Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22)
menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini
bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”
Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik
untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih
cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama
juga!”.
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa
Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu
Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan
yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab,
maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk
ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu
bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2
berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap
soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan
berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu
Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh
tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan
huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan
mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa
Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.
Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan
Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam
saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu
yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah
dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi
si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’, if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork
Cikgu Murni: What is it that all men
have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not
use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart
Pengetua menghembuskan nafas kelegaan
bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik
hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan
semuanya salah”.
P/s: Sekiranya anda berfikirkan seperti pengetua, anda memang seorang berfikiran kunenggg..muahahaha..