Google+ Followers

Kesan Syabu atau Ice Terhadap Kesihatan

Published On :)


Ice Atau Syabu

Ice atau Syabu juga dikenali sebagai methamphetamine. Ia juga diberi nama Glass, Crystal, Quartz, Ice Cream, Hirropon dan Baby Ice. Ianya boleh mengakibatkan penurunan berat badan secara mendadak dan lebih berbahaya sebagai perangsang kepada sistem saraf dan merupakan sejenis dadah yang berpotensi untuk disalahgunakan dan juga boleh menyebabkan ketagihan yang berterusan.

Cara penggunaan Ice :

- Hidu (Chasing the dragon), suntukan dan hisap.

Kesan Ice :

  • Boleh berjaga selama 3 - 4 hari
  • Hilang berat badan atau sawan yang teruk
  • Memberi kesan yang amat bahaya kepada sistem saraf otak.
  • Boleh menyebabkan mandul
  • Dos yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati, buah pinggang, pembuluh darah dan kematian
Fakta: Kesan syabu pada kesihatan 

Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut. 

Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh. 

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh. 

Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk). 

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah. 

Perut dan sistem penghadaman: Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman. 

Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran. 

Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.