Fieldwork di Kg. Jawi-jawi Kota Belud 13 Oct 2010

Published On :)


Hari ini ketam batu ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa berada berada di Kg. Jawi-jawi Kota Belud Sabah. ketam batu berada di Kg Jawi-jawi adalah untuk menjalankan kajian tentang 'Penggunaan teknologi dalam meningkatkan hasil pertanian penduduk dalam keluarga petani'.

Seawal jam 7 pagi Kami telah berkumpul untuk bertolak dan sekitar jam 9.40 kami telah tiba ke destinasi yang dituju. Perkara pertama yang ketam batu tidak dapat lupakan ialah apabila sedang bertanya kepada org kampung di mana rumah ketua kampung, ketam batu tertinggal kunci kereta di dalam kereta. Rasa cemas mula menyelubungi diri. Nasib baiklah 'driver ambulans' memberi skill macam mana nak keluarkan kunci dan akhirnya misi mengeluarkan kunci berjaya dengan cemerlang ( BERTEKAD CEMERLANG).

Selepas itu, kami berjumpa dengan ketua kampung, pengerusi JKKK dan ketua pemuda bahagian. Persepsi utama Ketam batu adalah mereka semua kurang berminat untuk memberi kerjasama, namun persepsi itu nyata jauh terpesong apabila kami menerima sambutan mersa dari warga Kg Jawi-jawi. Semasa menjalankan temubual, dalam hati Ketam batu berkata ' segak sungguh ketua kampung dengan memakai cermin mata hitam'.
 
Setelah selesai sesi temubual, kami di jemput untuk melawat kawasan sawah padi. Walaupun ketam batu. ketam batu tidak merasa hairan dengan keadaan sawah padi (dah selalu tengak ) entah mengapa kali ini  berasa sangat teruja dengan keadaan sawah padi yang sangat indah terbentang luas. Apabila sampai, kami bergambar bersama ketua pemuda dan pengerusi JKKK. Gambar yang diambil sangat cantik dan peminat boleg melihat di penghujung artikel ini.
 
Selesai sesi fotografi, kami di pelawa oleh ketua pemuda untuk menjamu selera di rumahnya. Kami sendiri tidak menyangka bahwa kami akan menerima kunjungan yang sangat mesra sedemikian rupa. Semasa di rumah ketua pemuda, ketam batu dapat merasakan kehidupan di tepi sawah adalah sangat menarik. Untuk pengetahuan pembaca, apa yang menariknya ialah, pertama suasana kampung yang teramat indah dan tenang dan yang kedua angin yang menghengbus sangat nyaman dan selesa ( tak perlu guna kipas ). Selesai makan, kami solat dan meminta izin untuk menjalankan aktiviti mengedarkan borang soal selidik kepada orang-orang kampung.

Akhir sekali, aktiviti mengedarkan borang soal selidik kepada warga kampung jawi-jawi. ketam batu mencari 60 orang responden untuk kajian yang kami lakukan. Responden yang ketam batu temui sangat ramah dan memberi kerjasama yang amat baik. ( gred A ) ketam batu berasa sangat senang hati dengan layanan mereka yang sedemikian rupa. Pelbagai cerita suka duka yang dikongsikan oleh mereka kepada ketam batu. Ada yang mempelawa makan dan minum kepada ketam batu . Bak kata orang 'rezeki jangan ditolak', lalu  ketam batu tidak mahu menghampakan pelawaan mereka. :) Kenangan yang ketam batu tidak boleh lupakan ialah apabila berada di sebuah rumah yang dalam pembinaan. Layan tuan rumah ( makcik ) sangat baik sehingga memperkenalkan anaknya ( UDIK ) kepada ketam batu untuk menjadi sahabat. Hati ketam batu sangat gembira dan hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya hati ketam batu . Mak Udik berharap kajian yang kami lakukan akan mendapat perhatian daripada pihak berkenaaan agar sistem saliran air di kawasan sawah padi dapat "di upgrade". Semoga harapan itu akan dapat dilaksanakan.

Akhir kata, ketam batu berharap berharap suatu hari nanti ketam batu dapat pergi ke kampung jawi-jawi bagi mengerat hubungan sesama penduduk kampung dan ini bukanlah kali pertama dan terakhir buat ketam batu . Sekian, Coretan ketam batu

SeSi FoToGraFi 


Memandu Jentuai Di Fieldwork
Telur Siput Gondang Emas
Sawah padi Kg. Jawi-jawi
La Tahzan d' tepi Sawah
Pondok tepi Sawah
Comments

This is one of your favourite? Just do like your own..


Click here.. Maybe its for you.