Google+ Followers

Aksi Remaja Kini

Published On :)
Bharian Online 31 Mei 2011

Bermain soalan di fikiran ku, " Kemana hilangnya rasa malu dalam diri kita?."


Dulu... kita berbangga dengan budaya sopan santun yang ada pada masyrakat Malaysia. Tapi kini, remaja semakin terikut-ikut budaya negara barat. Apakah itu yang kita banggakan?

Negara kita semakin kita maju mengikut arus kemodenan seiring negara-negara dunia pertama. Justeru itu jugalah nilai-nilai murni yang dipertahankan sejak turun temurun dan menjadi warisan budaya timur kian terhakis. terhakis dek kemodenan dan kemajuan teknologi yang tiada kesudahannya.

KECEWA... itu yang aku dapat ungkapkan dengan sikap segelintir pengunjung ke tempat-tempat rakreasi yang menjadikan kawasan berkenaan sebagai tempat bermadu kasih. Hal ini amat dikesali dan tidak disenangi pengunjung lain serta penduduk tempatan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang membawa anak-anak kecil untuk beriadah.

Apakah mereka terlalu asyik menikmati nikmat yang hanya seketika tanpa menghiraukan orang di sekeliling ?

Bagi pasangan yang sedang hangat bercinta, kebanyakkan mereka memilih kawasan sunyi atau jauh dari orang ramai  di sekitar kawasan berkenaan sebagai sasaran untuk duduk berdua-duaan selain secara terbuka melakukan aksi ‘ringan-ringan’. 

Ketika mereka sedang "bermesra" sudah pasti ada pihak ketiga yang bertepuk tangan kerna hasutannya telah berjaya dan berbangga anak cucu ADAM & HAWA melakukan perkara terlarang.
Kemanakah hilangnya rasa malu yang kian terhakis dalam diri kita?


Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.