Mengapa Wujud Perasaan Cinta

Published On :)



Perasaan cinta sepatutnya membuatkan pasangan kekasih, tunang atau suami isteri berasa bahagia, ceria gembira dan dihargai. Sebabnya cinta wujud daripada perasaan baik. terhasil daripada kasih dan sayang serta saling mempercayai.

Kalau itu asas cinta, kalau kasih sayang yang mengikat sesebuah percintaan kenapa saban hari kita didedahkan dengan laporan mengenai pasangan terutama si wanita dikasari, didera dan ada yang di bunuh dalam perhubungan cinta?


Salah satu punyanya ialah apabila seseorang itu merasakan hubungan cintanya tergugat apabila ada elemen-elemen yang menyatukan mereka kian pudar.

Pakar psikologi, Jabatan Pendidikan Psikologi dan kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. mariani Md. Nor berkata, perasaan cinta wujud daripada tiga elemen yang ada dalam diri seseorang.

Elemen pertama, katanya, komitmen iaitu perasaan sayang-menyayang antara pasangan.

Kedua, keintiman iaitu keakraban fizikal atau emosi yang membuatkan seseorang terlalu sayang terhadap pasangannya.

Yang ketiga keghairahan yang bermaksud sentiasa ingin berdekatan kerana komitmen serta keintiman.

Setiap pasangan bercinta perlu mempunyai tiga elemen ini untuk memastikan kebahagiaan hubungan mereka berterusan.

Jika seseorang daripada pasangan itu mendapati pasangannya tidak mempunyai ketiga-tiga elemen ini, akan timbul rasa tidak puas hati.

Kerana inginkan pasangannya menunjukkan ketiga-tiga elemen tersebut dan bimbang kehilangan orang yang dicintai, seseorang itu mampu bertindak ganas sehingga di luar kemampuan dan jangkaan sebagai orang yang normal.

Bagaimanapun, terdapat juga beberapa faktor lain membuatkan seseorang bertindak ganas kepada orang yang dicintainya.
Adakala, campurtangan keluarga dalam perhubungan sehingga membuat pasangan suami isteri atau kekasih tidak mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.

Keadaan itu mampu menimbulkan persengketaan antara pasangan berkenaan.

Selain itu, katanya, keletihan atau penat juga mampu menjadikan seseorang bersikap lebih kasar dan panas baran terhadap pasangan.

Justeru, tambahnya, bagi menangani masalah keganasan dalam percintaan, setiap pasangan sama ada lelaki atau perempuan perlu banyak bermuhasabah diri dan beristifar jika berdepan masalah dan apabila wujud rasa tidak puas hati.

Orang yang sedang marah, sering bertindak di bawah sedar diri seseorang itu perlu menenangkan diri sendiri agar tindakan yang diambil bagi menangani masalah percintaannya adalah yang terbaik.

Keluarga adalah individu yang paling rapat dengan pasangan jadi mereka perlu membantu sama ada menasihati atau membawanya berjumpa kaunselor.

Pihak ketiga iaitu keluarga atau kaunselor adalah individu penting untuk menyelesaikan konflik besar dalam sesuatu perhubungan kerana ia adalah contoh kemurungan peringkat awal.

Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.