Bontot dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara
kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Seperti anggota lain bentuk
bontot juga boleh mengupas rahsia personaliti seseorang.
Terdapat 5 bentuk bontot iaitu bulat, seimbang, rata, besar dan tinggi. Jom
tengok yang mana satu kah anda.
1. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa
kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal
perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Dia juga
seorang yang kuat dalam mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang
baik atau yang buruk.
2. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar. Tidak terlalu kecil. Tidak
terlalu bulat dan tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang
dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Merupakan seorang ibu yang sangat
penyayang dan jika pemilik merupakan lelaki dia boleh menjadi seorang bapa yang
jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam
kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.
3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat
tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negative orang lain.
Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka
berseronok. Orang jenis ini suka melakukan sesuatu mengikut hati dan perasaan
bukan fikiran dan ini menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam
masyarakat.
4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik,subur dan sihat.
Mereka merupakan individu yang penuh penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa
sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan.
Baginya tidak ada yang mustahil dan segalanya boleh diatasi. Sentiasa mengukur
kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.
5. Rata
Punggungnya rata atau hampir samarata dengan badan. Ia melambangkan empunya
diri yang lurus, bijak danterlalu idealistik. Seorang yang tidak pandai mencari
peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai
anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas.