kiut. saya pasti senyuman kamu semua manis. kalau kurang manis, tambahkan gula. tapi jangan terlebih.. sebab boleh obesiti kalau terlebih gula. kurangkan gula dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman. so senyumlah.... bukan susah sangat nak senyum. sekrang kita pergi apa kaitan hati tisu dengan senyuman. macam yang kita tahu, hati kita sangat sensetif dalam setiap perkara. sebab itulah sesetengah orang memanggil "hati tisu" kepada mereka yang hatinya mudah tersentuh. kenapa perlu tisu? sebabnya tisu kan nipis.. mudah terkoyak. kalau terkoyak tak boleh di gam atau di jahit. susahnya kalau ada hati tisu.. susah ke? sebenarnya tak susah kalau kita pandai jaga. dengan senyuman hati tisu dapat dipelihara... maksudnya, senyuman boleh menyembuhkan hati yang sedang berduka.. kan dah cakap tadi, senyuman penawar hati duka.. so kamu harus percaya bahawa senyuman mempunyai kuasa yang sungguh magis.

kamu semua faham tak perkaitan hati tisu dengan senyuman yang aku cuba sampaikan... harap kamu semua faham.. kalau tak faham sila komen dan saya akan jelaskan.. SENYUM SELALU!!!


Monday, May 2, 2011

Bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu



salam sayang penbuka bicara, kali ini aku nak buat entri bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu. dari mana idea ni datang aku pun xtau. yang pasti dia datang dengan tiba-tiba pabila jari jemariku yang kasar bertemu dengan keybord yang tidak berintonasi. ianya bagaikan magis... menaip dan terus menaip bagaikan air yang terus mengalir.. wah, power ayat aku.. kan aku dah cakap, aku tak tau dari mana datangnya idea itu.

bukan mudah untuk kita mendapatkan sesuatu, satu tajuk entri yang agak menarik... bagi aku, bagi korang semua aku x pasti. masing-masing ada citarasa yang berbeza. sememangnya manusia di ciptakan dengan pelbagai citarasa dan minat yang berbeza. apapun aku suka tajuk entri aku kali ini. sebab apa? sebab untuk mendapatkan sesuatu bukannya mudah. aku tertarik untuk menulis entri ini.

kenapa aku cakap bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu? sebabnya memang susah... perlukan usaha, perlukan masa, perlukan tenaga, dan perlukan berbagai-bagai lagi keperluan. sesuatu perkara tidak datang dengan mudah. orang cakap, duit boleh di cari... tapi untuk mendapatkan duit bukannya mudah, ia tidak semudah ABC, ia perlukan tenaga dan usaha. betul tak aku cakap bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu. kalau betul sila komen... komen anda amat di hargai.

bukan mudah untuk kita mendapatkan sesuatu, aku bukan nak bercerita bagaimana untuk mendapatkan duit. apa yang aku maksudkan dengan bukan mudah untuk mendapatkan sesuatu ialah, bukan mudah untuk perolehi CINTA.. semua orang tahu bercinta kan? semua orang mahu bercinta kan? semua orang ingin dicintaikan? tapi semua itu bukannya mudah.. percaya atau tidak, terima atau tidak, itulah hakikatnya, bercinta bukannya mudah, mencintai bukannya mudah..semuanya perlukan pengalaman. pengalaman akan mengajar kita untuk lebih matang dalam hal ini.

kalau kita inginkan CINTA, kita mesti berusaha dan bersungguh-sungguh untuk memilikinya. tunjukkanlah minat atau sayang terhadap cinta. bukan hanya pada kata-kata manis lidah yang tidak bertulang, tetapi harus dibuktikan dengan perbuatan dan tingkah laku. tunjukkanlah yang anda sayang kepada CINTA, tunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan yang jujur. tunjukkanlah yang anda berseungguh-sunguh ingin memiliki CINTA. jika ada kesungguhan pasti ada balasan yang manis menanti anda. ia pasti ada..

bukan mudah untuk mendapatkan CINTA, cinta monyet memang senang nak dapat, tapi CINTA sejati mudah tak? susah sangat-sangat.. sebab itulah ramai yang bercinta, tapi pasang 2, 3 atau 4. ada juga yang bercinta 4 5 tahun, tapi akhirnya putus... putus macam tu saja. jadi, terbuktilah yang CINTA susah untuk di miliki..  semuanya sebab CINTA yang pandai pudar.. waktu bercinta saja CINTA itu mekar, bila sudah kawen, sudah beranak, CINTA semakin pudar. berjalan pimpin tangan pun sudah malu... tu tanda CINTA semakin layu... susahnya untuk mendapatkan CINTA.

bukan mudah untuk dapatkan sesuatu, ianya perlukan pengorbanan dan usaha yang gigih. sesungguhnya usaha yang gigih itu akan menjanjikan hasil yang lumayan. ia pasti... tuhan sendiri menyuruh kita berusaha. kalau tiada usaha, maka tiadalah hasilnya.. berusahalah untuk perolehi CINTA yang kamu inginkan. ^_^